Thursday, April 21, 2011

Laporan Pemantauan Sukan Akuatik - Terjun

Salam.
 
Latihan telah diadakan pada 20 April 2011 di Dry Gym, Dewan Suarah Kuching pada sebelah petang. Sesi latihan tersebut telah dijalankan oleh Jurulatih Luar Negara Pn. Xiao Xia ( JLN-MSNS ). Jurulatih Sepenuh Masa, Pn. Harnani Muhamad ( JPM-MSNS ) dan Jurulatih Sepenuh Masa, Cik Gracie Junita Tery Pega ( JPM-MSNS ) tidak hadir. Maklumat yang saya dapat, Pn. Harnani cuti sakit dan Cik Gracie sedang bercuti.
 
Kehadiran adalah memuaskan iaitu seramai 15 atlet berumur 6 hingga 13 tahun telah menhadiri sesi latihan. Jurulatih telah memberi penekanan pada latihan asas untuk memastikan atlet memahami teknik yang betul sebelum pergi menjalani latihan di kolam renang. Sesi latihan juga dibantu oleh atlet Cik Sylvia untuk melatih atlet-atlet baru. Mereka diberi pendedahan awal dengan teknik asas dan latihan fizikal dijalankan untuk meningkatkan kekuatan dan keseimbangan badan.




 

Masalah komunikasi dengan Jurulatih Luar Negara menyebabkan sukar untuk mendapat maklumat. Walau bagaimanapun, beliau dapat memberi latihan dengan baik. 
 
Sekian. Terima Kasih

-- 
Mohd. Saffuan Abd. Razak
Penolong Pegawai Belia & Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri
Sarawak
 

Tuesday, April 19, 2011

Laporan Pemantauan Sukan Tinju

Untuk makluman, ini merupakan laporan pertama saya sejak bertugas sebagai SDO USPTN Sarawak pada 1 April 2011.
Saya telah mengikuti pemantauan bersama SDO ke pusat latihan tinju pada 7 April 2011 untuk melihat sendiri sesi latihan dan bagaimana pemantauan dibuat.
Latihan bermula pada pukul  4.00 petang dibawah seliaan Jurulatih Luar Negara - MSNS En. Fred Mandagi ( JLN – MSNS ) dan Jurulatih Sepenuh Masa - MSNS  En. Mohd. Zainuddin Sidi ( JPM – MSNS ).  



Atlet yang hadir adalah seramai 7 orang. Atlet datang ke pusat latihan menggunakan pengangkutan sendiri  dan dihantar oleh ahli keluarga. Jurulatih ada memaklumkan ada pelajar yang ingin menyertai sukan tinju tetapi mengalami masalah untuk hadir kerana lokasi kediaman adalah jauh selain masalah pengangkutan.
Sesi latihan adalah : “ warm up”, latihan asas tinju, larian 4 pusingan ( pada jarak 5km ), “punch beg” dan seat up. Latihan diadakan selama 1 jam setengah.
Kemudahan peralatan adalah mencukupi kecuali “skipping rope”  sahaja yang kurang.
Secara keseluruhannya, atlet menjalani latihan dengan penuh semangat terutama beberapa atlet yang akan mewakili negeri ke Sukan Malaysia akan datang.

Sekian terima kasih.

Laporan:
Mohd. Saffuan b. Abd. Razak
PPN

Monday, April 18, 2011

Mesyuarat Pegawai & Kakitangan USPTN Sarawak Bil. 4/2011

Mesyuarat bulanan telah diadakan pada hari ini, bermula jam 09.00 pagi.

Mesyuarat adalah berkisar mengenai perkembangan sukan di bawah USPTN Sarawak bagi bulan Mac disamping mengalu-alukan PPN baru, Encik Mohd. Saffuan b. Abd. Razak. Sedikit pertukaran bagi sukan dibawah jagaan PPN juga diubah dan diumumkan semasa mesyuarat. Pertukaran sukan dan PPN berkuatkuasa serta merta.

Senarai PPN dan sukan terbaru adalah seperti berikut:

(1) Suefarinawathy Affendi   - Menembak dan Tenpin Bowling
(2) Dedia Sarini bt. Ahmad   - Olahraga dan Gimnastik (Artistik / Gimrama)
(3) Mohd. Saffuan b. Abd. Razak  - Angkat Berat dan Akuatik (Renang / Terjun)
(4) Irene John Davis  - Badminton, Skuasy dan Pelayaran
(5) Awang Fadilah b. Jaya   - Memanah, Berbasikal dan Tinju

Puan Dedia Sarini dan Encik Awang Fadilah.

Puan Irene John dan Encik Mohd. Saffuan.
Mesyuarat turut membincangkan mengenai persiapan ke Karnival Pelapis Negeri Sirkit 01/2011 yang akan diadakan Kota Bharu, Kelantan pada 11-15 Mei 2011.

Mesyuarat tamat pada jam 12.15 tengahari.

Sekian.

Laporan dari Cik Sue.

Tuesday, April 12, 2011

Mesyuarat Pelarasan Majlis Pelancaran 'Road to Paralympic London 2012'

Mesyuarat Pelarasan sempena Majlis Pelancaran 'Road to Paralympic London 2012' dan Penyerahan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Kontinjen Paralimpik di Sukan Para Asia Guangzhou 2010 telah diadakan pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Sarawak.

Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa majlis akan diadakan pada 14 April 2011 di Wisma Kebajikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, Kuching dan bakal dihadiri oleh YB Datuk seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap, KPSU, Tuan Haji Soedirman bin Haji Aini berbincang secara menyeluruh mengenai segala persiapan sebelum, semasa serta selepas majlis berlangsung. Perbincangan turut meliputi persiapan jemputan, media, pameran, protokol, peralatan dan sebagainya.

 





Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil-wakil dari jabatan tertentu seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Belia dan Sukan, Dewan Suarah Kuching, PDRM, Bahagaian Sukan KPSU, Bahagian Kebudayaan KPSU, Perbadanan Stadium Negeri, Pejabat Daerah, Pestron, Unit Paralimpik Elit Negeri Sarawak, PKU USPTN Sarawak serta wakil-wakil dari pihak Majlis Sukan Negara (MSN).

Mesyuarat turut bersetuju untuk memastikan semua jabatan-jabatan turut mengambil bahagian bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Mesyuarat tamat sekitar jam 4.30 petang.

Sekian.

Laporan daripada Cik Sue...

Sesi Temubual di "Selamat Pagi 1 Malaysia"

Saya telah diarahkan oleh Pengarah, MSNS untuk mewakili beliau sebagai tetamu bagi segmen sukan dalam rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia yang ke udara secara langsung di TV1 pada hari Ahad, 10 April 2011. Temubual tersebut adalah sempena 'Program Jom Berambeh di RTM' dari 8-10 April 2011 di persekitaran Bangunan RTM, Kuching.








Temubual saya adalah lebih berkisar dari segi pembangunan sukan di negeri Sarawak khususnya. Manakala topik bagi Encik Jamal Adam yang mewakili Unit Paralimpik Elit Sarawak, berkisar mengenai pembangunan sukan paralimpik di Sarawak.

Walaupun durasi temubual cuma sekitar 10 minit, namun ia merupakan satu pengalaman yang baru bagi diri saya.

Sekian.

Laporan dari Cik Sue..

Friday, April 1, 2011

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 01 April 2011 (Jumaat)
Jam : 3.00 petang
Jurulatih : En. Ahmad ak. Anai
Kehadiran : 8 orang atlet (5 Rifle, 3 Pistol)









Latihan yang dijalankan pada hari ini adalah dibawah seliaan Encik Ahmad anak Anai, Jurulatih Penuh Masa, MSNegeri. Jurulatih dibawah USPTN, JSM Puan Christina Liaw tidak hadir pada sesi latihan hari ini. Tiada maklumat diperolehi daripada JSM.

Encik Ahmad memaklumkan bahawa kehadiran atlet yang amat sedikit adalah disebabkan oleh ketiadaan pengangkutan yang membawa mereka dari sekolah ke lapang sasar sepertimana yang dilakukan sebelum ini. Manakala atlet yang datang dari Daerah Bau pula hadir dengan menumpang kenderaan JPM.

Latihan menembak berjalan seperti biasa dengan kekurangan kemudahan. Penembak terpaksa menampal target satu persatu pada papan dan dicacak dengan jarak 10 meter. Ketinggian target2 yang ditampal menimbulkan kesukaran kerana terpaksa mengubah kedudukan setiap 5-10 biji tembakan.

Secara keseluruhannya, latihan berjalan lancar dan tiada rungutan atau masalah ditimbulkan daripada penembak.

Latihan selesai pada jam 5.00 petang.

Sekian, harap maklum.

Laporan : Cik Sue