Tarikh : 19 Mei 2011
Lokasi : Pusat Akuatik Negeri, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan
Pada pukul 3 petang, satu mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan. Mesyuarat tersebut bagi membuat pengesahan penyertaan atlet dan penjelasan syarat-syarat pertandingan.
Atlet Sarawak : Sylvester Gaing Peter Jawa
Traisy Vivien ak Tukiet
Abdul Rashid terpaksa dibatalkan penyertaannya di saat akhir kerana mengalami kecederaan semasa latihan.
Atlet juga telah membuat latihan pada hari tersebut di pusat akuatik negeri. Latihan dijalankan dari pukul 3 petang hingga 6.30 petang.
Tarikh : 20 Mei 2011
Masa : 8.30 pagi
Acara : 3m papan anjal kump. B ( 9 dives )
Atlet : Sylverter Gaing Peter Jawa
Carlsyle Chan Wee Chiek
Penyertaan atlet bagi kategori ini adalah seramai 13 peserta. Semasa pertandingan Sylvester Gaing dan Wee Chiek dapat membuat terjunan yang baik walaupun ada beberapa terjunan yang kurang memberi markah. Pasukan Sarawak juga mendapat saingan hebat daripada peserta lain.
Keputusan :
Tempat Pertama : Australia
Tempat Kedua : Kuala Lumpur
Tempat Ketiga : Sarawak ( Carlsyle Chan Wee Chiek )
Tamat pertandingan kategori ini lebih kurang dalam pukul 9.40 pagi. Selepas itu atlet menjalani latihan untuk esok bagi kategori 1m papan anjal kump. B.
Sekian. Terima kasih
--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
Penolong Pegawai Belia & Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri
Sarawak
No comments:
Post a Comment