Monday, October 31, 2011

MINI PERTANDINGAN GIMNASTIK ARTISTIK ANTARA SEKOLAH

MINI PERTANDINGAN GIMNASTIK ARTISTIK ANTARA SEKOLAH

Tarikh  : 29 Oktober 2011

Venue : Dewan Gimnastik, Off Jln Stadium Petra Jaya Kuching

Mini Pertandingan Gimnastik Artistik telah berjaya diadakan dengan lancar. Program ini adalah anjuran bersama USPTN Sarawak, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Gimnastik Amatur Sarawak.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menaikkan semangat di kalangan gimnas dan sebagai pendedahan kepada persekitaran pertandingan selain mempromosikan sukan ini.

20 orang peserta dari 10 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Antara sekolah yang terlibat ialah :

1) SMK St Mary                 6) SK Batu Lintang
2) SK St Mary                    7) SK Ong Tiang Swee
3) SK Chung Hua No.1        8) SK St Teresa
4) SK Chung Hua No.5        9) SK Chung Hua Bt 4 1/2
5) SK Green Road              10) SK (A) Datuk Hj Abd. Kadir Hassan

4 Kategori telah dipertandingkan adalah seperti berikut :

1) Kategori Perempuan 8 thn Ke Bawah
2) Kategori Perempuan 10 thn Ke Bawah
3) Kategori Perempuan 15 thn Ke Bawah
4) Kategori Lelaki 10 thn Ke Bawah

Beberapa orang guru dari setiap sekolah yang tersenarai turut hadir ke pertandingan ini sebagai sokongan kepada peserta yang terlibat


 
--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Friday, October 28, 2011

Program Talent Scouting

Salam

TALENT SCOUTING

Tarikh : 26 & 27 Okt 2011
Sekolah yang terlibat : SJK Chung Hua No.2
                                  SK Laksamana
                                  SK Satria Jaya

Jurulatih : Xiao Xia ( JLN MSNS )
               Gracie Junita Terry Pega ( JPM MSNS )
               Harnani Muhammad ( JPM MSNS )

Program "Talent Scouting" telah dijalankan selama dua hari iaitu pada hari Rabu ( 26 Okt 2011 ) dan Khamis ( 27 Okt 2011 ) di tiga buah sekolah. Sasaran adalah pelajar tahun 1 dan tahun 2. Pada peringkat permulaan pemilihan atlet seramai 79 pelajar telah disenaraikan. Penilaian peringkat kedua yang akan ditetapkan dalam masa yang terdekat.


--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
USPTN Sarawak