Monday, December 15, 2014

Fwd: LAPORAN PROGRAM LATIHAN BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SABAH BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SARAWAK

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 15 Disember 2014 - 16 Disember 2014
Masa       : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik KBS, Kuching

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM (USPTN)
Pn. Harnani Bt Muhammad - JPM (MSN)
Pn. Xiao Xia - JLN (MSN)
Cik Angelica (Jurulatih Sabah)
En. James (Jurulatih Sabah)
15 atlet Program Tindik
23 atlet Program TID

Ulasan :
Kehadiran pasukan terjun Sabah di Kuching, Sarawak adalah pada 14 Disember 2014 pada jam 9.30 pagi. Program latihan bersama ini telah dihadiri oleh 10 orang atlet dan 2 orang jurulatih daripada Negeri Sabah, manakala daripada Sarawak melibatkan 5 orang atlet dan 3 orang jurulatih. 

Sesi latihan hari pertama telah dijalankan pada sebelah petang dan dikendalikan oleh JPM Rosatimah Bt Muhammad dan dibantu oleh kedua-dua jurulatih Sabah. Latihan pada petang tersebut telah diadakan di dry gym dan memfokuskan lebih kepada sesi renggangan badan.

Untuk sesi latihan pada hari kedua, latihan diadakan 2 sesi iaitu pagi dan petang. Sesi pagi dimulakan sebelah pagi pada jam 8.30 pagi, manakala sesi petang pula diadakan pada jam 3.00 petang hingga 7 malam. Sesi latihan ini masih memfokuskan kepada renggangan badan untuk meningkatkan tahap fleksibiti setiap atlet memandangkan kebanyakan atlet masih menghadapi kesukaran untuk melakukan beberapa pergerakan dan lenturan.

Sesi latihan untuk atlet baru USPTN daripada program TID turut dijalankan seperti biasa dan telah dihadiri seramai 23 orang atlet. Selain itu, seramai 10 orang atlet terjun Sarawak telah disenaraikan untuk menyertai Kem Motivasi Atlet USPTN Sarawak 2014 yang diadakan bermula 15 hingga 17 Disember 2014 di Lundu. 

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment