Sunday, November 19, 2017

SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN TINJU BULAN NOVEMBER 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 17 November 2017
Masa  : 4.00 petang - 7.00 petang
Venue : Pusat Latihan Tinju, SMK Hajah Laila Taib Asajaya 

KEHADIRAN
PPN - Zaiton Binti Muhamad
JSM - Encik Rani Bin Seli
JSM MSNs - Encik Helman Bin Morni
Atlet - 12 orang lelaki
           6 orang wanita

LATIHAN
- Long distance running
- Stretching and warm up exercise
- Strength and conditioning
- Sparring

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada 

PERALATAN
- Glove
- Head gear  

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN/ISU
1. JSM dibantu oleh JSM MSNs untuk sesi latihan memandangkan beliau baru dibenarkan oleh pihak hospital untuk melibatkan diri dalam sukan setelah menjalani pembedahan lutut pada September lalu. 

2. Latihan hari ini bertujuan untuk sesi pemilihan atlet bagi menyertai kejohanan antara pusat latihan seluruh Sarawak yang dikelola oleh Persatuan Tinju Negeri Sarawak yang dicadangkan pada Disember 2017. Sesi latihan untuk atlet perempuan dijalankan bermula 6.00 petang - 7.00 malam dan bagi atlet lelaki dijalankan pada sebelah petang. 

3. Setakat ini, JSM telah mengenalpasti 6 orang atlet lelaki dan 6 orang atlet perempuan yang layak. Perubahan dan penambahan penyertaan atlet akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

4. JSM memohon disediakan kenderaan untuk membawa atlet yang bakal menyertai kejohanan antara pusat latihan seluruh Sarawak untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kota Samarahan. 

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

ZAITON BINTI MUHAMAD
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
BADMINTON, SKUASY & TINJU

No comments:

Post a Comment