Thursday, September 19, 2013

PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO USPTN SARAWAK BAGI BULAN OGOS 2013

Tarikh : 
18 September 2013 (Rabu)
Masa : 
07:20pm - 08:20pm
Tempat :
Kuching Taekwondo Self-Defence Academy, Kuching
Kehadiran Pegawai/Jurulatih : 
En. Mohd Faizal Bin Ibrahim (Pegawai Pembangunan Negeri)
En. Joseph Chang Siang Ping (JSM Taekwondo)
Kehadiran Atlet :
Atlet Lelaki (6 Orang)
Atlet Wanita (5 Orang)

Ulasan
Pada sesi pemantauan kali ini, rekod kehadiran atlet yang berlatih adalah baik. Meskipun beberapa orang atlet tidak hadir atas sebab memberi fokus terhadap persediaan menghadapi Perperiksaan Menegah Rendah (PMR).



Sesi Latihan yang dilakukan oleh atlet ialah :-

Foot Walk
Foot Walk merupakan salah satu daripada teknik penting ketika sesi sparring dengan pihak lawan. Teknik Foot Walk fokus kepada kepantasan gerakan kaki dalam usaha untuk lari daripada diserang oleh pihak lawan. Untuk mengusai teknik ini dengan baik,para atlet perlu mempunyai tahap stamina yang tinggi dan tahap mental yang baik.

Inter-set
Teknik inter-set merupakan suatu cara untuk mematah serangan pihak lawan. Teknik ini sangat mementingkan tahap mental yang tinggi dari atlet kerana atlet perlu fokus dan memahami setiap gerakan atau jenis serangan yang ingin dilakukan oleh pihak lawan, dengan itu, atlet akan mudah untuk mengaplikasikan teknik ini ketika mematahkan serangan pihak lawan

Teknik Inter-set

Latihan Untuk Sesi Upgrading (Black Belt)
Pada sesi ini juga, terdapat beberapa orang atlet sedang giat membuat persediaan untuk sesi upgrading untuk mencapai tahap tali pinggang hitam. Menurut JSM, penilaian tersebut akan dilakukan pada minggu depan oleh beliau sendiri dan beberapa jurulatih Taekwondo yang lain.

Latihan Persediaan Upgrading

Laporan disediakan oleh :

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri (Sukan Taekwondo)
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN)
Sarawak







No comments:

Post a Comment