Tarikh: 13/09/2012
Tempat: SMK Tabuan Jaya, Kuching
Masa: 03:30pm - 05.00pm
Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
Cik Rasia Anak Lutang ( JSM Olahraga USPTN)
En. Mohd Faizal Bin Ibrahim ( SDO Olahraga USPTN)
Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki : 17 Orang
Atlet Wanita : 14 Orang
Objektif Pemantauan
- Memaklumkan kepada JSM Olahraga USPTN, Cik Rasia Anak Lutang mengenai penglibatan beberapa atlet Olahraga USPTN ke Kejohanan Olahraga PO Perak Allcomers 2012 yang bakal diadakan pada 23 September 2012 di Ipoh, Perak.
- Memantau dan melihat perkembangan semasa prestasi atlet-atlet serta tahap persediaan bagi atlet-atlet yang bakal terlibat di dalam kejohanan Olahraga PO Perak Allcomers 2012.
Keputusan Pemantauan
Sesi latihan yang dilakukan oleh para atlet pada hari ini adalah seperti berikut :-
Latihan Daya Tahan
Latihan Daya Tahan ini melibatkan atlet-atlet yang mengambil bahagian di dalam acara balapan seperti Lari Pecut 100m, 200m dan 400m, Larian Jarak Jauh 5000m serta acara Larian Berpagar.Latihan Daya tahan ini mempunyai beberapa tahap iaitu :-
- 500m x 2 x 1 Set
- 300m x 2 x 2/1 Set
- 150m x 3 x 1/2 Set
- Larian 5000m
- Latih Tubi Pagar
Latihan Lompat Jauh
Latihan Lompat Kijang
Laporan Jurulatih
JSM Olahraga, Cik Rasia Anak Lutang memaklumkan bahawa terdapat beberapa atlet yang sedang meningkat naik tahap prestasi mereka berdasarkan pemerhatian dan penilaian semasa sesi latihan. Antaranya ialah :-
- Faradilah Binti Raznie (400m dan 800m)
- Norris Foo (100m, 200m dan Lompat Jauh) -Atlet Baru-
- Virtlam Anak Umpau (Lompat Kijang, Lompat Tinggi dan Lompat Jauh)
- Richard Stanley Anak Nina (Lompat Kijang, Lompat Tinggi dan Lompat Jauh)
Sekian, Terima Kasih
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Olahraga
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Olahraga
USPTN Sarawak
No comments:
Post a Comment