Monday, February 24, 2014

MESYUARAT JKK USPTN SUKAN TINJU

Tarikh     :  21 Februari 2014
Tempat   : Restorant 7 on 7
Masa      : 8 Malam
Kehadiran: 8 orang

Presiden Dato Dr Hj Maliki Mahli
Tmbalan Presiden Hj Dahari Sahari
Setiausaha En Azli Karim
En Karim Zaini
En Ramli b. Seli
Ketua Jurulatih Sarawak En Fred Mandagi
PKU En Mohd Faizal b. Ibrahim
SDO En Awg Fadilah b. Jaya

Mesyurat telah dimulakan pada jam 8 mlm dipengerusikan oleh PKU USPTN En Mohd Faizal b. Ibrahim

Diantara agenda yang telah dibincangkan adalah mengenai Porgram sukan tinju tahun 2013 dan perancangan untuk tahun 2014. Perlantikan jurulatih masih dipersetujui En Joseph ak Harry dan pusat latihan SMK (BM) Saratok. Maklumat atlet dan pusat latihan dan cadangan penyertaan kejohanan untuk tahun 2014 bedasarkan takwim.

Mesyuarat JKK tamat pada jam 930 mlm, mesyuarat diteruskan dengan mesyuarat kedua pengelola kejohanan tinju pelapis interzone borneo siri 1/2014. Pihak persatuan bersetuju bekerjasam untuk menganjurkan kejohanan tersebut. Mesyuarat susulan bagi jawatan kuasa pengelola adalah pada 25 Feb 2014 (Selasa) jam 1430pm di 7 0n 7.

Selasai bermesyuarat ahli mesyuarat membuat lawatan tapak kejohanan yang bakal dicadangkan. Terdapat 3 Venue yang dicadangkan dan akan diputuskan semasa mesyuarat kedua Selasa ini.

Laporan disediakan oleh

--
Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Thursday, February 20, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK RENANG DAN SUKAN PELAYARAN PUSAT LATIHAN NEGERI DI MIRI.

Salam

SUKAN AKUATIK RENANG
Tarikh : 17 Feb 2014 (Isnin)
Masa : 7.00 petang
Venue : Kelab Rekreasi Petroleum
Jurulatih : Mohd. Faizal b. Abdullah.

Ulasan
Untuk makluman hari Isnin adalah Off Day Training dan tiada latihan dijalankan. Perjumpaan bersama jurulatih telah dibuat di Kelab Rekreasi Petroleum (KRP) di Lutong, Miri. Makluman jurulatih, semasa off day, beliau membuat latihan kepada perenang daripada kelab tersebu. Namun ada beberapa orang atlet PLN juga turut serta dalam latihan di situ. Kolam yang digunakan adalah 33m panjang dan mempunyai 6 lane.

Makluman Jurulatih, beliau bercadang hendak membuat kem renang untuk mencari bakat baru kerana beberapa orang atlet dalam senarai akan dikeluarkan kerana kurang komitmen pada latihan. Beliau juga akan meningkatkan latihan kepada beberapa atlet sebagai persediaan menghadapi pertandingan renang akan datang.


SUKAN PELAYARAN
Tarikh : 18 Feb 2014
Masa : 2.00 petang.
Venue : Pejabat Kapten Arifin (Persatuan Pelayaran Sarawak)
            Marina Bay

Ulasan.
Makluman pihak persatuan, pelantikan jurulatih tersebut perlu dibuat segera.dan beliau juga mencadangkan supaya beberapa orang cikgu lagi boleh turut serta semasa latihan bagi memperkenalkan sukan pelayaran. Tujuan beliau adalah untuk menilai cikgu yang berpotensi untuk diambil sebagai jurulatih tambahan kelak.

Semasa lawatan ke Marina Bay, Kapten Arifin menunjukkan cadangan tempat simpanan perahu layar dan tempat latihan yang akan dijalankan kelak. Namun begitu beliau menyarankan supaya pihak MSNS dan USPTN memohon melalui surat kepada pihak pengurusan Marina Bay berkenaan cadangan tempat tersebut. 

Sebanyak 7 bot optimist dan 3 laser telah diletakkan begitu sahaja kerana tiada tempat untuk simpanan yang tetap. Perkara tersebut telah dibincangkan bersama dan pihak MSNS serta USPTN akan bekerjasama bagi menyelesaikan perkara tersebut dengan segera. 

Kapten Arifin telah mencadangkan beberapa lokasi yang sesuai untuk dijadikan tempat simpanan dan latihan perahu layar kelak. Namun begitu, ini bergantung dengan keputusan pihak pengurusan Marina Bay nanti.

Sekian terima kasih.


Fwd: MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA (JKK) SUKAN PELAYARAN

Salam

Tarikh : 17 Februari 2014
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Pejabat Majlis Sukan Bahagian Miri

Kehadiran : Cik Gloria James ( Penolong Pengarah Zon Utara )
                  Encik Harifen b. Mansor ( Koordinator Sukan Pelayaran MSNS )
                  Encik Eric Philbert ( Koordinator MSB Miri )
                  Encik Abdul Samad ( Jabatan Pendidikan Cawangan Miri )
                  Kapten Ariffin Abd. Aziz (Persatuan Pelayaran Sarawak)
                  Encik Mohd. Saffuan b. Abd. Razak ( PPN USPTN Sarawak )

Ulasan
Mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan berkenaan :
                                                1. Pengesahan Pusat Latihan Negeri
                                                2. Cadangan Pelantikan Jurulatih Separuh Masa
                                                3. Cadangan Atlet di Bawah Program.
                                                4. Perancangan Aktiviti 2014
                                                5. Hal-hal lain
                                          
Maklumbalas
1. Pengesahan Pusat Latihan Negeri
     - Pihak Persatuan telah mengesahkan pusat latihan negeri iaitu Marina Bay adalah PLN di bawah program USPTN Sarawak.
2. Cadangan Pelantikan Jurulatih Separuh Masa (JSM).
     -  Cadangan lantikan iaitu Cikgu Mohamad Adi Asraff b. Mohd. Sabhi daripada SK St. Colomba, Miri dan telah membuat permohonan untuk menjadi jurulatih di bawah MSNS. Pihak MSB Miri telah mencadangkan supaya cikgu tersebut dilantik di bawah MSNS dahulu kerana belum mempunyai sijil kelayakan SPKK. Cikgu tersebut disarankan untuk mengambil kursus Sains Sukan yang akan diadakan pada bulan Mac nanti. Pada masa yang sama, pihak USPTN akan mencari jurulatih yang berkelayakan untuk diserap di bawah program USPTN. Pihak persatuan juga mencadangkan supaya tambahan seorang lagi jurulatih bagi membantu perlaksanaan program perahu layar. Kapten Arifin daripada pihak persatuan menyokong pelantikan tersebut dan bersedia untuk membantu memberi latihan asas kepada jurulatih yang dilantik.
3. Pengesahan Atlet
     - Cadangan untuk mengadakan TID akan dibuat dalam bulan Mac. Sasaran atlet adalah pelajar daripada SK. St. Colomba kerana jurulatih yang dilantik merupakan cikgu daripada sekolah tersebut.  
4. Perancangan Aktiviti 2014
     - Ada 7 kejohanan dalam Takwim Cawangan Pelapis yang wajib disertai pada tahun ini. Namun atas sebab program Sukan Pelayaran bagi Negeri Sarawak perlu di'setup' semula, maka pihak USPTN Sarawak akan mengkaji semula kejohanan yang akan disertai berdasarkan kelayakan semasa  atlet nanti.
5. Hal-Hal Lain
     - Pihak persatuan telah mencadangkan supaya permohonan mendapatkan peralatan bagi perahu layar yang sedia ada. Ini bagi mnegelakkan perahu layar yang sedia ada tidak diguna. Makluman daripada Kapten Arifin keperluan yang perlu ada pada atlet sebagai persediaan sebelum menjalani latihan perahu layar :
                              1. Latihan kecergasan
                              2. Latihan Renang
                              3. Keperluan Asas - Sunblock, Sarung Tangan, Pakaian Latihan

Sekian terima kasih.


Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Akuatik Renang. Akuatik Terjun. Memanah. Pelayaran.

Monday, February 17, 2014

CERAMAH PSIKOLOGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh         : 16 Februari 2014
Hari            :  Ahad
Tempat       : Lapang Sasar Menembak Balai Polis Batu Kawa     
Masa          : 1330pm - 1430pm
Kehadiran   : 8 atlet lelaki
                    6 atlet wanita
Penceramah: En Ngu Soon Hieng
Jurulatih      : Pn Christina Liew
                    Cik Chee Cia Cia

Penceramah merupakan penceramah luar yang di jemput khas oleh pihak ibu bapa atlet sukan menembak. Ceramah selama 1 jam itu adalah diantara program tambahan selain daripada program sesi motivasi daripada pihak ISN Sarawak. Diantara pendekatan yang di beri kepada atlet ialah bagaimana untuk mengawal emosi, memberi tumpuan (focus), refleksi dan cara mengatasi ketakutan.

Pasukan menembak Sarawak dalam persiapan ke kejohananSportexcel/NSC/MILO/NSAM 2nd Malaysia Junior Shooting Championships. Pasukan akan berangkat pada 18 Februari 2014 ke Subang. Pada kejohanan kali ini Sarawak akan menghantar seramai 5 atlet lelaki, 6 atlet perempuan dan 3 jurulatih.


Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Sunday, February 16, 2014

UJIAN KECERGASAN SUKAN TENPIN BOWLING

Tarikh      :  15 Februari 2014
Masa       :  830am - 1130am
Tempat    :  ISN MSN Sarawak Dewan Suarah Kuching
Kehadiran:  14 Atlet
                  7 Lelaki & 7 Perempuan
Pegawai  :  En Joshua Philip
                 En Awang Fadilah b. Jaya

Antara ujian yang telah dijalankan adalah

1. Anthropometry : Height, Weight dan Armspan
2. Strenght : Handgrip
3.Flexibility : Sit & reach
4.Power: Push up (1 min)
5. Strenght Core: Sit up 
6.Aerobic : 20m Shuttle run (Beep Test)

Ujian kecergasaan ini di lakukan bertujuan untuk menguji tahap kecergasan atlet serta memantau tahap kecergasan atlet dari masa ke semasa. Komen pegawai ISN yang bertugas mendapati tahap kecergasan atlet sukan tenpin bowling memuaskan dan dicadangkan mereka perlu lebih kerap membuat latihan kecergasan.

Laporan disediakan oleh:


Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Friday, February 14, 2014

Fwd: PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN

Salam

Tarikh : 12 Februari 2014
Masa : 4.00 petang
Venue : Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Kuching
Jurulatih : JPM Rosatimah bt. Muhammad
               JLN Xiao Xia
               JPM Harnani bt. Muhammad
               JPM Gracie Junita Terry Pega

Kehadiran : 8 orang atlet ( JPM Rosatimah )
                 13 orang atlet ( JPM Harnani & JPM Gracie )

Ulasan
Perbincangan bersama pihak pengurusan kolam En. Achi telah diadakan pada petang tersebut. Agenda perbincangan adalah untuk mendapat maklum balas daripada pihak pengurusan berkenaan kerja membaikpulih pusat akuatik tersebut terutamanya Drygym dan Diving Stand. En. Achi memaklumkan kerja-kerja tersebut akan dijalankan dalam tempoh 3 bulan ini cuma tarikh mula belum ditetapkan lagi. Untuk permulaan, pihak beliau akan membaiki pusat Drygym dahulu yang akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad. Pihak saya memohon supaya kerja baikpulih Diving Stand dimulakan pada bulan April bagi memberi laluan Latihan Pusat Pasukan Terjun ke SUKMA XVIi Perlis 2014.

Makluman kepada pihak pengurusan berdasarkan cadangan jurulatih
1. Latihan diadakan pagi dan petang sepanjang cuti sekolah
2. Membina Platform 3M untuk latihan atlet baru

Cadangan tersebut akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan dan akan dimaklumkan kemudian.

Peralatan
Peralatan latihan dalam keadaan baik. Semasa Taklimat Pengurusan Aset Alih MSNS mencadangkan supaya setiap pusat latihan perlu megadakan stor simpanan peralatan bagi menjamin keselamatan peralatan tersebut.

Sekian terima kasih.


Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Akuatik Renang. Akuatik Terjun. Memanah. Pelayaran.

