Friday, November 9, 2012

LAPORAN-KLINIK SUKAN ANGKAT BERAT 2012 DI SMK BAKONG DAN SK SOUTH


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

1 ) SMK Bakong, Miri

    Tarikh : 30 Oktober 2012

    Tempat : Dewan SMK Bakong

    Jumlah penyertaan : 52 org pelajar

Sekolah ini terletak di luar kawasan Bandar Miri dan mengambil masa selama 1 jam 45 minit kerana keadaan jalan yang tidak baik serta keadaan cuaca yang kurang baik. Sekolah ini merupakan salah satu Pusat Latihan Negeri, Pusat Cemerlang di bawah MSNS yang telah melahirkan beberapa atlet berpotensi yang telah memenangi pingat dan mengharumkan nama negeri terutamanya semasa SUKMA XV Pahang 2012. Penyertaan pelajar dari SMK Bakong (43) dan SK Beluru (9).

 

 2 ) SK South, Miri

      Tarikh : 1 November 2012

      Tempat : Ruang Legar SK South

      Jumlah Penyertaan : 81 org pelajar

Sekolah di tengah Bandar Miri dan menggantikan venue yang dirancang lebih awal iaitu SMK St. Columba Penyertaan dari SK South mulai pelajar dari Tahun 2 ke Tahun 6. Jumlah keseluruhan tersebut merupakan penyertaan dari sekolah SMK Columba (24), SK South (29), SK Jalan Bintang (10), SM Dato' Permaisuri (1),SK St Columba (8) dan SJK Chung Hua Miri (9).                                           


Ulasan

Guru Besar dan Pengetua dari kedua – dua sekolah telah menunjukkan minat dan telah memberi kerjasama serta galakan yang amat baik kepada penganjuran Klinik Sukan Angkat Berat pada tahun 2012 ini. Penganjuran klinik ini telah mencapai objektif yang ditetapkan iaitu memperkenalkan Sukan Angkat Berat kepada kalangan pelajar sekolah disamping mendapatkan bakat – bakat baru dari peringkat umur yang lebih muda.

Kos penganjuran klinik agak besar dan ini turut dibantu sedikit sebanyak oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak. Antara pegawai yang turut terlibat di dalam menjayakan program tersebut ialah 2 pegawai (USPTN & MSB Bahagian Miri ), 2 urusetia, 3 JPM MSNS, 1 JSM MSNS dan beberapa orang guru dari kedua - dua sekolah. Atlet Elit SUKMA turut terlibat membantu semasa klinik ini dijalankan dan sekaligus sebagai contoh kepada pelajar - pelajar yang hadir.

Para pelajar turut menampakkan minat yang tinggi terhadap sukan tersebut dan telah memberikan komitmen yang penuh semasa klinik tersebut dijalankan.

Mini pertandingan telah diadakan dan penilaian dilakukan berdasarkan teknik asas yang diajar semasa sessi praktikal. Pelajar yang melakukan teknik dengan betul diberikan hadiah dan saguhati bagi menggalakkan lagi minat terhadap sukan ini.

Melalui klinik ini terdapat ramai bakat baru dari usia yang lebih muda terutamanya dari sekolah rendah telah dapat dikenal pasti sebagai permulaan untuk sukan ini.

 
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

No comments:

Post a Comment