Wednesday, May 22, 2013

LAWATAN PUSAT LATIHAN NEGERI BAHAGIAN MIRI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 
9 - 11 Mei 2013

Venue :
Riam Road Secondary School
Gymkhana Club
Marina Bay
Kolam Renang Awam Miri

Kehadiran : 
Kong Pei Chuen (JSM Olahraga)
Jewan Singh (JSM Skuasy)
Kapten Arifin Abdul Aziz (Penyelaras Marina Bay, Miri)

Pemantauan PLN Olahraga (Riam Road Secondary School)
Sepanjang lawatan ke sekolah tersebut, pihak sekolah telah memberi kerjasama yang baik. Makluman daripada pengetua sekolah, pihak sekolah begitu komited dalam melaksanakan program sukan Olahraga.
Menurut jurulatih, sebahagian atlet sedang menjalani latihan pusat bagi kejohanan MSSM yang akan datang. Latihan pada hari tersebut hanya membuat strenght power kerana beliau dan beberapa atlet akan pergi ke kejohanan olahraga di Negeri Sembilan.

Pemantauan PLN Skuasy (Gymkhana Club)

PLN Skuasy tersebut mempunyai 3 gelanggang skuasy, namun hanya 2 sahaja yang boleh diguna kerana 1 gelanggang tidak begitu sesuai untuk latihan. Lantai gelanggang juga ada mengalami kerosakan dan dibaiki sendiri oleh jurulatih.Menurut jurulatih, gelanggang skuasy di kelab tersebut sudah usang dan perlu dibaikpulih.Kehadiran atlet juga memuaskan dan jurulatih telah mensasarkan atlet muda seawal 6 tahun untuk diberi pendedahan dengan  sukan  skuasy bagi menghasilkan atlet yang berpotensi pada masa akan datang.


Pemantauan PLN Pelayaran (Marina Bay Boat Club)
Makluman daripada Kapten Arifin, bot telah dipindahkan ke Marina Bay namun atas sebab tiada tempat simpanan yang berul, bot-bot tersebut hanya diletakkan di atas tanah di tepi kawasan tersebut. Beliau memohon supaya disegerakan pembinaan tempat simpanan bot bagi mengelak kerosakan.





Pemantauan PLN Renang (Kolam Renang Awam, Miri)
Makluman daripada jurulatih, masa latihan telah ditukar bermula 6.30 petang hingga 8.30 malam. Kehadiran atlet begitu memuaskan yang mana kebanyakannya merupakan atlet baru. Maklumat atlet akan diberi kemudian.


Ulasan
Ini merupakan lawatan pemantauan pertama dijalankan di Pusat Latihan Negeri Bahagian Miri. Mengikut perancangan awal, ia melibatkan 5 buah PLN iaitu bagi sukan Skuasy, Pelayaran, Angkat Berat, Olahraga dan Akuatik Renang. Namun begitu cuma PLN Angkat Berat sahaja yang tidak dapat dilawati kerana tiada latihan dijalankan atas sebab jurulatih mempunyai urusan peribadi.

Kebanyakan atlet lama telah keluar daripada program atas sebab atlet tersebut adalah merupakan atlet Persatuan Renang Miri dan jurulatih telah meletak jawatan keahlian daripada pihak persatuan. Jurulatih telah menubuhkan Kelab Rekreasi Pujut iaitu satu kelab renang baru. Beliau telah membuat permohonan menjadi ahli gabungan dengan pihak persatuan Miri dan sedang menunggu keputusan.
Sekian terima kasih.


Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

Thursday, May 16, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL USPTN SARAWAK (14 MEI 2013)

Tarikh: 14 Mei 2013 (Selasa)
Tempat: Gimnasium Majlis Sukan Negeri Sarawak
Masa: 4:00pm - 5:30pm

Kehadiran Pegawai & Jurulatih
En. Mohd Faizal Ibrahim (PPN Berbasikal)
En. Zulkiflee Razak (Ketua Jurulatih Sukan Berbasikal Negeri Sarawak)
En. Faizal Zulkiflee (JSM Berbasikal USPTN)
En. Elfiey Gregory (Pegawai Institut Sukan Negara (ISN), Sarawak)

Kehadiran Atlet
Atlet Lelaki: 8 Orang
Atlet Wanita: 3 Orang

Laporan
Sesi pemantauan pada hari tersebut merupakan sesi pertama bagi bulan Mei 2013. Aktiviti yang dijalankan oleh para atlet pada hari tersebut adalah 'Ice bath' dimana ia adalah sebagai salah satu daripada 'recovery phase' bagi para atlet setelah menjalani latihan berterusan sepanjang tempoh dua minggu yang lepas sebagai persediaan bagi Kejohanan Lebuhraya Sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang bakal bermula pada hari ini (16 Mei 2013) sehingga 19 Mei 2013.







