Thursday, January 30, 2014

Fwd: PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT NEGERI SARAWAK

Salam

Tarikh : 28 Januari 2014 ( Selasa )
Masa : 9.30 pagi
Venue : Gimnasium Angkat Berat, Arena Sukan

Kehadiran :
1 ) JPM MSNS - Edmund Yeo
2 ) ISN - Joshua Philip
3 ) Atlet : Lelaki ( 5 org )
               Wanita ( 3 org )

Ulasan :

Ujian kecergasan telah dilakukan ke atas semua atlet dan telah dikendalikan oleh pegawai dari ISN Satelite Kuching, En.Joshua Philip. Hanya beberapa jenis ujian yang dijalankan ke atas kumpulan atlet ini mengikut kesesuaian tahap latihan yang telah dijalankan. 

Ujian yang dilaksanakan adalah untuk menguji tahap 'power' dan  'strength' atlet dan berdasarkan perbincangan bersama JPM Sukan Angkat Berat. Ini adalah untuk mengelak kecederaan dan kesan kepada fizikal yang boleh mempengaruhi angkatan atlet pada fasa latihan sekarang dimana sesi latihan mereka adalah lebih intensif dan lebih fokus.

Antara ujian yang dijalankan ialah :

1 )Tinggi 
2 ) Berat
3 ) Arm Span
4 ) Body Mass Index (BMI)
5 ) Hand Grip
6 ) Sit & Reach -Flexibility 
7 ) Vertical Jump
8 ) 1 RM Testing


Sekian, terima kasih.


--
Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
 

Wednesday, January 29, 2014

LAWATAN MENTERI MUDA SUKAN YB DATUK LEE KIM SHIN KE PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING

Tarikh      : 28 Januari 2014
Masa       : 1600pm
Hari         : Selasa
Tempat    : Pusat Latihan Sukan Tenpin Bowling
                 Megalanes Advanture World
                 The King's Leisure Complex

Kehadiran : Atlet Lelaki 6 orang
                 Atlet Wanita 7 orang

Jurulatih   : En Reginald Walter (JPM)
                 En Angelo Koey     (JSM)
Pegawai   : En Awang Fadilah b. Jaya

Hadir Bersama: YB Datuk Lee Kim Shin
                        Menteri Muda Sukan dan Menteri Muda Perhubungan                                 Sarawak
                        En Mering Wan
                        Ketua Penolong Setiausaha (Sukan) KPS

Pusat latihan tenpin bowling ini merupakan pusat latihan baru yang mula beroperasi sepenuhnya pada 16 Januari 2014. Pusat latihan berpindah dari Crystal Bowling BDC ke Megalanes Adventure World setelah Crystal Bowl tutup sepenuhnya pada 15 Januari 2014. Pusat latihan ini mempunyai 26 lane iaitu 12 lane di tingkat 2 dan 14 lane di tingkat 3. Kemudahan pusat  latihan ini adalah serba serbi baru termasuk lane.

Lawatan YB Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Sukan ke pusat latihan kali ini adalah untuk melihat perkembangan persiapan pasukan tenpin bowling Sarawak ke temasya SUKMA XVII Perlis 2014. Beliau juga telah berjumpa atlet secara terus bagi memberi kata-kata perangsang dan semangat dalam mempersiapkan diri untuk temasya SUKMA yang akan berlangsung hanya beberapa bulan saja lagi.

Laporan disediakan oleh
 
Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Fwd: PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN

Salam.

Tarikh : 28 Jan 2014
Masa : 5.30 pm
Venue : Pusat Kecemerlangan Akuatik
Jurulatih : Rosatimah bt. Muhammad
Xiao Xia
Gracie Junita Terry Pega
Harnani bt. Muhammad
Kehadiran : 15 orang

Ulasan.
Latihan dijalankan seperti biasa iaitu 9 orang atlet USPTN dibawah seliaan JPM Rosatimah dan JLN Xiao Xia. Manakala 7 orang atlet baru dibawah seliaan JPM Gracie dan JPM Harnani.

JPM Rosatimah telah dimaklumkan berkenaan Kejohanan Terjun yang akan diadakan pada bulan Februari. Hasil perbincangan, jurulatih telah menetapkan seramai 6 orang atlet akan mengambil bahagian dalam semua acara. 2 lelaki serta 2 wanita mengambil acara 3m papan anjal berirama.

Jurulatih juga memaklumkan cadangan untuk menghantar atlet Carlsyle Chan Wee Chiek untuk menjalani latihan bersama jurulatih kebangsaan namun masih menunggu keputusan daripada pihak MSNS berkenaan perbelanjaan latihan beliau nanti.

Kemudahan dan peralatan latihan masih tiada perubahan dan masih kekal seperti biasa serta dalam keadaan baik. Setelah berbincang bersama pihak pengurusan kolam, beliau akan menjalankan proses penambahbaikan kemudahan sukan terutama drygym dan diving stand dalam masa yang terdekat.

