Tarikh : 12 Mac 2013
Venue : Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Kuching
Masa : 1.00pm - 5.00pm
Urusetia : USPTN dan MSNS
Kehadiran : 70 orang pelajar, Ibu bapa & 3 orang guru
Sekolah-sekolah yang terlibat
SK Sg. Stutong - 14 orang
SK Sg. Stutong - 14 orang
SK Laksamana - 6 orang
SK Wira Jaya - 43 orang
SK Green Road - 4 orang
SK St. Joseph - 1 orang
SK Chung Hua No.5 - 2 orang
Penyertaan Program
Pada mulanya peserta program adalah dikalangan pelajar yang telah dipilih melalui 'Talent Scouting' di tiga buah sekolah iaitu SK Sg. Stutong, SK Laksamana dan SK Wira Jaya. Namun begitu, terdapat penambahan daripada pelajar sekolah lain setelah menerima permohonan daripada pihak ibu bapa. Program tersebut juga disambut baik oleh para ibu bapa pelajar dengan bersama-sama turut serta semasa program tersebut dijalankan.
Sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar dan para ibu bapa bagi klinik tersebut |
Perlaksanaan Program Klinik Terjun
Klinik tersebut pada dasarnya bertujuan untuk memperkenalkan Sukan Akuatik Terjun kepada para pelajar dan ibu bapa dengan memberi pendedahan awal bagaimana Sukan Terjun dilaksanakan di peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan. Melalui klinik tersebut, ibu bapa dan pelajar didedahkan dengan peranan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak dan Majlis Sukan Negeri Sarawak bagi membangunkan sukan tersebut di peringkat negeri. Klinik ini turut dibantu oleh pegawai Majlis Sukan Negara, Pn. Nur Ehsan yang juga merupakan Pengurus Sukan Akuatik di Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara.
Seorang Jurulatih Kebangsaan, En. Ken Nee Yeoh telah dijemput hadir bersama untuk 'Sesi Bersama Idola'. Beliau telah menerangkan perjalanan pengalaman beliau menceburi bidang Sukan Terjun hingga menjadi atlet terjun negara yang dikenali di seluruh Malaysia. Beliau juga memberitahu kelebihan yang diperolehi melalui sukan tersebut.
Pegawai Sukan Akuatik Terjun Majlis Sukan Negara, Pn. Nur Ehsan memberikan penerangan khusus mengenai pengenalan dan halatuju sukan Akuatik Terjun kepada hadirin yang hadir |
Seorang Jurulatih Kebangsaan, En. Ken Nee Yeoh telah dijemput hadir bersama untuk 'Sesi Bersama Idola'. Beliau telah menerangkan perjalanan pengalaman beliau menceburi bidang Sukan Terjun hingga menjadi atlet terjun negara yang dikenali di seluruh Malaysia. Beliau juga memberitahu kelebihan yang diperolehi melalui sukan tersebut.
Jurulatih Pelapis Kebangsaan, En. Ken Nee Yeoh memberi taklimat ringkas mengenai sukan Akuatik Terjun kepada Ibu bapa yang hadir |
Antara program yang dijalankan adalah pengenalan Latihan Dry Gym dan Latihan Terjunan Kolam. Ini adalah bertujuan memberi gambaran kepada ibu bapa dan pelajar bagaimana aktiviti latihan terjun dijalankan. Sesi pengenalan tersebut turut dibantu oleh jurulatih dan atlet negeri untuk 'Sesi Demo Latihan'.
Sesi Latihan Dry Gym |
SDO Sukan Akuatik Terjun, En. Mohd Saffuan Abd. Razak (Kiri sekali) memberikan penerangan kepada para ibu bapa mengenai pengendalian sesi latihan terjunan di kolam renang Pusat Akuatik, Kuching |
Jurulatih Pelapis Kebangsaan, En. Ken Nee Yeoh (Berbaju Hitam) menerangkan teknik terjunan kepada para hadirin |
Semasa sesi program dijalankan, Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefri Ngadirin dan En. Azrul Hisyam (Ketua Unit Pelapis Kebangsaan) turut memantau perjalanan program pada hari tersebut sebelum keberangkatan beliau ke Kuala Lumpur.
Sekian terima kasih.
--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
USPTN Sarawak