Tuesday, January 31, 2017

SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN TINJU BULAN JANUARI 2017

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 30 Januari 2017
Masa : 1930hrs - 2115hrs
Venue : SMK (BM) Saratok, Saratok
Jurulatih:
1. En. Joseph Anak Harry (JSM USPTN Sarawak)

Kehadiran: 14 Orang Atlet

LATIHAN
1. 1 - 2 Turn
2. 1 - 2 (Muka & Perut)
3. 1 - 2 Partner (Slip in / out)

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
1. Glove - 20 set
2. Head Gear - 14 set
3. Punching Bag - 3 set
4. Skipping Rope - 17 set
5. Electronic Weight Scale
6. Boxing Shoes - 7 set
7. Gelanggang Latihan
8. Speed Ball - 2 Set (1 Rosak)
9. Hand Wrap - 8 Set
10. Dumbbell Set - 6 Set
11. Reduce Weight Suit - 4 Set
12. Hand Weight - 2 set

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN/ISU
1. Sesi latihan dihadiri oleh 6 orang atlet baru daripada Tingkatan 1 dan 2. Setiap tahun, JSM akan melakukan sesi TID spesifik kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 bagi mencungkil bakat-bakat baru dan mewajibkan mereka menghadiri sesi latihan secara konsisten selama sebulan. Jika kehadiran mereka baik dan menunjukkan minat serta mampu menguasai teknik asas, JSM akan mendaftar mereka ke dalam program.

2. Merujuk kepada maklumbalas Pengurus Sukan terhadap emel pemantauan PPN pada 17 Oktober 2016 yang lepas mengenai status SMK (BM) Saratok sebagai PLN, isu tersebut telah pun diselesaikan secara baik bersama PSN pada Mesyuarat JKK Sukan Tinju Bil 1/2017 pada 23 Januari 2017. Keputusan mesyuarat sebulat suara bersetuju mengekalkan SMK (BM) Saratok sebagai PLN dibawah program USPTN.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Angkat Berat, Olahraga, Tenis, Taekwondo & Tinju

Thursday, January 26, 2017

SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN TENIS BULAN JANUARI 2017

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 25 Januari 2017
Masa : 1600hrs - 1710hrs
Venue : SLTA Center, Kuching
Jurulatih: 
1. En. Deen Hisyam (JPM Tenis MSN Sarawak)
2. En. Stevie Anak Din (JSM Tenis USPTN Sarawak)
Kehadiran : 12 orang (6 Lelaki, 6 Wanita)

LATIHAN
1. Basic Serve (Red & Orange Ball)
2. Consistent Drill (Red & Orange Ball)
3. Multiple Hand Ball Feed
4. Match Play

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
-Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN / ISU
1. JSM memaklumkan, beliau telah membuat sesi pemilihan atlet pada minggu kedua bulan Januari lepas. Seramai 15 orang pelajar Tingkatan 1 yang hadir ke sesi tersebut. Seramai 6 orang pelajar (2 Lelaki, 4 Wanita) yang dipilih untuk mengikuti sesi latihan percubaan selama sebulan secara konsisten sebelum dimasukkan ke dalam program.

2. PPN memaklumkan bahawa pihak ISN sudah berbincang berkenaan dengan penjadualan sesi Ujian Kecergasan Bil 1/2017 untuk Sukan Tenis. Cadangan tarikh ialah pada minggu pertama atau kedua bulan Februari nanti. Penetapan tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat,Tenis,Taekwondo,Tinju & Olahraga 

Tuesday, January 24, 2017

SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT BULAN JANUARI 2017

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 23 Januari 2017
Masa : 1500hrs - 1645hrs
Venue : SMK Sibujaya, Sibu

Jurulatih:
1. En. Mackencidy Anak Bujang (JSM  PLD Angkat Berat USPTN Sarawak)

Kehadiran: 17 Orang (10 Lelaki & 7 Wanita)

LATIHAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

UJIAN
- Tiada

PERALATAN
- Batang Kayu - 15 Batang

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
Sesi Mengenalpasti Bakat (TID) Sukan Angkat Berat Program PLD USPTN Sarawak 2017 - Fasa 1

ULASAN / ISU
1. Sesi TID ini dikendalikan sendiri oleh JSM kepada pelajar - pelajar Tingkatan 1. Seramai 15 orang (10 Lelaki, 7 Wanita) yang telah terlibat di dalam sesi ini.

2. JSM telah membuat pemeriksaan terhadap tahap kecergasan dan struktur fizikal para pelajar. Antara perkara yang dilihat dan dinilai oleh JSM ialah:-

- Bentuk Tubuh Badan
- Tapak Kaki - Ada Lengkuk (Tapak kaki yang lurus tanpa lengkuk tidak sesuai)
- Lengan tidak berbentuk 'X'
- Betis/kaki tidak berbentuk 'X'
- Kepala bahu timbul / besar (ada otot)

3. Setelah penilaian struktur badan dilakukan, JSM juga mengajar teknik asas angkatan Snatch dan Clean & Jerk bagi melihat fleksibiliti dan keseimbangan badan para pelajar.

