Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Tarikh : 7 September 2016
Masa : 1030hrs - 1300hrs
Venue : SMK Bau, Bau
Pegawai:
1. En. Mohd Faizal Bin Ibrahim
Jurulatih:
1. En. Edmund Yeo (JPM Angkat Berat MSN Sarawak)
Guru:
1. En. Baning Anak Junit (JSM PLD Angkat Berat USPTN)
2. En. Jeffry Den Anak Kumew
Kehadiran: 60 Orang (30 Lelaki & 30 Wanita) - Tingkatan 1 & 2 Sahaja
LATIHAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Tiada
UJIAN
-Tiada
PERALATAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
1.Klinik Pengenalan / Sesi Mengenalpasti Bakat Sukan Angkat Berat Sarawak 2016
ULASAN / ISU
1. Program ini telah melibatkan seramai 60 orang pelajar menengah rendah (13 & 14 tahun) lelaki dan wanita. Sebahagian besar pelajar yang terlibat ialah pelajar asrama dan selebihnya ialah pelajar harian.
2. Objektif pencarian bakat seawal umur 13 tahun ini adalah untuk memberikan pendedahan dan peluang latihan kepada atlet muda yang berbakat selain membuka peluang kepada sekolah yang berminat untuk bersama-sama membangunkan sukan diperingkat akar umbi dengan harapan apabila jumlah penyertaan atlet dapat diperluaskan, ia boleh menjadi 'feeder' kepada Pusat Latihan Negeri (PLN) sedia ada.
3. Sesi klinik pengenalan sukan dikendalikan oleh PPN. Dalam sesi tersebut PPN telah memberikan pengenalan berkenaan dengan sukan Angkat Berat kepada para pelajar terlibat. Aspek pengenalan sukan yang diterangkan merangkumi sejarah ringkas sukan Angkat Berat di Malaysia, Tahap tertinggi Sukan Angkat Berat dipertandingkan, Tokoh Sukan Angkat Berat Negara/Negeri. Pengenalan mengenai Jenis-jenis peralatan latihan dan pertandingan serta cara dan fungsi penggunaannya turut didedahkan kepada para pelajar.
4. Bagi sesi mengenalpasti Bakat (TID), Jurulatih membuat pemeriksaan terhadap struktur fizikal para pelajar. Antara perkara yang dilihat dan dinilai oleh jurulatih ialah:-
- Bentuk Tubuh Badan
- Tapak Kaki - Ada Lengkuk (Tapal Kaki yang lurus tanpa lengkuk tidak sesuai)
- Lengan tidak berbentuk 'X'
- Betis/kaki tidak berbentuk 'X'
- Kepala bahu timbul / besar (ada otot)
5. Setelah sesi TID tamat, sesi latihan asas akan dijalankan pada 20 dan 22 September 2016 bagi melihat kemampuan dan potensi bakat para atlet dan selepas itu, tapisan pemilihan atlet akan dibuat dari semasa ke semasa.
Sekian,terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat, Tenis, Tinju, Taekwondo & Olahraga
No comments:
Post a Comment