Friday, October 18, 2013

LAPORAN UJIAN KECERGASAN SUKAN SKUASY



Tarikh:           26 & 27 Sept 2013
Masa:            3.30 – 5.00 pm
Tempat:        Dewan Suarah

 KEHADIRAN 
  1. Andre Kho – JPM di bawah Persatuan
  2. Atlet - 5 lelaki, 4 perempuan

UJIAN-UJIAN  
  1. 5m & 20m Multiple Shuttle Run
  2. Lenght of Arm Span
  3. Flexibility - Sit and Stretch
  4. Power - Push-ups, Sargeant Jumps & Standing Board Jump
  5. Max Sit-upsHand Grip



HAL-HAL LAIN
Keputusan ujian kecergasan diterima daripada pihak ISN pada 17 Okt 2013.
Menurut pihak ISN, keputusan adalah memuaskan bagi atlet elit,manakala bagi atlet back-up, keputusan adalah sederhana.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh :

IRENE JONES DAVIS
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak


















Thursday, October 17, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN BERBASIKAL USPTN SARAWAK OKTOBER 2013

Salam Aidiladha

Tarikh : 15 Oktober 2013
Masa  : 03:45pm - 04:45pm
Tempat :  Petra Jaya, Kuching

Kehadiran
Jurulatih / Pegawai
Mohd Faizal Bin Ibrahim (PPN Berbasikal)
Faizal Bin Dzulkaflee (JSM Berbasikal)

Atlet
Lelaki : 7 Orang
Perempuan : Seorang

Sesi Latihan
  1. Kayuhan 90km (Interval,Sprint)
  2. Trek 60km Passing Moto
  3. Speed 45-50km/j

Ulasan Sesi Pemantauan
Tahap kahadiran untuk sesi latihan pada petang semalam agak baik. Kebiasaan jumlah atlet yang turun berlatih adalah sekitar 10-15 orang, namun kebanyakan mereka mengehadkan sesi latihan untuk memberi fokus kepada Perperiksaan SPM pada awal November nanti.


Latihan dijalankan 2 sesi setiap hari (pagi-petang) sebagai persediaan untuk menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan Sirkit II/2013 yang akan diadakan pada 24-27 Oktober di Velodrome Cheras, Kuala Lumpur.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh :
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pemangku Ketua Unit
USPTN Sarawak



LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 15 Oktober 2013
Masa : 10.30am - 11:30am
Venue : Arena Sukan, Jalan Wan Alwi, Kuching
Jurulatih : 

  1. En. Edmund Yeo (Ketua Jurulatih Angkat Berat Negeri Sarawak)
  2. Cik Filicia Muyat (Jurulatih Sepenuh Masa Angkat Berat Negeri Sarawak)
Kehadiran atlet : 8 orang

Ulasan :
Latihan tetap dijalankan seperti biasa walaupun cuti umum. Program Latihan yang dijalankan adalah angkatan Snatch dan Clean & Jerk dalam jumlah 80% bagi persediaan ke kejohanan di Putrajaya nanti.


Semasa sesi latihan, En. Mohd Azizan, turut hadir dan membantu dalam peningkatan motivasi di kalangan atlet. Beliau mengambil berat terhadap penglibatan pelajar yang terlibat dan menekankan aspek yang paling penting iaitu disiplin dalam setiap atlet.

En. Mohd Azizan memberikan kata-kata semangat
kepada para atlet setelah selesai sesi latihan
Atlet menunjukkan prestasi yang baik semasa latihan dan memberi tumpuan / fokus sepenuhnya dalam setiap program latihan yang dirangka. Bagi atlet baru,mereka sangat gembira dan dapat memberi komitmen yang baik dengan penuh disiplin di suasana latihan yang berlainan dan baru.

Sekian, Terima kasih

Laporan Disediakan Oleh :

Dedia Sarini Binti Ahmad
Pegawai Pembangunan Negeri 
USPTN Sarawak