Friday, February 14, 2014

Fwd: PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN

Salam

Tarikh : 12 Februari 2014
Masa : 4.00 petang
Venue : Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Kuching
Jurulatih : JPM Rosatimah bt. Muhammad
               JLN Xiao Xia
               JPM Harnani bt. Muhammad
               JPM Gracie Junita Terry Pega

Kehadiran : 8 orang atlet ( JPM Rosatimah )
                 13 orang atlet ( JPM Harnani & JPM Gracie )

Ulasan
Perbincangan bersama pihak pengurusan kolam En. Achi telah diadakan pada petang tersebut. Agenda perbincangan adalah untuk mendapat maklum balas daripada pihak pengurusan berkenaan kerja membaikpulih pusat akuatik tersebut terutamanya Drygym dan Diving Stand. En. Achi memaklumkan kerja-kerja tersebut akan dijalankan dalam tempoh 3 bulan ini cuma tarikh mula belum ditetapkan lagi. Untuk permulaan, pihak beliau akan membaiki pusat Drygym dahulu yang akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad. Pihak saya memohon supaya kerja baikpulih Diving Stand dimulakan pada bulan April bagi memberi laluan Latihan Pusat Pasukan Terjun ke SUKMA XVIi Perlis 2014.

Makluman kepada pihak pengurusan berdasarkan cadangan jurulatih
1. Latihan diadakan pagi dan petang sepanjang cuti sekolah
2. Membina Platform 3M untuk latihan atlet baru

Cadangan tersebut akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan dan akan dimaklumkan kemudian.

Peralatan
Peralatan latihan dalam keadaan baik. Semasa Taklimat Pengurusan Aset Alih MSNS mencadangkan supaya setiap pusat latihan perlu megadakan stor simpanan peralatan bagi menjamin keselamatan peralatan tersebut.

Sekian terima kasih.


Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Akuatik Renang. Akuatik Terjun. Memanah. Pelayaran.

No comments:

Post a Comment