Saturday, June 25, 2011

Laporan Pemantauan Sukan Menembak - Jun

Tarikh  : 25 Jun 2011, Sabtu
Kehadiran  : 2 orang (2P)
Jurulatih  : JPM MSNS


Pemantuan pada kali ini bukan sahaja pada jurulatih atau atlet semata-mata. Saya juga telah melihat proses pengubahsuaian bagi lapang sasar jarak 10m. Proses pengubahsuian tersebut telah mencapai sebanyak 60% siap iaitu proses pemasangan atap telah siap. Menurut kontraktor, proses pengubahsuian tersebut akan siap dalam masa 2 minggu lagi termasuk pemasangan siling.





Penekanan latihan pada hari ini adalah 'grouping' dan 'triggering'. Saya turut membantu sedikit sebanyak dalam proses latihan memandangkan JSM USPTN tidak hadir pada sesi kali ini.

Sekian, tq.

Laporan: Cik Sue (^_*)

Laporan Pemantauan Sukan Akuatik Terjun Dan Sesi Penggambaran Unit Sukan RTM

Tarikh : 22 Jun 2011
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Kolam Renang MBKS
Jurulatih : Cik Gracie Junita Terry Pega (JPM/MSNS)
               Pn. Xioa Xia (JLN/MSNS)

Satu sesi penggambaran telah dilakukan oleh pihak Unit Sukan TV, Jabatan Penyiaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia yang diketuai oleh Che Nor Asikim Muhammad untuk sukan akuatik terjun negeri sarawak. Rakaman telah dibuat di Kolam Renang MBKS. Kehadiran atlet amat memuaskan iaitu seramai 17 atlet ( Lelaki = 11, Perempuan = 6 ).

Menurut Cik Nor Asikim, penggambaran dibuat adalah untuk membuat liputan mengenai sukan-sukan di Malaysia dan untuk memberi informasi yang berguna kepada peminat sukan tanah air. Penggambaran tersebut adalah untuk rancangan 321 Mula iaitu sebuah rancangan yang memaparkan pendedahan awal kepada penonton mengenai perincian cara dan teknik yang betul dalam sesuatu jenis sukan.









Sepanjang sesi penggambaran, jurulatih dan atlet telah memberi kerjasama yang baik. Latihan yang dijalankan adalah seperti biasa iaitu latihan asas dan latihan teknik terjunan. 

Sekian. Terima kasih


--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
Penolong Pegawai Belia & Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri
Sarawak

Tuesday, June 14, 2011

Laporan Pemantauan Sukan Akuatik - Terjun

Tarikh :        10 Jun 2011
Lokasi :        Dry Gym, Kolam Renang MBKS
Jurulatih :     Gracie Junita Terry Pega (JPM/MSNS), Xiao Xia(JLN/MSNS)
Kehadiran :   11 orang ( Lelaki 8, Perempuan 3 )






Sempena cuti sekolah, latihan telah dijalankan pada sebelah pagi hari Jumaat minggu lepas ( 10 Jun 2011 ) di Dry Gym pada pukul 0900 pagi hingga 1100 pagi. Kehadiran pada pagi tersebut adalah seramai 4 orang atlet dan diselia oleh Jurulatih Luar Negara (JLN/MSNS) Pn. Xiao Xia. Latihan turut dibantu oleh Cik Sylvia. Latihan yang diadakan adalah seperti biasa iaitu latihan asas terjunan.

Pada sebelah petang, iaitu pada pukul 3 petang, latihan telah dijalankan di Kolam Renang MBKS. Kehadiran adalah seramai 11 orang dan telah diselia oleh Jurulatih Sepenuh Masa (JPM/MSNS) Cik Gracie Junita dan Jurulatih Luar Negara (JLN/MSNS) Pn. Xiao Xia serta di bantu oleh Cik Sylvia. Jurulatih Sepenuh Masa ( JPM/MSNS) Pn Harnani Mohd tidak hadir kerana cuti bersalin. Atlet menjalani latihan asas sebelum melakukan terjunan. Namun begitu, latihan terjunan lewat dijalankan kerana hujan lebat. 

Tiada masalah dari segi peralatan dan tempat latihan.

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan b. Abdul Razak
PPN Akuatik