Wednesday, May 14, 2014

PEMANTAUAN SUKAN RENANG DI PUSAT AKUATIK, KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN KUCHING.

Salam

Tarikh: 13 April 2014
Masa: 05:30pm - 06:20pm
Tempat: Pusat Akuatik, KBS Kuching

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih
  1. En. Mohd Faizal Bin Ibrahim - PPN USPTN Sukan Renang
  2. En. Hii Hieng Chiong - JPM Sukan Renang
  3. En. Mandu Anak Nyunkan - JPM MSN Sarawak
  4. En. Li Guo Bin - JLN MSN Sarawak
  5. En. Anthony Kong - Jurulatih Persatuan Renang Amatur Kuching (KASA)
  6. Pn. Alice Kwon Jan Lin - Pengurus Pasukan Renang SUKMA
Kehadiran Atlet
  1. 8 - Lelaki
  2. 9 - Wanita
Ulasan
Pasukan Renang Sarawak bagi SUKMA XVII Perlis sedang menjalani latihan pusat di Kuching bermula 28 April sehingga 24 Mei 2014. Daripada 20 orang atlet yang mewakili SUKMA, seramai 5 orang atlet dari PLN Sibu dipilih mewakili SUKMA kali ini. Sesi perjumpaan dilakukan dengan mendapat maklumbalas daripada atlet dan jurulatih mengenai tahap persediaan mereka sebelum pertandingan yang dijangka bermula pada 28 Mei 2014.

Sesi Latihan
Terdapat 2 sesi latihan diadakan sehari iaitu :-
Sesi 1 - 05.30am - 7.30am
Sesi 2 - 06.00pm - 8.00pm

Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 13, 2014

PEMANTAUAN SUKAN SKUASY DI SARAWAK CLUB, KUCHING

PEMANTAUAN SUKAN SKUASY DI SARAWAK CLUB, KUCHING

Salam.

 

Tarikh                            : 12 Mei 2014

Masa                              : 3.00 petang

Tempat                          : SARAWAK CLUB, KUCHING

Jurulatih                         : ANDRE KHO YANG YANG                                          

Kehadiran (Atlet)           : 2 orang

                                         1 pegawai ( USPTN ) 

ULASAN:

Sesi latihan dijalankan bermula dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Latihan pada hari tersebut memfokuskan kepada ketangkasan atlet membalas bola di bahagian depan gelanggang. Selain daripada itu, jurulatih juga banyak menekankan kepada atlet mengenai ketepatan dan juga teknik yang betul ketika membalas hantaran bola. Kebanyakan sesi latihan pada hari tersebut menyerupai situasi game sebenar. Di akhir sesi latihan, jurulatih mengadakan "mini game" antara atlet. 

 

Sekian, terima kasih.

 

--

Mohamad Ikmal Bin Afandi

Pegawai Pembangunan Negeri

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak


(Olahraga, Basikal dan Skuasy)

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN (PERTAMA BULAN MEI 2014)

Salam.

Tarikh                  : 12 Mei 2014
Masa                    : 3.45 petang - 5.00 petang
Tempat                : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS Kuching

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Akuatik Terjun)
JPM Rosatimah Bt Muhammad
JPM Harnani Bt Muhammad
JLN Xiao Xia

Kehadiran Atlet :
10 orang atlet lelaki
9 orang atlet perempuan
** 1 orang atlet tidak hadir

Ulasan :

Kehadiran para atlet pada sesi latihan kali ini sangat baik. Walau bagaimanapun, seorang atlet tidak hadir kerana kurang sihat. Seperti biasa, para atlet akan menjalani latihan di Dry Gym terlebih dahulu, sebagai aktiviti pemanasan badan dengan melakukan beberapa teknik asas seperti lompatan dan ayun tangan. Setelah itu, sesi latihan terus dijalankan di kolam akuatik terjun. Objektif latihan kali ini lebih memberi tumpuan kepada prestasi atlet dalam melakukan setiap pergerakan terjunan memandangkan SUKMA XVII 2014 akan berlangsung tidak lama lagi.

Sekian, terima kasih.

--
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak

Friday, May 2, 2014

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON DI DEWAN SBA

Salam.

Tarikh             : 30 April 2014
Tempat           : Dewan SBA, BDC
Masa               : 4.00 pm – 5.30 pm

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Badminton)
En. Dwi Ariyanto (Jurulatih MSNS)

Kehadiran Atlet :
6 orang atlet Lelaki
4 orang atlet Perempuan

Ulasan :

Sesi latihan dijalankan seperti yang dijadualkan. Kehadiran atlet pada sesi latihan kali ini memuaskan di mana 10 orang atlet hadir ke sesi latihan, sementara atlet yang lain tidak hadir atas sebab-sebab tertentu dan kelas tambahan. 2 orang atlet (Adam Lau Yu Ming & Alferd Lau Yu Leong) berada di Thailand kerana mengambil bahagian dalam Smiling Fish International Challenge Thailand yang berlangsung dari 28 April 2014 hingga 4 Mei 2014.

Berikut merupakan keputusan penyertaan bagi kedua atlet ini:
a. Adam Lau Yu Ming
   - 1st round Single Qualification
   - 1st round Double Qualification
b. Alfred Lau Yu Leong
   - 2nd round Single Qualification
   - 1st round Double Qualification

Sekian, terima kasih.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Akuatik Terjun, Taekwondo & Badminton)

PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO DI KUCHING TAEKWONDO & SELF-DEFENSE ACADEMY

Salam.

Tarikh             : 30 April 2014
Tempat           : Kuching Taekwondo & Self – Defense Academy
Masa               : 7.30 pm – 9.00 pm 

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Taekwondo)
En. Joseph Chang Siang Ping (JSM Sukan Taekwondo)

Kehadiran Atlet :
6 orang atlet Lelaki
4 orang atlet Perempuan

Ulasan :
Kehadiran atlet pada sesi latihan kali ini memuaskan di mana 10 orang atlet hadir ke sesi latihan, sementara atlet yang lain tidak hadir kerana memberi fokus terhadap peperiksaan dan kelas tambahan. Terdapat 12 lagi orang atlet sedang menjalani latihan persediaan untuk ke Sukma XVIi Perlis 2014 di Thailand.

Program Latihan :
a.     Warm up
b.    Face to Face One Attack
c.     Face to Face One Counter
d.    Sparing

Menurut JSM, En. Joseph Chang, beliau ingin menambah lagi bilangan atlet ke dalam program USPTN setelah menilai beberapa orang pelajar yang berpotensi dalam sukan ini.

Sekian, terima kasih.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Akuatik Terjun, Taekwondo & Badminton)

Pemantauan Sukan Olahraga Di SMK Tabuan Jaya, Kuching

Pemantauan Sukan Olahraga Di SMK Tabuan Jaya, Kuching

 

Salam

 

Tarikh: 30 Mac 2014

Tempat: SMK Tabuan Jaya, Kuching

Masa: 03:30pm - 05:30pm

 

Kehadiran Pegawai dan Jurulatih

En. Mohamad Ikmal Bin Afandi

 

Kehadiran Atlet

22  = hadir

Lelaki = 11

Wanita = 11

 

Rumusan Pemantauan

 

Jurulatih

Pn. Rasia Anak Lutang menghadiri kursus di Kedah dan tidak dapat hadir disesi latihan tersebut. Oleh itu, sesi latihan pada hari tersebut telah dikendalikan oleh Jurulatih Olahraga SMK Tabuan Jaya iaitu cikgu Abang Sapani.

 

Atlet

Sesi latihan yang dijalankan oleh atlet adalah memfokuskan kepada fasa relaksasi dan mini game, dimana para atlet dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan akan meghantar wakil untuk bertanding.