Saturday, February 18, 2017

SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT BULAN FEBRUARI 2017

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 16 Februari 2017
Masa : 1600hrs - 1800hrs
Venue : SMK Merbau, Miri

Jurulatih:
1. En. Anthony Bong (JSM  PLN Angkat Berat USPTN Sarawak)

Kehadiran: 16 Orang (11 Lelaki & 5 Wanita)

LATIHAN
1. Snatch Balance (5 x 3 Set)
2. Snatch Pull (5 x 3 Set)
3. Power Snatch (5 x 3 Set)

PERTANDINGAN
- Tiada

UJIAN
- Tiada

PERALATAN
1. Set Lelaki - 1
2. Set Wanita - 1
3. Platform - 2
4. Squat Rack - 2

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU
1. Sesi latihan hari ini juga dihadiri oleh 5 orang atlet baru dari tingkatan 1 dan 2. JSM telah mengenalpasti mereka melalui sesi TID spesifik yang dijalankan oleh JSM sendiri pada awal Bulan Januari lepas. Namun, JSM masih membuat penilaian terhadap tahap penguasaan teknik asas angkatan mereka selain minat dan komitmen semasa sesi latihan sebelum membuat keputusan untuk mendaftar mereka ke dalam program bagi sesi Julai - Disember nanti.

2. JSM memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima apa - apa panggilan atau notis penerimaan bantuan peralatan latihan yang dibekalkan oleh pihak Bahagian Atlet, Majlis Sukan Negara kerana beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia sudah menerima peralatan tersebut pada bulan Januari lepas. PPN mengambil maklum dan akan meminta maklum balas dari pengurus sukan berkenaan dengan status penghantaran peralatan tersebut nanti.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat, Tenis, Tinju, Taekwondo & Olahraga

No comments:

Post a Comment