Thursday, March 3, 2011

Mesyuarat Transformasi Program Persatuan, ASAS 2011

Satu mesyuarat telah diadakan pada 28 Februari 2011 di Bilik Relaksasi ISN bersempena Mesyuarat Transformasi Program Persatuan, Persatuan Renang Amatur Sarawak (ASAS) bagi tahun 2011.

Mesyuarat bertujuan untuk membincang, menganalisis serta merancang perjalanan program latihan bagi tahun ini. Disamping itu, ia turut menganalisis prestasi keseluruhan atlet selepas Sarawak Age Group Swimming Championship yang baru sahaja diadakan pada 25-27 Februari 2011 di Sibu.


YB Encik Larry Sng, Presiden ASAS

Dari kiri: En. Francis N. Ding, Tn. Hj. Soedirman b. Hj. Aini, YB En. Larry Sng dan En. Paul Lim

Wakil-wakil persatuan di bahagian dan Jurulatih Luar Negara
 
Cik Liew Feng Wei dan Encik Ren Xiaoshun, Jurulatih Luar Negara

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Larry Sng, Presiden ASAS dan turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak, Tuan Haji Soedirman bin Haji Aini, Pengarah MSNS Encik Francis Nyurang Ding, Koordinator Sukan Akuatik, Puan Zaleha Hj. Alias, Pemangku Ketua Unit USPTN Sarawak, Cik Suefarinawathy Affendi, wakil-wakil persatuan dari semua bahagian di Sarawak serta jurulatih-jurulatih tempatan dan asing di bawah lantikan MSNM / MSNS.

Laporan disediakan oleh:
Cik Sue Affendi

1 comment: