Monday, October 1, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN BERBASIKAL USPTN DI SEMATAN (SEPTEMBER 2012)

Tarikh: 29 September 2012
Tempat: Jalan Lundu - Sematan
Masa: 07:30 a.m - 10:00 a.m


Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
En. Mohd Faizal bin Ibrahim (SDO Sukan Berbasikal)
En. Faizal bin Dzulkaflee ( JSM Sukan Berbasikal)


Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki : 2 Orang
Atlet Wanita : 3 Orang


Objektif Pemantauan

  1. Sesi perkenalan dengan para atlet Berbasikal kerana pada sesi pemantauan yang lepas iaitu pada bulan Ogos (29/08/2012), saya tidak berkesempatan untuk berjumpa dan berkenalan dengan mereka disebabkan masa pemantauan dilakukan ialah ketika sesi persekolahan.
  2. Memantau sesi latihan yang dijalankan oleh atlet- atlet dan mendapat penerangan dari JSM Berbasikal mengenai perkembangan prestasi semasa atlet-atlet Berbasikal USPTN.

Keputusan Pemantauan

  1. Para atlet menjalankan sesi latihan Endurance 1 & 2 sejauh 60km di Jalan Lundu - Sematan
  2. Latihan Endurance tersebut adalah sebahagian dari sesi 'Recovery-phase' bagi mengembalikan stamina atlet kerana para atlet baru sahaja selesai mengikuti Kejohanan Grand Prix Kebangsaan - Sirkit 3 bertempat di Politeknik Kuching pada 21 - 23 September 2012 yang lepas.

Sekian, terima kasih

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment