Salam dan Selamat Sejahtera.
Tarikh : 18 Jun 2014
Masa : 7.45 pm - 9.00 pm
Tempat : Kuching Taekwondo & Self - Defense Academy
Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Taekwondo)
En. Joseph Chang Siang Ping (JSM Sukan Taekwondo)
Kehadiran Atlet :
8 orang atlet Lelaki
2 orang atlet Perempuan
Ulasan :
Tahap kehadiran atlet pada sesi latihan kali ini adalah baik. Beberapa orang atlet tidak dapat menghadirkan diri ke sesi latihan kerana menetap di asrama sekolah masing-masing dan terdapat juga antara mereka menghadirkan diri ke kelas tuisyen. Seorang atlet USPTN iaitu Enzo Scifo anak Idi sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PLKN, Bau setelah balik daripada SUKMA 2014, Perlis. Latihan kali ini telah dilaksanakan oleh JSM Joseph dibantu oleh beberapa orang atlet SUKMA.
Program Latihan :
a. Warm Up
b. Basic Kicking
c. Sparing
Latihan kali ini fokus lebih kepada melatih atlet-atlet tentang beberapa perkara asas dalam taekwondo di samping memperkuatkan teknik-teknik asas taekwondo sebagai persediaan untuk kejohanan di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
--
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Taekwondo, Terjun dan Badminton
USPTN Sarawak
No comments:
Post a Comment