Tarikh: 15 – 16 Septemeber 2014
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: SMK Semerah Padi, Kuching.
ULASAN
Klinik Pengenalan Sukan Berbasikal Sarawak telah berlansung dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Klinik tersebut bertujuan untuk mencungkil bakat baru dan memperkenalkan Sukan Berbasikal di kalangan pelajar – pelajar sekolah yang berumur lingkungan 13 hingga 16 tahun di beberapa sekolah tersenarai untuk dimasukan ke dalam Program Pelapis Negeri Sarawak. Penyertaan program ini amat menggalakkan dan mendapat sambutan dikalagan pelajar
Antara aktiviti yang berlansung pada hari tersebut ialah:
- Aktiviti fitness test dan ceramah mengenai pemakanan dan suian fizikal yang melibatkan pihak ISN Kuching.
- Ceramah mengenai undang-undang dan peraturan Sukan Berbasikal disampaikan oleh Encik Zulaihi Bin Haji Seri, Setiausha Kehormat Persatuan Berbasikal Sarawak
- Sesi demonstrasi tentang jenis-jenis basikal dan teknik yang betul disampaikan oleh En. Faizal Dzulkaflee (JSM) dan En. Dzulkaflee Hasan (ketua jurulatih sukan berbasikal negeri Sarawak)
- Pertandingan mini
Sekian, terima kasih.
Mohamad Ikmal Bin Afandi
SDO Sukan Berbasikal
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
No comments:
Post a Comment