Selepas tamat kejohanan di Perlis, para atlet dan jurulatih akan terus ke Cheras, Kuala Lumpur untuk menyertai Kejohanan Trek Berbasikal Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 1/2013 bermula pada 23 - 26 Mei ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan oleh:-

MOHD FAIZAL IBRAHIM
PPN Berbasikal
USPTN Sarawak

Friday, May 10, 2013

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SUKAN OLAHRAGA MIRI






Salam
Tarikh : 09 Mei 2013
Masa : 4.00 petang
Venue : Riam Road Secondary School
Jurulatih : Kong Pei Chuen
Kehadiran : 5 orang
Tidak Hadir : 13 orang
Latihan
Gym - Strenght Power

Ulasan
Ini merupakan pemantauan pertama ke Pusat Latihan Negeri di Miri. Semasa lawatan tersebut, saya telah berjumpa dengan Pengetua sekolah tersebut iaitu Dato' Dr. Fong Onn Min. Beliau memaklumkan pihak sekolah begitu komited dalam sukan olahraga di mana pencapaian olahraga sekolah tersebut begitu membanggakan. Untuk memantapkan lagi sukan olahraga di sekolah tersebut, pihak sekolah telah melantik 2 jurulatih dari negara China iaitu En. Leo Li Dapeng dan En. Wang Shengqiang yang mana semua ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah. Beliau turut menyatakan penghargaan ke atas bantuan peralatan yang disalurkan oleh pihak Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara. 

Lawatan seterusnya ke tempat latihan. Kebetulan pada hari lawatan, jurulatih memaklumkan latihan adalah Strenght Power di gym sahaja untuk persediaan ke kejohanan Olahraga di Negeri Sembilan. Pasukan Sarawak akan berangkat ke Negeri Sembilan pada hari ini. Makluman daripada jurulatih, bagi latihan trek dijalankan di Stadium Miri manakala latihan padang cuma dijalankan di sekolah kerana kesukaran membawa peralatan sukan. Pihak sekolah menyediakan 3 buah van bagi pengangkutan atlet menjalani latihan.

Makluman jurulatih, 13 orang atlet sekarang sedang menjalani latihan pusat iaitu 7 atlet menjalani latihan pusat Olahraga di Serikei sebagai persediaan MSSM manakala 5 atlet menjalani latihan pusat di Sibu bagi sukan Bola Tampar dan Bola Keranjang untuk ke kejohanan MSSM.Peralatan dan Kemudahan Sukan
Kebanyakan peralatan dan kemudahan disediakan oleh pihak sekolah.

Sekian terima kasih


Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pemangku Ketua Unit
USPTN Sarawak 

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN USPTN SARAWAK

Salam

Tarikh : 07 Mei 2013

Masa : 3.00 petang

Venue : 
Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia Dan Sukan Kuching
Drygym MSNS, Dewan Suarah Kuching

Jurulatih : 
Xiao Xia
Rosatimah bt. Muhammad
Harnani bt. Muhammad
Gracie Junita Terry Pega

Kehadiran : 
11 atlet lama
22 atlet baru.

Tidak Hadir :
2 atlet cuti sakit
3 atlet berlatih pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat
4 atlet tidak hadir tanpa sebab.

Latihan yang dijalankan bagi atlet lama
1. Handstand front and back
2. Headstand Open Leg Position
3. Jalan Papan / Lompat
4. Jalan Platform
5. Hayunan asas tangan
6. Tarik (Latihan di Drygym MSNS)
8. Latihan terjunan air 5m Platform, 3m Platform, 1m Papan anjal dan 3m Papan anjal.

Latihan yang dijalankan bagi atlet baru
1. Rengangan otot
2. Semua latihan asas.
3. Latihan berenang.

Ulasan.
7 Mei 2013 (Selasa) merupakan hari pertama latihan bagi atlet baru. Seramai 22 pelajar telah melapor diri di pusat latihan. Latihan bagi atlet baru bermula jam 3 petang hingga jam 5.30 petang. Jadual latihan bagi atlet baru adalah pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Terdapat beberapa orang ibu bapa turut berada di lokasi pusat latihan untuk melihat sendiri latihan yang dijalankan. 

Bagi atlet lama, latihan dijalankan seperti biasa.Latihan pada awalnya dijalankan di Drygym sebelum meneruskan latihan di air. Namun begitu 3 orang atlet menjalani latihan Tarik di Drygym MSNS di bawah seliaan JPM Rosatimah kerana tali yang berada di Pusat Akuatik tidak sesuai.


Peralatan
3 Papan anjal di Drygym Pusat Akuatik masih belum dapat digunakan kerana belum diubahsuai oleh pihak pengurusan.



Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan b. Abd. Razak
Pemangku Ketua Unit
Sukan Akuatik Terjun
USPTN Sarawak

Friday, May 3, 2013

PENCARIAN BAKAT BARU(TALENT IDENTIFICATION) SUKAN ANGKAT BERAT


Salam

USPTN Sarawak  dan Majlis Sukan Negeri Sarawak telah merancang Program Pencarian Bakat Baru(Talent Scouting) bagi Sukan Angkat Berat di sekolah-sekolah sekitar Bandar Kuching. Sebanyak 21 buah sekolah telah disenaraikan dan diluluskan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pasukan Pelapis Negeri Sarawak dalam Sukan Angkat Berat bagi SUKMA 2014,2016 dan 2018.

Program ini bermula pada 29 April hingga 10 Mei 2013.Program ini dikendalikan oleh JPM MSNS,En.Edmund Yeo,dibantu oleh saya sendiri dan En.Mohd Faizal Ibrahim.

Untuk makluman,selama 3 hari program ini dijalankan, seramai 262 pelajar dari 8 buah sekolah telah terpilih. Program ini telah disambut baik dari pihak sekolah dan guru-guru manakala para pelajar telah menunjukkan minat untuk terlibat dalam Sukan Angkat Berat.

Bagaimanapun,program ini masih lagi akan dijalankan di beberapa sekolah untuk beberapa hari lagi.

Program Binaan seperti klinik akan disusuli untuk memastikan penglibatan pelajar - pelajar yang terpilih ke dalam sukan ini.

Sekian,terima kasih


Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak