Wednesday, September 21, 2016

SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT BULAN SEPTEMBER 2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 20 September 2016
Masa : 0930hrs - 1130hrs
Venue : SMK Bau, Bau
Pegawai:
1. En. Mohd Faizal Bin Ibrahim

Jurulatih:
1. En. Edmund Yeo (JPM Angkat Berat MSN Sarawak)
2. En. Stanley Robert (Pembantu Gimnasium, MSN Sarawak)

Guru:
1. En. Baning Anak Junit (JSM PLD Angkat Berat USPTN)

Kehadiran: 26 Orang (8 Lelaki & 18 Wanita) - Tingkatan 1 & 2 Sahaja

LATIHAN
- Basic Snatch

PERTANDINGAN
- Tiada

UJIAN
-Tiada

PERALATAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU
1. Sesi latihan hari ini merupakan kesinambungan program selepas Sesi Klinik Pengenalan yang telah diadakan pada 7 September yang lepas.

2. Kehadiran atlet wanita lebih menggalakkan daripada atlet lelaki. JSM memaklumkan kekurangan kehadiran atlet lelaki pada sesi latihan kali ini disebabkan kebanyakan mereka terlibat dalam latihan sukan Olahraga dan Bola Sepak.

3. Untuk sesi latihan kali ini, Jurulatih MSN Sarawak, En. Edmund Yeo mengajar teknik asas untuk angkatan Snatch. Sebagai permulaan, para atlet diberikan sebatang kayu setiap seorang untuk berlatih teknik asas Angkatan Snatch.

4. Sesi latihan dijalankan selama 2 jam. Sesi latihan seterusnya akan diadakan pada hari Khamis dan para atlet akan diajar sesi latihan untuk Angkatan Clean & Jerk pula. Untuk permulaan ini, Sesi latihan teknik angkatan akan diadakan sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Untuk sesi latihan pada hari lain, program kecergasan dan bebanan akan diberikan oleh JSM kepada para atlet.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat, Tenis, Tinju, Taekwondo & Olahraga

No comments:

Post a Comment