Sekian terima kasih.

PEMANTAUAN SUKAN OLAHARAGA DI TABUAN JAYA, KUCHING

Salam

Tarikh: 28 Februari 2014
Tempat: SMK Tabuan Jaya, Kuching
Masa: 04:20pm - 05:25pm

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
En. Mohd Faizal Ibrahim
Pn. Rasia Anak Lutang

Kehadiran Atlet
Lelaki : 14 Orang
Wanita : 13 Orang

Rumusan Pemantauan
Atlet
Sesi latihan yang dijalankan oleh atlet adalah fokus kepada peningkatan kekuatan (Strenght) dimana para atlet dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk menjalani setiap kompenan latihan yang telah ditetapkan oleh jurulatih.

Berdasarkan senarai nama atlet bayangan untuk pasukan Olahraga SUKMA 2014 yang telah dikeluarkan oleh pihak persatuan sukan negeri, seramai 7 orang atlet di bawah PLN ini telah disenaraikan iaitu:-

  1. Willy Ampi Anak Marcos (100m, 110m Lompat Pagar)
  2. Quek Lee Yong (400m Lompat Pagar)
  3. Norris Foo (100m, 200m)
  4. Faradilah Raznie (400m, 800m)
  5. Shelma Sharon Ak. Anthony James (100m Lompat Pagar)
  6. Nor Kamisiah Wati (Lompat Tinggi)
  7. Mastulrina Binti Daud (5000m)

Jurulatih
JSM, Pn. Rasia Lutang telah memaklumkan bahawa beliau telah lulus Kursus Sains Sukan dan Spesifik (Tahap 3) dan beliau telah menyerahkan sijil kelulusan untuk proses naiktaraf SPKK.

Sekian, terima kasih.

--
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
Majlis Sukan Negara Malaysia

Tuesday, January 28, 2014

UJIAN KEMAHIRAN SUKAN MENEMBAK (MONTHLY SCORING)

Tarikh           :    26 Januari 2014
Hari              :    Ahad
Masa            :    1300 - 1630 pm
Kehadiran     :    14 orang atlet
                         Pn Christina Liew (JSM)
                         Cik Chee Cia Cia   Jurulatih Pembangunan

Ujian kemahiran pada hari ini telah melibatkan bebarapa orang atlet.
10M AIr Rifle lelaki 2 orang 
10M Air Pistol wanita 3 orang 
10M Air Pistol lelaki 3 orang

Bagi atlet yang telah menjalani ujian kemahiran pada minggu lepas iaitu pada 19 Januari 2014, sesi latihan kali ini mereka telah dedahkan kepada latihan 50meter  .22 rifle prone dan 50 meter rifle 3 position. Latihan bagi range 50 meter telah dikendalikan oleh Cik Chee Cia Cia jurulatih pembangunan di bawah program Majlis Sukan Negeri Sarawak. Seramai 5 orang atlet telah mengikuti latihan tersebut.

Terdapat sedikit kerosakan yang melibatkan bay no 4,6,13 dan 14 dimana tali target putus. Manakala bay 15,16,17 dan 18 perlu penyelanggaraan mesin target.

Laporan disediakan oleh

--
Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Monday, January 20, 2014

Fwd: Kejohanan Memanah MSS Bahagian Kuching 2014

Salam.

Tarikh : 18 Jan 2014
Masa : 10.00 pagi
Venue : SMK Sematan

Ulasan.

Kejohanan Memanah MSS Bahagian Kuching telah diadakan pada 16 - 18 Januari 2014 bertempat di SMK Sematan. Seramai 63 penyertaan daripada 19 buah sekolah di bahagian Kuching telah mengambil bahagian.

Pertandingan ini melibatkan kategori bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Seramai 4 orang atlet PLN telah menyertai kejohanan tersebut. Angline Phang daripada PLN Sematan telah menjuarai keseluruhan acara bagi kategori bawah 18 tahun wanita. Beberapa orang atlet ASP juga turut serta dalam kejohanan tersebut namun mereka mewakili sekolah masing-masing. 

Semua pemenang akan mewakili bahagian Kuching ke Kejohanan MSS Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 18 - 22 Februari 2014 di Limbang.




--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
 

Fwd: Pemantauan sukan memanah PLN Sematan

Salam

Tarikh : 16 Jan 2014
Masa : 4.00pm
Venue : Padang Memanah SMK Sematan
Jurulatih : Cikgu Ribep ak. Bisen

Ulasan
Lawatan bersama ketua jurulatih MSNS, En. Abdul Razak b. Yaakub ke SMK Sematan untuk meninjau persediaan Kejohanan Memanah MSS Bhgn. Kuching yang diadakan pada 16 - 18 Jan 2014. Semasa lawatan tersebut, kami berkesempatan berjumpa dengan pengetua sekolah dan beliau memberi kerjasama dan sokongan yang tinggi dengan program yang dijalankan khas nya dalam sukan memanah.

