Salam dan Selamat Sejahtera,
Tarikh : 21 September 2014
Masa : 2.45 petang - 4.00 petang
Tempat : Kuching Taekwondo & Self - Defense Academy
Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Master Tan Check Joon (Pegawai Teknikal)
En. Jospeh Chang Siang Ping (JSM Sukan Taekwondo)
Kehadiran Atlet :
6 orang atlet
Ulasan :
Jurulatih memaklumkan terdapat perubahan waktu sesi latihan sepanjang cuti persekolahan iaitu kebiasaannya daripada jam 7.00 petang hingga 9.00 malam telah ditukar kepada 6.00 petang hingga 8.00 malam (Hari Bekerja) dan 2.00 petang hingga 5.00 petang (Hujung Minggu).
Hasil pemantauan, kehadiran para atlet ke sesi latihan, kurang baik. Menurut JSM, terdapat beberapa orang atlet tidak hadir kerana berada di luar kawasan kerana balik kampung sempena dengan cuti sekolah. Ada juga diantara atlet tidak hadir ke sesi petang tersebut kerana menghadiri kelas tuisyen pada petang tersebut.
Program latihan memfokuskan teknik kicking dan chopping.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment