Salam Sejahtera
Hari pertama dan hari kedua kejohanan
Tarikh : 13 - 14 Mei 2016
Masa : 2.00pm - 10.30pm
Venue : Pantai Teluk Ketapang
KEHADIRAN
1. Joseph Anak Harry (JSM)
2. En. Awang Fadilah Bin Jaya (KUN)
3. En. Mohd Faizal Bin Ibrahim (PPN)
4. 4 Orang Atlet
LATIHAN
Tiada
UJIAN
Tiada
PERTANDINGAN
Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2016, Kuala Terengganu, Terengganu, 12 - 15 Mei 2016
Penyertaan
Kategori 46kg (14 - 15 Tahun)
1. Abdul Razak Kadir
Bertanding pada bout ke-5 menentang Abdul Halim Abd Rahman dari Johor dan kalah TKO pada pusingan keempat. Tidak layak ke pusingan suku akhir.
Kategori 48kg (14 - 15 Tahun)
1. Mohamad Aimal Arif bin Annuar
- Bertanding pada bout ke-11 menentang Dave Brauone Parmin dari Sabah dan menang TKO pada pusingan pertama. Layak ke pusingan suku akhir.
- Bertanding pada bout ke-37 dengan Mohd Rozaimi M.Nasron dari Selangor dan kalah TKO Injury pada pusingan kedua. Tidak layak ke separuh akhir.
Kategori 42kg (12 - 13 Tahun)
1. Jordan Farrell Jilan
- Penyertaan untuk kategori ini hanya 7 orang peninju sahaja. Atlet telah 'bye' perlawanan suku akhir dan terus bertanding pada peringkat separuh akhir.
- Bertanding pada bout ke-45 menentang Muhammad Safiy Danial dari Pulau Pinang dan telah menang TKO pada pusingan ke-3. Layak ke peringkat akhir dan akan berlawan pada 15 Mei 2016.
Kategori 45kg (12 - 13 Tahun)
1. Gabriel Sadart ak Dickson
Penyertaan untuk kategori ini hanya 3 orang peninju sahaja. Atlet telah 'bye' satu perlawanan dan akan terus bertanding di peringkat akhir pada hari terakhir kejohanan iaitu pada 15 Mei 2016.
PERALATAN
Glove & Head Gear - disediakan oleh penganjur
KECEDERAAN
- Mohamad Aimal Arif bin Annuar telah mengalami kecederaan di bahagian bahu.
- Alleged sport injury sustained AC disruption
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN
1. Kejohanan ini telah melibatkan penyertaan seramai 116 orang atlet dari seluruh negeri.
2. Hanya 2 orang atlet Sarawak yang berjaya ke peringkat akhir dan akan bertanding pada 15 Mei 2016.
3. Atlet Mohamad Aimal Arif bin Annuar telah mengalami kecederaan di bahagian bahu semasa perlawanan dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu menggunakan ambulans pada jam 11pm (13 Mei 2016). Atlet diberikan sijil cuti sakit selama 26 hari dan harus menjalani pemeriksaan selanjutnya selepas 3 minggu.
Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh:
Netty ak Elvis
PPN USPTN Sarawak
Sukan Badminton, Tinju & Gimrama
No comments:
Post a Comment