Thursday, October 17, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 15 Oktober 2013
Masa : 10.30am - 11:30am
Venue : Arena Sukan, Jalan Wan Alwi, Kuching
Jurulatih : 

  1. En. Edmund Yeo (Ketua Jurulatih Angkat Berat Negeri Sarawak)
  2. Cik Filicia Muyat (Jurulatih Sepenuh Masa Angkat Berat Negeri Sarawak)
Kehadiran atlet : 8 orang

Ulasan :
Latihan tetap dijalankan seperti biasa walaupun cuti umum. Program Latihan yang dijalankan adalah angkatan Snatch dan Clean & Jerk dalam jumlah 80% bagi persediaan ke kejohanan di Putrajaya nanti.


Semasa sesi latihan, En. Mohd Azizan, turut hadir dan membantu dalam peningkatan motivasi di kalangan atlet. Beliau mengambil berat terhadap penglibatan pelajar yang terlibat dan menekankan aspek yang paling penting iaitu disiplin dalam setiap atlet.

En. Mohd Azizan memberikan kata-kata semangat
kepada para atlet setelah selesai sesi latihan
Atlet menunjukkan prestasi yang baik semasa latihan dan memberi tumpuan / fokus sepenuhnya dalam setiap program latihan yang dirangka. Bagi atlet baru,mereka sangat gembira dan dapat memberi komitmen yang baik dengan penuh disiplin di suasana latihan yang berlainan dan baru.

Sekian, Terima kasih

Laporan Disediakan Oleh :

Dedia Sarini Binti Ahmad
Pegawai Pembangunan Negeri 
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment