Tuesday, July 22, 2014

Fwd: PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO (Julai 2014/02)

Salam dan Selamat Sejahtera.

Tarikh      : 21 Julai 2014
Masa        : 8.00 pm - 9.15 pm
Tempat    : Kuching Taekwondo & Self - Defense Academy

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Taekwondo)
En. Joseph Chang SIang Ping (JSM Sukan Taekwondo)
En. Elvi Anak Lansor (JSM Sukan Taekwondo)
Master Tan Check Joon (Pegawai Persatuan)

Kehadiran Atlit :
12 orang atlet

Ulasan :

Sesi latihan dijalankan seperti biasa di bulan Ramadhan bermula dari jam 7 petang, sebelum para atlit diberi pelepasan untuk bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Kehadiran pada sesi kali ini meningkat sedikit berbanding dari hasil pemantauan sebelum ini. Sesi latihan diuruskan oleh JSM Joseph Chang Siang Ping dan dibantu oleh JSM Elvi Ak Lansor (Lantikan Baru). 

Program Latihan :
a. Warm Up & Stretching
b. Basic Target Kicking
c. Basic Hand Side Back
d. Sparing

Pada pemantauan kali ini juga satu perjumpaan dan perbincangan ringkas telah dilakukan bersama wakil persatuan dan kedua jurulatih. Untuk makluman, USPTN Sarawak dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Sarawak bercadang untuk mengadakan mini pertandingan Taekwondo sebagai salah satu program binaan untuk mencari bakat-bakat baru sebagai persediaan awal untuk ke kejohanan-kejohanan yang akan datang di samping persediaan untuk SUKMA 2016 nanti. Perjumpaan ini dilakukan bertujuan untuk berbincang beberapa perkara sebagai persediaan untuk mengadakan program tersebut. 

Sekian, terima kasih.

-----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment