Saturday, December 20, 2014

LAPORAN PROGRAM LATIHAN BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SABAH BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SARAWAK

Salam.

Tarikh     : 16 Disember 2014 - 18 Disember 2014
Masa       : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik KBS, Kuching

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM (USPTN)
Pn. Harnani Bt Muhammad - JPM (MSN)
Pn. Xiao Xia - JLN (MSN)
25 orang Atlet

Latihan :
a) Core Strengthening (Focus on abs)
    - Speedy Leg Raise
    - Bicycle Crunch

b) Rutin Asas (Dry Gym)
    - Diving Specific stretching
    - Tekan Bahu
    - Ajuk 
    - Ayun Tangan
    - Lompatan

c) 3m Springboard & 5m Springboard (Kolam Akuatik)

Ulasan :
Latihan pada hari ketiga dan seterusnya diteruskan seperti yang dijadualkan iaitu bermula pada jam 8.30 pagi dan petang pada jam 3.00 petang. Antara rutin wajib yang perlu dilakukan oleh setiap atlet adalah aktiviti pemanasan dan regangan badan sebelum mereka melaksanakan rutin-rutin lain di kolam terjun. 

Pada hari keempat, pada sebelah pagi latihan dijalankan di dry gym dan di kolam. Pada sebelah petang pula, latihan telah dijalankan di pantai Damai. Menurut JPM, latihan di pantai yang dijalankan lebih memfokuskan elemen kecergasan. 

Untuk hari terakhir, cadangan untuk mengadakan mini pertandingan terpaksa dibatalkan memandangkan bilangan atlet terlalu sedikit kerana lebih separuh atlet Sarawak telah mengikuti kem Tahunan USPTN Sarawak 2014. Jurulatih mencadangkan agar lebih memfokuskan latihan berbanding mengadakan mini pertandingan berikutan tempoh yang singkat untuk menjalankan latihan bersama. Latihan bersama Pasukan Terjun Negeri Sabah tamat pada tengah hari. 

Pada sebelah petang, latihan bagi atlet USPTN Sarawak diteruskan seperti biasa. Atlet yang menyertai kem tahunan pada 15 hingga 17 Disember 2014 turut hadir menjalani latihan pada 18 Disember 2014 yang bermula pada jam 3.00 petang. 

Secara keseluruhan, kesemua jurulatih dan atlet yang terlibat dalam program ini telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang tinggi dan program seperti ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

Monday, December 15, 2014

Fwd: LAPORAN PROGRAM LATIHAN BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SABAH BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SARAWAK

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 15 Disember 2014 - 16 Disember 2014
Masa       : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik KBS, Kuching

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM (USPTN)
Pn. Harnani Bt Muhammad - JPM (MSN)
Pn. Xiao Xia - JLN (MSN)
Cik Angelica (Jurulatih Sabah)
En. James (Jurulatih Sabah)
15 atlet Program Tindik
23 atlet Program TID

Ulasan :
Kehadiran pasukan terjun Sabah di Kuching, Sarawak adalah pada 14 Disember 2014 pada jam 9.30 pagi. Program latihan bersama ini telah dihadiri oleh 10 orang atlet dan 2 orang jurulatih daripada Negeri Sabah, manakala daripada Sarawak melibatkan 5 orang atlet dan 3 orang jurulatih. 

Sesi latihan hari pertama telah dijalankan pada sebelah petang dan dikendalikan oleh JPM Rosatimah Bt Muhammad dan dibantu oleh kedua-dua jurulatih Sabah. Latihan pada petang tersebut telah diadakan di dry gym dan memfokuskan lebih kepada sesi renggangan badan.

Untuk sesi latihan pada hari kedua, latihan diadakan 2 sesi iaitu pagi dan petang. Sesi pagi dimulakan sebelah pagi pada jam 8.30 pagi, manakala sesi petang pula diadakan pada jam 3.00 petang hingga 7 malam. Sesi latihan ini masih memfokuskan kepada renggangan badan untuk meningkatkan tahap fleksibiti setiap atlet memandangkan kebanyakan atlet masih menghadapi kesukaran untuk melakukan beberapa pergerakan dan lenturan.

Sesi latihan untuk atlet baru USPTN daripada program TID turut dijalankan seperti biasa dan telah dihadiri seramai 23 orang atlet. Selain itu, seramai 10 orang atlet terjun Sarawak telah disenaraikan untuk menyertai Kem Motivasi Atlet USPTN Sarawak 2014 yang diadakan bermula 15 hingga 17 Disember 2014 di Lundu. 

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

Thursday, December 11, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TAEKWONDO - SARAWAK

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 10 Disember 2014
Masa       : 8.00 malam - 9.10 malam
Tempat   : Kuching Taekwondo & Self-Defense (WTF) Academy

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
En. Elvi Anak Lansor - JSM
7 orang Atlet

Latihan :
a) Core Strengthening
b) Kicking :
    - Turning kick
    - Front Kick
    - Target Kicking
    - Back trust 
    - Chopping Kick

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Tiada

Peralatan & Kemudahan :
Semua dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Tiada

Ulasan :
1. Sesi latihan dijalankan pada 2 sesi iaitu pagi dan petang sepanjang cuti sekolah ini. 

2. Beberapa orang atlet telah dipilih untuk menyertai Kem Motivasi USPTN Sarawak 2014 yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Disember 2014 ini bertempat di Lundu. Taklimat ringkas kem telah diberikan kepada atlet untuk persediaan mereka ke kem nanti. 

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

Tuesday, December 9, 2014

KEM BAKAT PROGRAM T20 SUKAN BERBASIKAL 2014 (Hari Kedua)

Sukan : Berbasikal
Vanue : Hotel Sri Petaling,Kuala Lumpur
Tarikh : 8.12.2014
PPN : Mohamad ikmal Bin Afandi

ULASAN 

1. Hari kedua kem ini dimulakan seawal jam 6.30 pagi dengan semua atlet berkumpul di lobi hotel untuk senaman pagi dan semua atlet bersarapan dan bersiap ke ISN untuk ujian kecergasan hari ini.

2. Ujian hari ini dikendalikan pihak ISN sambil dibantu oleh pihak JSM yang hadir. Antara ujian dijalankan adalah seperti berikut:

- 40m sprint test
- Static Vertical Jump
- Counter movement Jump
- Standing Broad Jump
- Seated Medicine Ball Throw
- Plank
- Yoyo endurance test

3. Pada sesi petang pula,latihan trek dijalankan di Velodrom Cheras. Sesi latihan petang ini menumpukan kepada 'Warm Up Spesific Sprint/Endurance Training Skill on Track'. Jurulatih memberikan penekanan kepada sesi memanaskan badan di dalam trek dengan masa yang tertentu. Selain itu juga, penekanan terhadap keselamatan ketika berada di dalam trek ditekankan oleh pihak jurulatih. 

4. Sesi sebelah malam adalah sesi motivasi yang bertajuk Asas Kecederaan Sukan yang disampaikan oleh Encik Sabilaini Ibrahim dari ISN Bukit Jalil. Dalam ceramah beliau banyak menekankan aspek tindakan awal merawat kecederaan kepada atlet.

5. Sesi malam ini tamat pada jam 10.00 malam.

Sekian,terima kasih.

Monday, December 8, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN AKUATIK TERJUN - SARAWAK

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 8 Disember 2014
Masa       : 3.45 petang - 4.30 petang
Tempat    : Pusat Kecemerlangan Akuatik KBS, Kuching

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM (USPTN)
Pn. Harnani Bt Muhammad - JPM (MSN)
31 orang Atlet

Latihan :
a) Rutin Asas (Dry Gym)
    - Ajuk 
    - Ayun Tangan
    - Postur Badan

b) Latihan berenang (Untuk Atlet Baru)

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan Sirkit 3/2014 (5-7 Disember 2014)

Keputusan :
3M Papan Anjal Bawah 12 Tahun (L)
1. Enrique Maccartney (Perak)
2. Bertrand Rhodict (Ke 5)
3. Awang Mohd Sharszan Fyirman (Ke 9)

3M Papan Anjal Bawah 12 Tahun (W)
1. Kimberly Bong Qian Ping (Emas)

1M Papan Anjal Bawah 12 Tahun (L)
1. Enrique Maccartney (Emas)
2. Leo Ah Boon Ak Daniel (Gangsa)
3. Bertrand Rhodict (Ke 5)
4. Awang Mohd Sharszan Fyirman (Ke 6)

1M Papan Anjal Bawah 12 Tahun (W)
1. Kimberly Bong Qian Ping (Emas)
2. Eilisha Rania (Ke 11)

Platform Bawah 12 Tahun (L)
1. Enrique Maccartney (Emas)
2. Bertrand Rhodict (Gangsa)

Platform Bawah 12 Tahun (W)
1. Kimberly Bong Qian Ping (Emas)

3M Papan Anjal Terjun Berirama (L) - Perak

Keseluruhan : 5 Emas, 2 Perak & 2 Gangsa

Peralatan & Kemudahan :
Floor Matting di platform telah siap dipasang sepenuhnya.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Tiada

Ulasan :
1. Cadangan untuk mengadakan latihan 2 sesi iaitu pagi dan petang belum dapat dilaksanakan berikutan masih menunggu kelulusan daripada pihak pengurusan kolam untuk menggunakan kemudahan dan fasiliti.

2. Program Latihan Bersama dengan atlet Terjun Negeri Sabah dijadualkan bermula pada 14 hingga 19 Disember 2014 di Kuching.

3. Perbincangan bersama pihak pengurusan pusat akuatik berkaitan penggunaan fasiliti untuk tujuan program tindik telah dijalankan dan mereka bersetuju membenarkan penggunaan kolam untuk 2 sesi iaitu pagi (8.00 pagi - 12.00 tengah/hari) dan petang (2.00 petang - 7.30 petang) sempena program tersebut dengan kadar bayaran RM 3 / seorang / sehari.  

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

KEM BAKAT PROGRAM T20 SUKAN BERBASIKAL 2014 (Hari Pertama)

Sukan : Berbasikal
Vanue : Hotel Sri Petaling,Kuala Lumpur
Tarikh : 7.12.2014
PPN : Mohamad ikmal Bin Afandi

Kem T20 - Sukan Berbasikal 2014 ini adalah anjuran MSN Malaysia Cawangan Pelapis yang dianjurkan di Hotel Sri Petaling,Kuala Lumpur.

Seramai 3 org atlet Negeri Sarawak terpilih dalam program ini iaitu Syafiq Fadhlil Baqi Bin Suhani, Cassandra Anak Lukas dan Naziatul Azzua Bt Illias.

Pada hari pertama ini taklimat kem telah diqmbil alih oleh En.Giam Fook Pang dan seterusnya taklimat pengisian program oleh Ketua Jurulatih Berbasikal Kebangsaan Cikgu Suoad.

Pada sesi petang,pebentangan seterusnya oleh En.Zamani iaitu Jurulatih Serantau Zon Utara.Perbentangan adalah berkenaan anatomi/praktikal basikal serta Bike Fit bagi penungang basikal serta basic teknikal asas berbasikal .

Bagi sesi mlm diteruskan dengan perbentangan En.Ghaffuan Razali dari JSM Kedah pula berkenaan acara yang dipertandingkan serta specifikasi acara serta ukuran veledrom.

Sekian terima kasih

Monday, December 1, 2014

LAPORAN KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 4 (HARI TERAKHIR)

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 30 November 2014
Masa       : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat   : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
En. Joseph Chang Siang Ping - JSM
6 orang Atlet

Latihan :
a) Warm Up
     - Basic kicking

Pertandingan :
Kejohanan Taekwondo Antara Kelab Peringkat Kebangsaan Kali Ke 4

Kecederaan :
Tiada

Ulasan :
Kejohanan bermula lebih kurang jam 8.30 pagi. Untuk pasukan Taekwondo Negeri Sarawak (Bumi Kenyalang), tinggal hanya 2 orang atlet sahaja lagi yang akan bertanding untuk hari terakhir ini dalam kategori heavy dan middle weight.

Pada sebelah petang, majlis perasmian penutupan kejohanan berlangsung lebih kurang jam 3.30 petang dan telah disempurnakan oleh Datuk Jeme Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.

Keputusan penuh bagi Pasukan Taekwondo Negeri Sarawak:
1) Eimran Ghaffary (Heavy) - Gangsa
2) Audrey Nu Ak Alexander Mula (Light) - Perak
3) Abg. Abdul Latif (Welter) - Kalah
4) Mohd Amirul Juwanda (Heavy) - Perak
5) Chai Chun Hui (Middle) - Emas

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

Sunday, November 30, 2014

LAPORAN KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 4 (HARI PERTAMA & KEDUA)

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 28 & 29 November 2014
Masa       : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat   : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
En. Joseph Chang Siang Ping - JSM
6 orang Atlet

Latihan :
a) Warm Up
     - Basic kicking

Pertandingan :
Kejohanan Taekwondo Antara Kelab Peringkat Kebangsaan Kali Ke 4

Kecederaan :
Tiada

Ulasan :
Kejohanan ini dijadual berlangsung bermula 27hb hingga 30hb November 2014 di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Menurut sumber daripada penganjur, sebanyak 466 atlet daripada 37 buah kelab telah mengambil bahagian.

Seramai 6 orang atlet Pasukan Taekwondo Sarawak yang mewakili Kelab Bumi Kenyalang telah mengambil bahagian dalam kategori berat, light, middle, welter dan heavy.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timb. Presiden Taekwondo Malaysia iaitu En. Nafizuddin Bin Dato' Seri Najib pada hari pembukaan kejohanan 28 November 2014.

Bagi pasukan Taekwondo Negeri Sarawak, perlawanan hanya bermula pada hari kedua kejohanan (28 November 2014) memandangkan kategori yang disertai tidak dipertandingkan pada hari pertama.

Keputusan bagi Pasukan Taekwondo Negeri Sarawak setakat hari ini :
1) Eimran Ghaffary (Heavy) - Gangsa
2) Audrey Nu Ak Alexander Mula (Light) - Perak
3) Abg. Abdul Latif (Welter) - Kalah

Perlawanan akan disambung semula pada hari ketiga kejohanan pada 30 November 2014 seawal jam 8.00 pagi.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak