Wednesday, November 14, 2012

LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SUKAN TAEKWONDO USPTN DI KUCHING (13 NOVEMBER 2012)

Tarikh : 13 November 2012
Tempat : PLN (Kuching Taekwondo & Self - Defence Academy
Masa : 07:30pm - 8:45pm

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
En. Mohd Faizal bin Ibrahim (SDO Sukan Taekwondo)
En. Joseph Chang Siang Ping (JSM Sukan Taekwondo)

Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki : 4 Orang
Atlet Wanita : 6 Orang

Objektif Pemantauan
Memantau sesi latihan para atlet serta mendapat penerangan dari JSM mengenai tahap persediaan para atlet dalam menghadapi Kejohanan Taekwondo Kebangsaan Kali ke-3 yang bakal berlangsung pada 17-18 November 2012, bertempat di Gimnasium 2, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Keputusan Pemantauan

Sesi Latihan
Sesi latihan yang dijalankan oleh para atlet adalah seperti berikut:-

Sparring Session (Free Individual Strategy)
Sesi latihan sparring ini memberi kebebasan kepada para atlet dalam mengatur strategi perlawanan mereka dengan menggunakan segala teknik (attack, defence & counter) yang telah dipelajari dengan harapan mereka mampu untuk mendapat markah yang baik ketika di dalam kejohanan kelak.



Terdapat 2 strategi bagi sesi sparring ini iaitu Single Attack & Double Attack dan Single Counter & Double Counter.

Teknik-teknik Yang Digunakan Dalam Strategi Single Attack & Double Attack
  • Turning Kick
  • Front Sliding Turning Kick
  • Chopping Kick
Chopping Kick

Teknik- teknik Yang Digunakan Dalam Strategi Single Counter & Double Counter
  • Slide Back Leg Turning Kick
  • Slide Back Leg Chopping Kick

Sesi Percubaan Penggunaan Electronic Taekwondo Strike
Ketika sesi latihan,para atlet juga berpeluang untuk menggunakan Electronic Taekwondo Strike iaitu gajet pengesan markah supaya para atlet boleh menyesuaikan diri dengan gajet tersebut ketika kejohanan nanti. Gajet ini diharapkan boleh membantu dalam mengurangkan kontroversi atau sebarang pertikaian/bantahan terhadap keputusan pemarkahan pengadil ketika kejohanan dimana perkara tersebut sering berlaku sebelum ini.


Electronic Taekwondo Strike merangkumi :-
  • Electronic Foot Sensor Socks
  • Electronic Chest Sensor Protector
  • Transmitter
  • Receiver
  • Charger
  • W.T.F Software

Laporan disediakan oleh :

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak.




LAPORAN PEMANTAUAN PASUKAN BERBASIKAL USPTN SARAWAK DI JALAN SEMATAN - KUCHING (13 NOVEMBER 2012)

Tarikh : 13 November 2012
Tempat: Jalan Sematan - Kuching
Masa : 3:00pm - 6:00pm

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
En. Mohd Faizal bin Ibrahim (SDO Berbasikal)
En. Faizal bin Dzulkaflee (JSM Berbasikal)

Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki : 3 Orang
Atlet Wanita : 3 Orang

Objektif Pemantauan
Memantau sesi latihan yang dijalankan oleh atlet-atlet dan mendapat penerangan dari JSM berbasikal mengenai perkembangan prestasi semasa atlet-atlet Berbasikal USPTN

Keputusan Pemantauan
  1. Para atlet menjalankan sesi latihan Endurance 114km bermula dari PLN (SMK Sematan) ke bandar Kuching.
  2. Latihan Endurance tersebut adalah sebahagian daripada sesi latihan para atlet bagi persediaan mereka dalam menghadapi pertandingan Sarawak Health Road Challange 2012 yang bakal berlangsung pada 17 November 2012, bertempat di Kuching, Sarawak.




Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Berbasikal
USPTN Sarawak



Friday, November 9, 2012

LAPORAN-KLINIK SUKAN ANGKAT BERAT 2012 DI SMK BAKONG DAN SK SOUTH


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

1 ) SMK Bakong, Miri

    Tarikh : 30 Oktober 2012

    Tempat : Dewan SMK Bakong

    Jumlah penyertaan : 52 org pelajar

Sekolah ini terletak di luar kawasan Bandar Miri dan mengambil masa selama 1 jam 45 minit kerana keadaan jalan yang tidak baik serta keadaan cuaca yang kurang baik. Sekolah ini merupakan salah satu Pusat Latihan Negeri, Pusat Cemerlang di bawah MSNS yang telah melahirkan beberapa atlet berpotensi yang telah memenangi pingat dan mengharumkan nama negeri terutamanya semasa SUKMA XV Pahang 2012. Penyertaan pelajar dari SMK Bakong (43) dan SK Beluru (9).

 

 2 ) SK South, Miri

      Tarikh : 1 November 2012

      Tempat : Ruang Legar SK South

      Jumlah Penyertaan : 81 org pelajar

Sekolah di tengah Bandar Miri dan menggantikan venue yang dirancang lebih awal iaitu SMK St. Columba Penyertaan dari SK South mulai pelajar dari Tahun 2 ke Tahun 6. Jumlah keseluruhan tersebut merupakan penyertaan dari sekolah SMK Columba (24), SK South (29), SK Jalan Bintang (10), SM Dato' Permaisuri (1),SK St Columba (8) dan SJK Chung Hua Miri (9).                                           


Ulasan

Guru Besar dan Pengetua dari kedua – dua sekolah telah menunjukkan minat dan telah memberi kerjasama serta galakan yang amat baik kepada penganjuran Klinik Sukan Angkat Berat pada tahun 2012 ini. Penganjuran klinik ini telah mencapai objektif yang ditetapkan iaitu memperkenalkan Sukan Angkat Berat kepada kalangan pelajar sekolah disamping mendapatkan bakat – bakat baru dari peringkat umur yang lebih muda.

Kos penganjuran klinik agak besar dan ini turut dibantu sedikit sebanyak oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak. Antara pegawai yang turut terlibat di dalam menjayakan program tersebut ialah 2 pegawai (USPTN & MSB Bahagian Miri ), 2 urusetia, 3 JPM MSNS, 1 JSM MSNS dan beberapa orang guru dari kedua - dua sekolah. Atlet Elit SUKMA turut terlibat membantu semasa klinik ini dijalankan dan sekaligus sebagai contoh kepada pelajar - pelajar yang hadir.

Para pelajar turut menampakkan minat yang tinggi terhadap sukan tersebut dan telah memberikan komitmen yang penuh semasa klinik tersebut dijalankan.

Mini pertandingan telah diadakan dan penilaian dilakukan berdasarkan teknik asas yang diajar semasa sessi praktikal. Pelajar yang melakukan teknik dengan betul diberikan hadiah dan saguhati bagi menggalakkan lagi minat terhadap sukan ini.

Melalui klinik ini terdapat ramai bakat baru dari usia yang lebih muda terutamanya dari sekolah rendah telah dapat dikenal pasti sebagai permulaan untuk sukan ini.

 
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak