Wednesday, July 2, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN DI PUSAT AKUATIK, KBS KUCHING (Julai 2014)

Salam.

Tarikh     : 1 Julai 2014
Masa       : 3.00 petang - 4.00 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS Kuching

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Akuatik Terjun)
JPM Rosatimah Bt Muhammad
JLN Xiao Xia

Kehadiran Atlet :
11 orang atlet Lelaki
4 orang atlet Perempuan

Ulasan :

Sepanjang bulan Ramadhan ini, latihan akan dijalankan seperti biasa bermula dari jam 2.30 petang hingga 7.30 petang. Kelonggaran waktu latihan diberikan kepada atlet-atlet muslim yang mana mereka akan menjalani latihan seperti biasa sehingga jam 5.00 petang. Kehadiran atlet pada sesi latihan kali ini kurang daripada biasa kerana terdapat beberapa orang atlet tidak hadir kerana menghadiri kelas dan seorang atlet tidak dapat hadir ke sesi latihan kerana kurang sihat. JPM Rosatimah memaklumkan bahawa seorang atlet telah menarik diri daripada latihan ini atas masalah tertentu. Hasil daripada pemantauan pada kali ini, program latihan menfokuskan lebih kepada teknik lenturan dan postur badan dan kaki disamping turut melakukan teknik ayunan tangan. Pada 21 - 23hb Jun 2014 yang lepas, seramai 6 orang atlet telah mewakili Sarawak ke Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Siri 2/2014 di Sabah dan pencapaian para atlet memberangsangkan setelah memperoleh 6 emas, 4 perak dan 2 gangsa. 

Sekian, terima kasih.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Akuatik Terjun
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment