Tuesday, August 19, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN (Ogos 2014/02)

Salam.

Tarikh     : 18 Ogos 2014
Masa       : 4.15 petang - 5.30 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Terjun)
Pn. Rosatimah Bt Muhammad (JPM)
Pn. Harnani Bt Muhammad (JPM)
Pn. Xiao Xia (JLN)

Kehadiran Atlet :
17 orang atlet

Ulasan :

JPM Rosatimah telah kembali mengendalikan sesi latihan setelah bercuti selama 3 minggu. Kehadiran para atlet ditahap yang memberangsangkan. Sesi latihan para atlet berjalan dengan lancar. Pada pemantauan kali ini, SDO telah memaklumkan kepada JPM Rosatimah berkaitan maklumat perjalanan dan keperluan bagi yang akan menyertai Kem Bakat Sukan Terjun 2014 di Ipoh, Perak yang bermula pada 25-29hb Ogos 2014 ini. Selain itu, perbincangan singkat bersama jurulatih telah diadakan bagi membincangkan bekenaan persediaan atlet untuk ke Kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014 yang akan berlangsung pada 12 - 14 September 2014 dan juga Kejohanan Grand Final yang juga akan berlangsung pada September nanti. Mesyuarat JKK Sukan Akuatik Terjun akan diadakan pada 21 Ogos 2014. 

Sekian.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Terjun 
USPTN Sarawak


No comments:

Post a Comment