Thursday, September 20, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN OLAHRAGA USPTN DI SMK TABUAN JAYA, KUCHING (19/09/2012)

Tarikh: 19/09/2012 (Rabu)
Tempat: SMK Tabuan Jaya, Kuching
Masa: 03:30pm - 05.00pm

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
Cik Rasia Anak Lutang ( JSM Olahraga USPTN)
En. Mohd Faizal Bin Ibrahim ( SDO Olahraga USPTN)

Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki : 2 Orang
Atlet Wanita : 2 Orang


Objektif Pemantauan
Memantau Persedian Atlet-atlet untuk menghadapi Kejohanan Olahraga PO Perak All Comers 2012 yang bakal berlangsung pada hari Ahad, 23/09/2012 di Ipoh, Perak.


Keputusan Pemantauan
  1. Pada hari tersebut, sesi latihan hanya dihadiri oleh 4 oraang atlet sahaja dimana atlet-atlet tersebut bakal menyertai Kejohanan PO Perak All Comers pada 23/09/2012. Oleh yang demikian, JSM Olahraga, Cik Rasia Lutang memaklumkan bahawa sesi latihan untuk hari hari itu hanya memberi fokus kepada tahap persediaan mereka sahaja.
  2. Walaubagaimanapun, atlet-atlet USPTN yang lain juga hadir bagi sesi atihan kecergasan tetapi mereka berlatih di venue yang berbeza dan dikendalikan oleh Jurulatih Sukan Sekolah Smk Tabuan Jaya.


Sekian, Terima Kasih

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Olahraga
USPTN Sarawak

Wednesday, September 19, 2012

PEMANTAUAN PLN GIMRAMA USPTN SARAWAK,KUCHING


Tarikh : 13 September 2012
 
Masa :  3 - 7 ptg
 
Venue : Gimrama
 
Atlet :  7 orang atlet
 
 
Latihan pembangunan di kalangan gimnas kecil masih tetap diadakan. Kehadiran atlet tidak ramai. Kebanyakan atlet bercuti dari latihan kerana persediaan peperiksaan besar seperti SPM, PMR danpeperiksaan akhir tahun. Akan tetapi atlet - atlet tersebut masih menghadiri latihan bagi mengekalkan tahap fleksibiliti.
 
Latihan bagi 5 orang gimnas telah dikendalikan oleh Cik Low Fai Jing, yang juga merupakan salah seorang gimnas yang masih aktif berlatih biarpun tiada jurulatih bagi mengekalkan tahap fleksibiliti beliau. Beliau menggantikan Low Fai Jun yang masih sibuk membuat persediaan peperiksaan SPM yang bakal menjelang untuk mengendalikan sesi latihan kepada gimnas tersebut.
 
Pada hari tersebut, seorang atlet elit turut hadir ke sesi latihan tetapi program beliau dirangka oleh jurulatih peribadi beliau.
 
Kaedah Latihan

Kaedah latihan pada sesi tersebut ialah latihan asas bagi pergerakan di lantai latihan seperti floor movement, floor basic dan body movement, latihan asas tali dan freehand.

Latihan fizikal dan renggangang turut dilakukan pada permulaan dan akhir sesi latihan.

Jurulatih

Perkhidmatan jurulatih amat diperlukan bagi pemantauan program latihan secara lebih terperinci dan lebih teratur. Setakat ini masih tiada calon / cadangan JLN untuk sukan ini dari pihak MGF.
 
Semasa perbincangan bersama Presiden Persatuan Gimnastik Amatur Sarawak, beliau menyatakan beliau mahu meneruskan perkhidmatan Jurulatih Sementara, Cik Afrita Ariany yang dipinjamkan dari pihak Cawangan Pelapis dan yang dicadangkan oleh pihak MGF untuk meneruskan program latihan termasuk tahap pembangunan. Bagaimanapun, telah dinasihatkan supaya pihak persatuan mengemukakan permintaan tesebut scara rasmi kepada pihak USPTN dan MSNS.


Peralatan

Untuk makluman juga, pusat latihan ini telah mempunyai carpet baru tanpa 'underlayer'yang dibiayai oleh pihak MSN Sarawak yang telah sampai dan dipasang pada 5 September 2012 disebabkan peruntukan yang terhad. Bagaimanapun, underlayer tersebut akan tetap di beli selepas ini mengikut peruntukan yang bakal disalurkan nanti oleh pihak kementerian.
 
Underlayer bagi carpet yang lama tidak dapat digunakan lagi dan telah dibuang serta diletakkan di luar venue tersebut pada hari pemasangan carpet yang baru.Bagaimanapun, pembersihan peralatan lama tersebut akan dilakukan dalam masa yang terdekat dengan bantuan pihak pengurusan bangunan tersebut.


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Thursday, September 13, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN OLAHRAGA USPTN DI SMK TABUAN JAYA, KUCHING (13/09/2012)

Tarikh: 13/09/2012
Tempat: SMK Tabuan Jaya, Kuching
Masa: 03:30pm - 05.00pm

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
Cik Rasia Anak Lutang ( JSM Olahraga USPTN)
En. Mohd Faizal Bin Ibrahim ( SDO Olahraga USPTN)

Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki : 17 Orang
Atlet Wanita : 14 Orang


Objektif Pemantauan
  1. Memaklumkan kepada JSM Olahraga USPTN, Cik Rasia Anak Lutang mengenai penglibatan beberapa atlet Olahraga USPTN ke Kejohanan Olahraga PO Perak Allcomers 2012 yang bakal diadakan pada 23 September 2012 di Ipoh, Perak.
  2. Memantau dan melihat perkembangan semasa prestasi atlet-atlet serta tahap persediaan bagi atlet-atlet yang bakal terlibat di dalam kejohanan Olahraga PO Perak Allcomers 2012.
Keputusan Pemantauan
Sesi latihan yang dilakukan oleh para atlet pada hari ini adalah seperti berikut :-

Latihan Daya Tahan
Latihan Daya Tahan ini melibatkan atlet-atlet yang mengambil bahagian di dalam acara balapan seperti Lari Pecut 100m, 200m dan 400m, Larian Jarak Jauh 5000m serta acara Larian Berpagar.Latihan Daya tahan ini mempunyai beberapa tahap iaitu :-

  • 500m x 2 x 1 Set
  • 300m x 2 x 2/1 Set
  • 150m x 3 x 1/2 Set
  • Larian 5000m
  • Latih Tubi Pagar
Latihan Lompat Jauh
Latihan Lompat Kijang


Laporan Jurulatih
JSM Olahraga, Cik Rasia Anak Lutang memaklumkan bahawa terdapat beberapa atlet yang  sedang meningkat naik tahap prestasi mereka berdasarkan pemerhatian dan penilaian semasa sesi latihan. Antaranya ialah :-

  1. Faradilah Binti Raznie (400m dan 800m) 
  2. Norris Foo (100m, 200m dan Lompat Jauh) -Atlet Baru-
  3. Virtlam Anak Umpau (Lompat Kijang, Lompat Tinggi dan Lompat Jauh)
  4. Richard Stanley Anak Nina (Lompat Kijang, Lompat Tinggi dan Lompat Jauh)

Sekian, Terima Kasih

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Olahraga
USPTN Sarawak



Monday, September 10, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN OLAHRAGA USPTN DI SMK TABUAN JAYA, KUCHING (SEPTEMBER 2012)

Tarikh: 05/09/2012
Tempat: SMK Tabuan Jaya, Kuching
Masa: 03:30pm - 05.00pm

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
Cik Rasia Anak Lutang ( JSM Olahraga USPTN)
Cik Dedia Sarini ( SDO USPTN)

Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki : 16 Orang
Atlet Wanita : 15 Orang


Objektif Pemantauan
  1. Sesi perkenalan dengan JSM Olahraga USPTN, Cik Rasia Anak Lutang selepas mangambi alih tugas sebagai SDO bagi sukan Olahraga dari Cik Dedia Sarini.
  2. Memantau sesi latihan yang dijalankan oleh atlet- atlet dan mendapat penerangan dari JSM Olahraga mengenai perkembangan semasa prestasi atlet-atlet Olahraga USPTN.

Keputusan Pemantauan
  1. Terdapat satu sesi latihan sahaja yang telah dijalankan oleh para Atlet USPTN iaitu sesi 'Recovey-phase' dimana para atlet hanya berjoging sebanyak 7 pusingan.
  2. Sesi 'Recovery-phase' ini dilakukan bagi mengembalikan stamina atlet kerana para atlet baru sahaja selesai mengikuti kejohanan Olahraga di Sibu, Sarawak di bawah program sekolah pada hari Jumaat, 31/08/202.
  3. Telah dimaklumkan juga kepada JSM Olahraga, Cik Rasia Lutang mengenai cadangan pihak USPTN untuk menghantar para atlet bagi mengikuti Kejohanan Olahraga PO Perak Allcomers 2012 yang bakal diadakan pada 23 September 2012 di Ipoh, Perak.


Sekian, Terima Kasih

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Olahragal, USPTN Sarawak