Thursday, February 13, 2014

PEMANTAUAN KE PUSAT LATIHAN NEGERI DI BAHAGIAN SIBU

Salam Perpaduan

Tarikh: 11 Februari 2014
Masa: Jam 14.00 - Jam 18.00
Tempat: 
  1. Sibu Superbowl, Sibu
  2. SMK Sacred Heart, Sibu
  3. Kolam Renang Bukit Lima, Sibu
Kehadiran
  1. En. Mohd Faizal Ibrahim (PKU USPTN)
  2. En. Arrolflynn Elvis Slie (Pen. Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak Bahagian Zon Tengah)
  3. En. Joseph Wong Toh Ming (JSM Tenpin Bowling)
  4. En. Liong Bi Ling (JSM Skuasy)
  5. En. Hii Hieng Chiong (JPM Renang)
  6. En. Die Ung Manggang (JPM Renang Majlis Sukan Negeri Sarawak)
Sukan Tenpin Bowling
Kehadiran disambut oleh JSM, En. Joseph Wong Toh Ming pada jam 14.00. Maklumat berkenaan dengan jadual latihan atlet serta kemudahan yang disediakan di PLN Tenpin Bowling di Sibu adalah seperti berikut:-

Jadual Latihan: Sabtu & Ahad (Jam 15.00 - jam 19.00)
Kemudahan Tempat Latihan:
  1. Lane - 28
  2. Kafe - 1
  3. Tandas - 2
Sukan Skuasy
Pemantauan diteruskan ke PLN Skuasy di SMK Sacred Heart pada jam 15.30 disambut oleh JSM, En. Liong Bi Ling. Maklumat mengenai Kemudahan PLN, Kehadiran Atlet dan Program Latihan Atlet adalah seperti berikut:-

Kemudahan:
  1. Gelanggang - 4
  2. Bilik Rehat - 1
  3. Tandas - 2
Kehadiran Atlet:
Lelaki - 7 orang
Perempuan - 5 orang

Program Latihan:
  1. Feeding (Forehand & Backhand)
  2. Kecergasan (Berlari 3 minit x 3 set)
  3. Solo Drill
  4. Team Drill
Sukan Renang
Pemantauan terakhir dilakukan pada jam 18.00 di Kolam Renang Bukit Lima disambut oleh JPM USPTN, En. Hii Hieng Chiong dan JPM Negeri, En Die Ung Manggang. Pada waktu ini, fokus latihan atlet adalah untuk persediaan Sesi Kelayakan Masa bagi pemilihan atlet ke SUKMA XVII yang akan diadakan pada 28 Februari 2014.

Maklumat berkenaan kemudahan PLN, kehadiran atlet dan program latihan atlet adalah seperti berikut:-

Kemudahan:
  1. Kolam Renang (50' x 30') - 1
  2. Bilik Persalinan - 2
  3. Tandas - 6
  4. Restoran - 1
  5. Stor - 1

Kehadiran Atlet:
Lelaki - 9 orang
Perempuan - 7 orang

Jadual & Program latihan:
  1. Pagi (0700 - 0900)
  2. Petang (1730 - 1930)
  1. Aerobic Endurance (65%)
  2. Speed and Power (35%)
Rumusan Pemantauan
Setelah melihat dan memeriksa kemudahan PLN di Bahagian Sibu, secara keseluruhan tahap kondisi PLN masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan oleh atlet untuk berlatih dengan selesa kecuali Sukan Renang dimana isu lane yang terhad untuk para atlet berlatih kerana kolam renang tersebut juga dibuka kepada umum. Kehadiran atlet juga cukup baik kerana mereka mempunyai masa yang sesuai untuk turun berlatih selepas tamat sesi persekolahan.

Terima kasih.

-- 
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
Majlis Sukan Negara Malaysia

PEMANTAUAN PLN GIMNASTIK ARTISTIK PETRA JAYA KUCHING

Salam & Salam 1 Malaysia

Tarikh : 12 Februari (Rabu)
Venue : Dewan Gimnastik,Petra Jaya, Kuching

Masa : 3 ptg

Ulasan :

Latihan Acro dilakukan oleh setiap atlet dan satu rutin penuh untuk Senaman Lantai. Selepas latihan tersebut atlet Senior melakukan rutin bersama teknik baru mengikut tahap program pada 'apparatus' Palang Bertingkat manakala atlet 'kecil' melakukan rutin dan diserapkan teknik baru untuk 'apparatus' Batang Titian.

Seorang atlet mengalami sedikit kecederaan dan hanya melakukan latihan di Palang Bertingkat dan latihan kecergasan yang ringan bagi mengekalkan tahap kecergasan yang stabil dan 'flexibility' yang tinggi dan mengelakkan kecederaan yang lebih serius.Atlet tersebut juga dalam proses untuk pemulihan kecederaan tersebut.

4 org gimnas tidak hadir semasa latihan kerana perlu menghadiri sesi kelas agama di sekolah yang wajib untuk dihadiri semua pelajar.

Sekian,terima kasih.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.