4. JSM memaklumkan selepas selesai sesi TID ini, bagi para atlet yang dipilih akan diwajibkan untuk menghadiri sesi latihan secara konsisten selama 2 atau 3 minggu dan tapisan akhir pemilihan atlet akan dibuat selepas tempoh latihan tersebut.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat, Tenis, Tinju, Taekwondo & Olahraga

SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO BULAN JANUARI 2017

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 23 Januari 2017
Masa : 1930hrs - 2110hrs
Venue : Kuching Taekwondo and Self-Defence Academy, Kuching
Kehadiran Pegawai: 
1. PPN Sukan Taekwondo USPTN Sarawak,En. Mohd Faizal Bin Ibrahim

2. JSM USPTN, Joseph Chang Siang Ping

Kehadiran Atlet: 11 Atlet (9 Lelaki & 2 Wanita)

LATIHAN
1. Partner Kicking
2. Attack - Counter
3. Attacking Step
4. Intercept Front Leg & Punch

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
 - Tiada

PERALATAN
1. Vest Protector - 10 Set
2. Head Gear - 10 Set
3. Forearm Guards - 10 Set
4. Shin Guard - 10 Set
5. Hand Glove - 10 Set
6. Arm Sand Bag - 6 Set
7. Arm Target - 15 Set

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU
1. Seramai 11 orang atlet yang hadir ke sesi latihan malam ini. Beberapa orang atlet yang tidak hadir kerana menyertai kelas tusyen dan sesi latihan mereka akan diganti pada hari Sabtu dan Ahad.

2. Seorang atlet dibawah program iaitu Tan Yen Ming telah menyertai Latihan Pusat bersama Skuad Kebangsaan di Korea Selatan bermula pada 13 Januari lepas sebagai persediaan menghadapi Sukan Sea 2017 nanti.

3. PPN juga telah memeriksa peralatan-peralatan latihan yang digunakan oleh atlet. Kebanyakan peralatan latihan dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan untuk berlatih.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat,Tenis,Taekwondo, Tinju & Olahraga

Friday, January 20, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 20.01.17
Masa : 4.10pm
Venue : Dewan Gimnastik Petra Jaya, Kuching
Jurulatih : Bogomil Ivanov Momchilov
               Gergana Kostadinova

Kehadiran : 8 orang (1L, 7W)

Latihan
1. Acro
2. Balance Beam
3. Bar

Ujian
Tiada

Pertandingan
Tiada

Peralatan
Peralatan dalam keadaan baik

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Kehadiran kurang. Kebanyakan atlet masih sibuk dengan urusan sekolah
2. Kemasukan seorang atlet baru lelaki di bawah program.
3. Jurulatih maklum span blok perlu ditukar kerana telah terlalu lama dan lusuh. Tidak baik untuk latihan.
4. Jurulatih bercadang untuk membuat TID di kawasan sekitar Petra Jaya terutama sekolah yang mempunyai sesi pembelajaran sebelah petang.

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang. Akuatik Terjun.

Thursday, January 5, 2017

SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN TENIS BULAN JANUARI 2017

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 3 Januari 2017
Masa : 1550hrs - 1640hrs
Venue : SLTA Center, Kuching
Jurulatih: 
1. En. Deen Hisyam (JPM Tenis MSN Sarawak)
2. En. Stevie Anak Din (JSM Tenis USPTN Sarawak)
Kehadiran : 11 orang (7 Lelaki, 4 Wanita)

LATIHAN
1. Footwork
2. Multiple Handbal Feed
3. Serve
4. Match Play

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
-Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN / ISU
1. Sesi latihan pada hari ini ialah sesi latihan yang pertama bagi perlaksanaan program pada tahin 2017.Kehadiran para atlet agak sedikit berkurangan kerana ada beberapa atlet tidak dapat turun berlatih kerana masih menguruskan sesi persekolahan di sekolah jenis swasta.

2. JSM memaklumkan bahawa bagi tahun 2017 ini, akan ada sesi pemilihan atlet baru seramai 15 orang dan sesi pemilihan tersebut akan dilakukan pada minggu hadapan.

3. Bagi para atlet yang sudah di dalam program, PPN mengingatkan kepada JSM dan pihak persatuan supaya merancang awal untuk melakukan sesi ujian kecergasan Bil 1/2017 sebaik - baik nya pada minggu ketiga bulan Januari ini. Perkara tersebut telah diambil maklum oleh JSM dan pihak persatuan akan memohon perkhidmatan daripada ISN Sarawak bahagian Kuching untuk menjalankan sesi ujian kecergasan tersebut nanti.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat,Tenis,Taekwondo,Tinju & Olahraga 

Wednesday, January 4, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 03.01.17
Masa : 5.30pm
Venue : Pusat Akuatik Negeri, Petra Jaya, Kuching
Jurulatih : Xiao Xia (JLN MSNS)
               Rosatimah bt. Muhammad (JPM MSNS)
               Abdul Rashid b. Muhammad (JPM MSNS)
               Carlsyle Chan Wee Chiek (JPM MSNS)

Kehadiran : 13 orang (8L, 5W) 

Latihan 
1. Dry Gym
2. Platform
3. Springboard

Ujian
Tiada

Pertandingan
Tiada

Peralatan
Tiada

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Jadual latihan dijalankan seperti biasa. Tiada perubahan semasa cuti sekolah.
2. Cadangan jurulatih untuk membuat program TID akan dijalankan dalam bulan Januari. Sasaran pelajar Tahun Satu dan Dua. Sekolah yang disasarkan adalah di kawasan persekitaran yang berhampiran dengan pusat latihan.
3. Dengan tambahan jurulatih baru, program latihan dan dijalankan dengan lebih lancar terutamanya dengan penambahan atlet baru nanti.
4. Keadaan pusat latihan dalam keadaan baik dan kemas.

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang. Akuatik Terjun.