Latihan yang dijalankan seperti biasa namun kehadiran atlet adalah kurang kerana memberi laluan kepada peserta kejohanan untuk menjalani latihan.

Seramai 63 peserta daripada 19 buah sekolah seluruh kuching telah mengambil acara dalam kejohanan tersebut yang melibatkan kategori umur bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Seramai 4 orang atlet PLN Sematan telah mengambil bahagian.

Perbincangan bersama ketua jurulatih dan jsm, perancangan untuk membuat TID dan klinik memanah akan dibuat dalam masa terdekat. Ini akan melibatkan beberapa buah sekolah di sekitar daerah Sematan.

Sekian. Terima kasih.




--
Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
 

Sunday, January 19, 2014

UJIAN KECERGASAN SUKAN MENEMBAK 2014

Tarikh      :  18 Januari 2014
Masa       :  830am - 1130am
Tempat    :  Dewan Suarah Kuching
Kehadiran:  18 Atlet
                  9 Lelaki & 9 Perempuan
Jurulatih  :  Pn Christina Liew (JSM)
Pegawai  :  En Joshua Philip
                 En Awang Fadilah b. Jaya

Antara ujian yang telah dijalankan adalah

1. Anthropometry : Height, Weight dan Armspan
2. Strenght : Handgrip
3.Flexibility : Sit & reach
4.Power: Push up (1 min)
5. Strenght Core: Sit up (1 min)
6.Aerobic : 20m Shuttle run (Beep Test)

Ujian kecergasaan ini di lakukan bertujuan untuk menguji tahap kecergasan atlet serta memantau tahap kecergasan atlet dari masa ke semasa. Komen pegawai ISN yang bertugas mendapati tahap kecergasan atlet sukan menembak memuaskan dan dicadangkan mereka perlu lebih kerap membuat latihan gym.

Laporan disediakan oleh:

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Sunday, January 12, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN BERBASIKAL USPTN SARAWAK JANUARI 2014

Salam dan Selamat Tahun Baru

Tarikh : 11 Januari 2014
Masa : 08:15am - 03:00pm
Tempat : Jalan Kuching - Jalan Puncak Borneo (175km)

Kehadiran
Mohd Faizal Ibrahim (PPN Berbasikal)
Faizal bin Dzulkaflee (JSM Berbasikal)

Atlet
Lelaki : 9 Orang
Perempuan : 3 Orang

Sesi Latihan
  1. Endurance (175km)
  2. Strenght (175km)

Ulasan Sesi Pemantauan
Ini merupakan pemantauan pertama untuk tahun 2014 dimana tahap kehadiran atlet amat baik iaitu seramai 12 Orang. Sesi latihan dilakukan dengan kayuhan sejauh 175km (Dari Kuching ke Puncak Borneo) bagi meningkatkan tahap stamina dan ketahanan atlet.

Dijangkakan seramai 12 orang atlet akan menjalani latihan berpusat di Perlis pada Februari depan bagi persediaan menghadapi SUKMA 2014 nanti.

Sekian, terima kasih.



--
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pemangku Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
Majlis Sukan Negara Malaysia

Monday, January 6, 2014

Fwd: AKTIVITI GOTONG ROYONG LAPANG SASAR MENEMBAK BATU KAWA


Tarikh      : 5 Januari 2014
Tempat    : Lapang Sasar Menembak Batu Kawa
Masa       : 10 pagi
Kehadiran: 12 Atlet
                 8 Ibu Bapa
Pn Christina Liew (JSM)
Cik Chia Cia        (JSM)

Sesi latihan menembak tidak dijalankan pada hari ini. Aktiviti yang telah dijalankan merupakan gotong royong diantara pegawai, jurulatih, atlet dan ibu bapa atlet membersihkan persekitaran kawasan lapang sasar menembak batu kawa termasuk penyelaranggaan bilik stor untuk dijadikan bilik kelas. Setelah dipersetujui dari pelbagai pihak gotong royong telah dijalankan dari 10 pagi hingga jam 5 petang. 

Salah seorang ibu bapa atlet telah menyumbangkan seramai 4 pekerja luar bagi mengendalikan kerja-kerja pembersihan dengan water jet. Pebersihan bilik stor mendapati bilik tersebut berada dalam keadaan usang. Ini disebabkan kesan daripada kebocoran air hujan yang telah menyebabkan banyak barangan seperti kayun telah reput. Sebelum ini bilik stor ini merupakan bilik kelas. Namun begitu tidak menjejaskan peralatan - peralatan yang berharga.

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)