Saturday, December 20, 2014
LAPORAN PROGRAM LATIHAN BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SABAH BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SARAWAK
Monday, December 15, 2014
Fwd: LAPORAN PROGRAM LATIHAN BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SABAH BERSAMA PASUKAN TERJUN NEGERI SARAWAK
Thursday, December 11, 2014
LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN TAEKWONDO - SARAWAK
Tuesday, December 9, 2014
KEM BAKAT PROGRAM T20 SUKAN BERBASIKAL 2014 (Hari Kedua)
Sukan : Berbasikal
Vanue : Hotel Sri Petaling,Kuala Lumpur
Tarikh : 8.12.2014
PPN : Mohamad ikmal Bin Afandi
ULASAN
1. Hari kedua kem ini dimulakan seawal jam 6.30 pagi dengan semua atlet berkumpul di lobi hotel untuk senaman pagi dan semua atlet bersarapan dan bersiap ke ISN untuk ujian kecergasan hari ini.
2. Ujian hari ini dikendalikan pihak ISN sambil dibantu oleh pihak JSM yang hadir. Antara ujian dijalankan adalah seperti berikut:
- 40m sprint test
- Static Vertical Jump
- Counter movement Jump
- Standing Broad Jump
- Seated Medicine Ball Throw
- Plank
- Yoyo endurance test
3. Pada sesi petang pula,latihan trek dijalankan di Velodrom Cheras. Sesi latihan petang ini menumpukan kepada 'Warm Up Spesific Sprint/Endurance Training Skill on Track'. Jurulatih memberikan penekanan kepada sesi memanaskan badan di dalam trek dengan masa yang tertentu. Selain itu juga, penekanan terhadap keselamatan ketika berada di dalam trek ditekankan oleh pihak jurulatih.
4. Sesi sebelah malam adalah sesi motivasi yang bertajuk Asas Kecederaan Sukan yang disampaikan oleh Encik Sabilaini Ibrahim dari ISN Bukit Jalil. Dalam ceramah beliau banyak menekankan aspek tindakan awal merawat kecederaan kepada atlet.
5. Sesi malam ini tamat pada jam 10.00 malam.
Sekian,terima kasih.
Monday, December 8, 2014
LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN AKUATIK TERJUN - SARAWAK
KEM BAKAT PROGRAM T20 SUKAN BERBASIKAL 2014 (Hari Pertama)
Sukan : Berbasikal
Vanue : Hotel Sri Petaling,Kuala Lumpur
Tarikh : 7.12.2014
PPN : Mohamad ikmal Bin Afandi
Kem T20 - Sukan Berbasikal 2014 ini adalah anjuran MSN Malaysia Cawangan Pelapis yang dianjurkan di Hotel Sri Petaling,Kuala Lumpur.
Seramai 3 org atlet Negeri Sarawak terpilih dalam program ini iaitu Syafiq Fadhlil Baqi Bin Suhani, Cassandra Anak Lukas dan Naziatul Azzua Bt Illias.
Pada hari pertama ini taklimat kem telah diqmbil alih oleh En.Giam Fook Pang dan seterusnya taklimat pengisian program oleh Ketua Jurulatih Berbasikal Kebangsaan Cikgu Suoad.
Pada sesi petang,pebentangan seterusnya oleh En.Zamani iaitu Jurulatih Serantau Zon Utara.Perbentangan adalah berkenaan anatomi/praktikal basikal serta Bike Fit bagi penungang basikal serta basic teknikal asas berbasikal .
Bagi sesi mlm diteruskan dengan perbentangan En.Ghaffuan Razali dari JSM Kedah pula berkenaan acara yang dipertandingkan serta specifikasi acara serta ukuran veledrom.
Sekian terima kasih
Monday, December 1, 2014
LAPORAN KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA KELAB PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 4 (HARI TERAKHIR)
Salam Sejahtera.
Tarikh : 30 November 2014
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah
Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
En. Joseph Chang Siang Ping - JSM
6 orang Atlet
Latihan :
a) Warm Up
- Basic kicking
Pertandingan :
Kejohanan Taekwondo Antara Kelab Peringkat Kebangsaan Kali Ke 4
Kecederaan :
Tiada
Ulasan :
Kejohanan bermula lebih kurang jam 8.30 pagi. Untuk pasukan Taekwondo Negeri Sarawak (Bumi Kenyalang), tinggal hanya 2 orang atlet sahaja lagi yang akan bertanding untuk hari terakhir ini dalam kategori heavy dan middle weight.
Pada sebelah petang, majlis perasmian penutupan kejohanan berlangsung lebih kurang jam 3.30 petang dan telah disempurnakan oleh Datuk Jeme Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah.
Keputusan penuh bagi Pasukan Taekwondo Negeri Sarawak:
1) Eimran Ghaffary (Heavy) - Gangsa
2) Audrey Nu Ak Alexander Mula (Light) - Perak
3) Abg. Abdul Latif (Welter) - Kalah
4) Mohd Amirul Juwanda (Heavy) - Perak
5) Chai Chun Hui (Middle) - Emas
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak