Friday, June 20, 2014

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON DI DEWAN SBA, BDC KUCHING

Salam.

Tarikh     : 19 Jun 2014
Masa       : 3.00 pm - 4.00pm
Tempat   : Dewan Badminton SBA, Kuching

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman ( SDO Badminton)
En. Dwi Ariyanto (Jurulatih MSNS)

Kehadiran Atlet :
10 orang atlet

Ulasan :
Kehadiran atlet amat memuaskan. Fokus latihan pada kali ini adalah daya tahan kecergasan dan kekuatan. Seperti biasa, latihan dimulakan dengan pemanasan badan diikuti dengan larian selama 20 minit. Selepas itu, sesi latihan diteruskan dengan sesi weight training dengan dibantu oleh Jurulatih MSNS En. Dwi Ariyanto. Menurut Jurulatih En. Dwi, sesi latihan akan memfokuskan lebih kepada endurance dan strength training memandangkan belum ada kejohanan dalam masa terdekat ini. Dan selepas itu, beliau akan memfokuskan kepada teknik-teknik dalam sukan badminton secara terperinci. Selain daripada itu, latihan para atlet lebih kepada memperbaiki kesilapan-kesilapan yang atlet sering lakukan terutama semasa SUKMA 2014 yang lalu. 

Sekian, terima kasih.

--
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Badminton, Taekwondo, dan Akuatik Terjun
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment