Salam & Salam 1 Malaysia
Tarikh : 12 Februari (Rabu)
Venue : Dewan Gimnastik,Petra Jaya, Kuching
Masa : 3 ptg
Ulasan :
Latihan Acro dilakukan oleh setiap atlet dan satu rutin penuh untuk Senaman Lantai. Selepas latihan tersebut atlet Senior melakukan rutin bersama teknik baru mengikut tahap program pada 'apparatus' Palang Bertingkat manakala atlet 'kecil' melakukan rutin dan diserapkan teknik baru untuk 'apparatus' Batang Titian.
Seorang atlet mengalami sedikit kecederaan dan hanya melakukan latihan di Palang Bertingkat dan latihan kecergasan yang ringan bagi mengekalkan tahap kecergasan yang stabil dan 'flexibility' yang tinggi dan mengelakkan kecederaan yang lebih serius.Atlet tersebut juga dalam proses untuk pemulihan kecederaan tersebut.
4 org gimnas tidak hadir semasa latihan kerana perlu menghadiri sesi kelas agama di sekolah yang wajib untuk dihadiri semua pelajar.
Sekian,terima kasih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment