Saturday, May 21, 2011

Laporan Hari ke-3, Kejohanan NAG Diving Championship, N9

Tarikh : 21 Mei 2011
Lokasi : Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan
Acara yang dipertandingkan hari ini yang melibatkan atlet Sarawak adalah :
          1m papan anjal kump B ( lelaki ) : Sylvester Gaing ak Peter Jawa
                                                                    Carlsyle Chan Wee Chiek
          Platform kump. A ( wanita ) : Traisy Vivien ak Tukiet

Keputusan Pertandingan
Acara : 1m papan anjal kump. B ( lelaki ) = Tempat pertama : Sarawak ( Carlsyle Chan Wee Chiek ) - Emas
                                                        Tempat kedua    : Australia - Perak
                                                        Tempat ketiga    : Kuala Lumpur - Gangsa
                                                        Tempat keempat: Sarawak ( Sylvester Gaing ak. Peter Jawa )
Acara : Platform kump. A ( wanita ) =
                                                       Tempat pertama : Sarawak ( Traisy Vivien ak Tukiet ) - Emas
                                                       Tempat kedua    : Perak - Perak
                                                       Tempat ketiga    : Perak - Gangsa
Pertandingan berjalan dengan lancar.





                                                             
-- 
Mohd. Saffuan Abd. Razak
Penolong Pegawai Belia & Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri
Sarawak

Laporan Pemantauan Sukan Menembak - Mei

Latihan telah diadakan dengan kehadiran 7 orang atlet (3R, 4P).

Latihan yang diadakan lebih tertumpu kepada tembakan 'grouping'. Teknik basic / asas tetap diutamakan untuk membuat tiap-tiap tembakan.

JSM memaklumkan bahawa kahadiran atlet amat kurang memuaskan kerana terlalu banyak aktiviti di sekolah yang terpaksa dihadiri oleh atlet.

Masalah pengangkutan telah dapat dielakkan dengan bantuan daripada MSNegeri. Kenderaan akan mengambil pelajar-pelajar disekitar Bandaraya Kuching pada setiap hari. Manakala atlet dari Pekan Bau pula akan menumpang kenderaan JSM MSNegeri, Encik Ahmad Anai.






Perjumpaan bersama ibu kepada seorang atlet turut diadakan. Puan Eng mencadangkan agar latihan yang lebih baik, terutamanya dalam acara pistol dapat dijalankan memandangkan minat serta kesungguhan anak beliau dalam sukan menembak.

Latihan hari ini turut dihadiri oleh JSM USPTN dan JPM MSNegeri.

Sekian laporan pada kali ini.

Laporan:
Cik Sue (^_*)

Laporan Kejohanan NAG Diving Championships Negeri Sembilan 1/2011

Tarikh : 19 Mei 2011
Lokasi : Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan
 
Pada pukul 3 petang, satu mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan. Mesyuarat tersebut bagi membuat pengesahan penyertaan atlet dan penjelasan syarat-syarat pertandingan.
 
Atlet Sarawak : Sylvester Gaing Peter Jawa
                       Carlsyle Chan Wee Chiek
                       Traisy Vivien ak Tukiet
 
Abdul Rashid terpaksa dibatalkan penyertaannya di saat akhir kerana mengalami kecederaan semasa latihan.
 
Atlet juga telah membuat latihan pada hari tersebut di pusat akuatik negeri. Latihan dijalankan dari pukul 3 petang hingga 6.30 petang.
 


 
 
Tarikh : 20 Mei 2011
 
Masa : 8.30 pagi
 
Acara : 3m papan anjal kump. B ( 9 dives )
 
Atlet : Sylverter Gaing Peter Jawa
          Carlsyle Chan Wee Chiek
 
Penyertaan atlet bagi kategori ini adalah seramai 13 peserta. Semasa pertandingan Sylvester Gaing dan Wee Chiek dapat membuat terjunan yang baik walaupun ada beberapa terjunan yang kurang memberi markah. Pasukan Sarawak juga mendapat saingan hebat daripada peserta lain.
 
Keputusan :
                    Tempat Pertama : Australia
                    Tempat Kedua    : Kuala Lumpur
                    Tempat Ketiga    : Sarawak ( Carlsyle Chan Wee Chiek )
 
Tamat pertandingan kategori ini lebih kurang dalam pukul 9.40 pagi. Selepas itu atlet menjalani latihan untuk esok bagi kategori 1m papan anjal kump. B.
 
 




 Sekian. Terima kasih


-- 
Mohd. Saffuan Abd. Razak
Penolong Pegawai Belia & Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri
Sarawak

Wednesday, May 11, 2011

Sekitar Hari Perjalanan Ke KPN 01/2011, Kelantan

Kontinjen USPTN Sarawak telah mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sejak jam 07.30 pagi. Semua pegawai dan atlet telah sampai pada masa yang ditetapkan bagi mengelak kemungkinan terdapat kesulitan yang bakal berlaku.

Kumpulan pertama yang terdiri daripada 24 orang pegawai dan atlet yang menaiki penerbangan ke KL adalah pada jam 9.30 pagi, dengan penerbangan AK 5201 dan dijangka sampai di LCCT pada jam 11.00 pagi. Kumpulan kedua, seramai 6 orang pula pada jam 11.55 pagi dan sampai pada jam 1.40 petang. Manakala seramai 4 orang lagi dari Bandar Miri telah menaiki penerbangan pada jam 10.00 pagi dan dijangka tiba di LCCT pada jam 12.15 tengahari.

Setelah menikmati makan tengahari dan berehat di LCCT, kontinjen seterusnya meneruskan penerbangan ke Kota Bharu dengan penerbangan AK 5288, jam 3.50 petang. Kumpulan kedua pula menaiki penerbangan AK 5292, jam 6.15 petang. Kontinjen dari USPTN Sabah dan USPTN WP Labuan turut bersama di dalam penerbangan kumpulan pertama USPTN Sarawak. 








Ketibaan kontinjen Sarawak di lapangan terbang Kota Bharu telah disambut oleh PPN USPTN Kelantan, Saudara Afiz Akmal. 2 buah bas disediakan bagi membawa kami ke beberapa hotel kediaman yang telah ditempah.

Hotel kediaman bagi sukan-sukan USPTN Sarawak adalah:
(1) Angkat Berat    - Hotel Seri Seroja
(2) Gimnastik Artistik   - Kencana Lodge
(3) Gimrama    - KB Garden
(4) Memanah    - Kampus USM
(5) Tinju    - Sabrina Court

Sekian untuk laporan sekitar hari perjalanan ke KB. Laporan seterusnya akan menyusul pada esok hari. Selamat malam...

Laporan: Cik Sue (^_^)

Monday, May 9, 2011

Upacara Penyerahan Bendera kepada Kontinjen USPTN Sarawak

Upacara Penyerahan Bendera kepada Kontinjen USPTN Sarawak telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah MSNS, Encik Abdul Muktalib bin Haji Mohamad kepada saya selaku Ketua Kontinjen USPTN Sarawak. Antara pasukan yang menghadirkan diri pada upacara tersebut adalah sukan gimnastik artistik, gimnastik gimrama dan tinju.

USPTN Sarawak akan menghantar seramai 34 orang pegawai dan attel dan akan mengambil bahagian dalam lima (5) jenis sukan yang dipertandingkan iaitu memanah (1J, 4A), gimnastik artistik (1P, 1J, 4A), gimnastik gimrama (1P, 1J, 3A), angkat berat (1P, 1J, 3A) dan tinju (1P, 1J, 8A). 


Kontinjen akan bertolak ke Kota Bharu pada esok hari, 10 Mei 2011 dan akan kembali pada 15 Mei 2011. Karnival Pelapis Negeri Sirkit 01/2011 yang akan diadakan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini berlangsung dari 11 Mei hingga 15 Mei 2011.

Penyerahan Bendera Negeri Sarawak daripada Encik Abdul Muktalib kepada Cik Sue.

Pasukan Gimnastik - Artistik bersama SDO, Koordinator dan Jurulatih

Pasukan Gimnastik - Gimrama

Pasukan Tinju


Sekian.


Laporan : Cik  Sue (^_^)

Mesyuarat Pengurus Pasukan, Jurulatih, Koordinator Sukna Kontinjen Negeri Sarawak, Sukan Malaysia XIV KL 2011

Mesyuarat telah dijalankan pada hari ini, bermula jam 0930 pagi di Bilik Mesyuarat 2, Regal Court Hotel, Kuching. Kehadiran adalah melibatkan wakil-wakil Persatuan Sukan Negeri, Pengurus Pasukan, Jurulatih, Koordinator Sukan dan Urusetia Kontinjen, Sukan Malaysia 2011.

Mesyuarat adalah berkisar mengenai persiapan akhir kontinjen sebelum bertolak ke Kuala Lumpur untuk ke Temasya Sukan Malaysia.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah MSNS, Encik Francis Nyurang Ding.





Sekian, TQ.

Laporan : Cik Sue (^_^)

Laporan Pemantauan Sukan Menembak

Pemantuan telah dilakukan pada hari Sabtu, 07 Mei 2011 di Lapang Sasar Menembak MSNS, Jalan Batu Kawa, Kuching.

Pada latihan hari ini, saya telah mengarahkan JPN MSNS, Encik Ahmad Anai untuk membuat ujian spesifik ke atas atlet yang hadir pada latihan hari ini. Walaupun hanya tiga (3) orang atlet yang hadir, namun ujian tetap dijalankan bagi mengetahui prestasi semasa atlet menjelang bulan Mei.









Tembakan yang diwajibkan adalah sama seperti peraturan yang ditetapkan iaitu 40 tembakan bagi acara Air Rifle dan Air Pistol. Lima (5) tembakan dibenarkan untuk setiap target dan penukaran target dilakukan secara manual oleh jurulatih.

Secara keseluruhannya, ujian berjalan lancar dengan bantuan jurulatih negeri walaupun tanpa kehadiran JSM USPTN.


Laporan: Cik Sue (^_^)

Thursday, May 5, 2011

Pemantauan & Pemeriksaan Peralatan PLN Memanah SMK Sematan

Tempat            :         Lapang Sasar Memanah SMK Sematan
Tarikh              :         30 April 2011
Hari                 :         Sabtu
Waktu              :         9 Pagi
Kehadiran Atlet        2 L 4 W
Jurulatih          :          En. Ribep ak Bisen
SDO               :          En. Awang Fadilah

Latihan sedang giat dijalankan bagi menghadapi Kejohanan MSSS dan Karnival Pelapis Sirkit 1/2011.  SMK Sematan telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah – Sekolah Sarawak yang akan diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2011. Seramai 14 orang atlet Pelapis Negeri akan menyertai kejohanan tersebut iaitu 7 orang atlet daripada pusat latihan SMK Sematan dan 7 orang atlet daripada pusat latihan Kuching Indoor Archery Academy (KIAA). Peralatan dan lapang sasar memanah telah disusun atur mengikut peraturan pertandingan yang telah ditetapkan.








Bagi penyertaan ke Karnival Pelapis Negeri Sirkit 1/2011, USPTN Sarawak akan menghantar seramai 5 orang atlet 2 orang atlet daripada Kuching Indoor Archery Academy (KIAA) dan 3 orang atlet daripada SMK Sematan.

Sekian, terima kasih.


Laporan Oleh:
Awang Fadilah b. Jaya
PPN Memanah