Thursday, July 24, 2014

PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA DI TABUAN JAYA, KUCHING

Tarikh: 23 .7. 2014 

Masa: 3.30 petang - 5.30 petang 

Tempat: Stadium mini SMK Tabuan Jaya.


KEHADIRAN:

1.    Mohamad Ikmal Bin Afandi - SDO

2.    Pn. Rasia anak Lutang – JSM

3.    15 orang atlet

 


LATIHAN

 - Atlet menjalani latihan olahraga seperti biasa.

 - Lari 300m x 2 x 2

 - Latih tubi 6 pagar/lari 3 pagar

 - Lari 450m x 2 x 2

 

 ULASAN

1.    Latihan yang dilakukan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

2.    Kelongaran menghadiri latihan diberi kepada atlet beragama islam dan juga kepada atlet tingkatan 3 & 5 yang mempunyai kelas tambahan. Atlet lain menjalani latihan seperti biasa yang telah ditetapkan oleh jurulatih.

3.    Kedatangan atlet lelaki dan wanita memuaskan

4.    Seramai 8 orang atlet tidak hadir semasa latihan kerana mempunyai kelas tambahan, berpuasa dan ada dia antara atlet kurang sihat.

 

Sekian, terima kasih.

 

Mohamad Ikmal Bin Afandi

SDO Sukan Olahraga

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON (Julai 2014/02)

Salam

Tarikh    : 23 Julai 2014
Masa      : 3.45 petang - 4.20 petang
Tempat  : Dewan Badminton SBA, Kuching

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Badminton)
En. Dwi Ariyanto (Jurulatih MSNS)
En. Rukita (Jurulatih SBA)

Kehadiran Atlet :
8 orang atlet Lelaki
2 orang atlet Wanita

Ulasan :

Kehadiran atlet di sesi latihan ini memuaskan walaupun terdapat sebilangan daripada mereka tidak hadir. Sesi latihan ini akan berehat bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri bermula pada 28 Julai 2014 hingga 30 Julai 2014. Untuk sesi latihan pada pemantauan pada kali ini, program latihan lebih fokus kepada kecergasan atlet di mana para atlet melakukan zig-zag run with 3 shuttlecocks drill yang akan membantu dari segi development and enhancing of fitness dan pergerakan atlet dalam court area. Dan selepas itu, para atlet akan melakukan latihan in-court training yang akan melibatkan teknik dan taktik dalam pukulan asas dan pukulan smash

Sekian, terima kasih.

----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Badminton
USPTN Sarawak

Tuesday, July 22, 2014

Fwd: PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO (Julai 2014/02)

Salam dan Selamat Sejahtera.

Tarikh      : 21 Julai 2014
Masa        : 8.00 pm - 9.15 pm
Tempat    : Kuching Taekwondo & Self - Defense Academy

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Taekwondo)
En. Joseph Chang SIang Ping (JSM Sukan Taekwondo)
En. Elvi Anak Lansor (JSM Sukan Taekwondo)
Master Tan Check Joon (Pegawai Persatuan)

Kehadiran Atlit :
12 orang atlet

Ulasan :

Sesi latihan dijalankan seperti biasa di bulan Ramadhan bermula dari jam 7 petang, sebelum para atlit diberi pelepasan untuk bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Kehadiran pada sesi kali ini meningkat sedikit berbanding dari hasil pemantauan sebelum ini. Sesi latihan diuruskan oleh JSM Joseph Chang Siang Ping dan dibantu oleh JSM Elvi Ak Lansor (Lantikan Baru). 

Program Latihan :
a. Warm Up & Stretching
b. Basic Target Kicking
c. Basic Hand Side Back
d. Sparing

Pada pemantauan kali ini juga satu perjumpaan dan perbincangan ringkas telah dilakukan bersama wakil persatuan dan kedua jurulatih. Untuk makluman, USPTN Sarawak dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Sarawak bercadang untuk mengadakan mini pertandingan Taekwondo sebagai salah satu program binaan untuk mencari bakat-bakat baru sebagai persediaan awal untuk ke kejohanan-kejohanan yang akan datang di samping persediaan untuk SUKMA 2016 nanti. Perjumpaan ini dilakukan bertujuan untuk berbincang beberapa perkara sebagai persediaan untuk mengadakan program tersebut. 

Sekian, terima kasih.

-----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak

Thursday, July 10, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN (Julai 2014/02)

Salam.

Tarikh     : 8 Julai 2014
Masa       : 4.00 petang - 4.45 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Terjun)
Pn. Rosatimah Bt Muhammad (JPM)

Kehadiran Atlet :
9 orang atlet Lelaki
2 orang atlet Perempuan

Ulasan :

Kehadiran atlet pada sesi latihan kali ini agak kurang berbanding hari-hari sebelumnya. Perlepasan untuk balik awal selepas latihan telah diberikan kepada atlet yang beragama Islam. Sementara yang lain akan terus menjalani latihan sehingga jam 7.00 petang. Seperti biasa, program latihan lebih kepada perkara asas seperti lenturan badan, ayunan tangan dan lompatan. Pada pemantauan kali ini, SDO telah membuat perbincangan singkat bersama JPM berkaitan dengan pemilihan atlet untuk ke Grand FInal yang akan berlangsung pada September akan datang. Selain itu, proses mengemaskini maklumat atlet bersama jurulatih juga telah dibuat memandangkan terdapat beberapa atlet telah menarik diri daripada program atas sebab-sebab tertentu. 

Sekian, terima kasih.

----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Akuatik Terjun
USPTN Sarawak

Monday, July 7, 2014

SESI LATIHAN SUKAN TINJU SMK (BM) SARATOK

Tarikh        : 7 Julai 2014
Hari            : Isnin
Masa          : 7 pm - 9 pm
Kehadiran : 12 orang atlet
Jurulatih    : En Joseph Harry
                      En Ricky

Jurulatih memaklumkan peratusan kehadiran memuaskan bagi atlet bukan islam dan perlepasan di beri kepada atlet yang beragama islam.

Latihan yang dilakukan adalah skipping, padding,basic teknik, 1-2 stepback, 1-2 rock, 1-2 body jab serta kombinasi tumbukan yang lain. Dan pada akhir sesi latihan jurulatih telah membuat sparing 2 bout, 3 pusingan dan 2 minit setiap pusingan.

Peralatan berada dalam keadaan memuaskan. Pusat latihan telah mendapat bantuan rubber mate untuk gelanggang tinju daripada pihak sekolah.

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

PEMANTAUAN PLN GIMNASTIK ARTISTIK, KUCHING

Salam

Tarikh : 5 July 2014 
Masa  : 9.00 pagi
Venue : Dewan Gimnastik, Petra Jaya, Kuching

Kehadiran :  8 gimnas ( perempuan )

Latihan adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan JLN. Kedua - dua jurulatih telah balik ke negara asal, Bulgaria bagi tujuan bercuti rehat selama 25 hari. Latihan atlet dipantau oleh pihak persatuan. 

Latihan yang dilakukan adalah asas kepada semua teknik dan elemen setiap apparatus. Latihan tetap berterusan untuk mengekalkan tahap flexibility dan kawalan berat badan kepada setiap gimnas. Program latihan pada hari tersebut ialah Acro, teknik lompatan & pivot, Giant Circle ( Backward & Forward ) bagi apparatus Bar, Kip-Up Handstand dan latihan Fizikal.



Sent from Samsung tablet

PEMANTAUAN SESI LATIHAN GIMRAMA, KUCHING

Salam

Tarikh : 6 Julai 2014
Masa : 2.30 ptg
Kehadiran : 10 atlet ( sesi 1 ) 
                        7 atlet ( sesi 2 )
                        1 JSM 
                         

Latihan dikendalikan oleh seorang JSM, Cik Low Fai Jun, bagi sesi latihan LG dan Gred 1. Beliau turut dibantu oleh seorang pembantu dari pihak Persatuan. Sesi latihan pada kali ini lebih menumpukan kepada pergerakan asas ( flexibility ) kepada apparatus bola, gelung (hoop) dan tali (rope). 





Sent from Samsung tablet

PEMANTAUAN SESI LATIHAN SUKAN MENEMBAK


Tarikh        : 5 Julai 2014
Hari            : Sabtu
Kehadiran : 13 atlet
                      6 Perempuan
                      8 Lelaki
Jurulatih:    Pn Tamara
                     Pn Christina
                     Cik Chee Cia Cia

Latihan telah dijalankan pada dua sesi 
jam 9pg - 1130pg
jam 1ptg - 4ptg. 

Sesi latihan melibatkankan latihan bagi kategori:

Air Pistol L & P
Air Rifle   L & P
.22 Rifle  L & P
Rapid Fire .22 Pistol L
50m Prone L
Scatt Simulater

Kehadiran amat mumuaskan, namun begitu bagi atlet beragama islam latihan hanya di sebelah pagi. Seramai 5 orang atlet hasil daripada program tallentspot juga telah menyertai latihan. Jurulatih memaklumkan hasil daripada program tallentspot seramai 9 orang atlet telah diserapkan ke dalam program latihan.

Setiap habis  sesi latihan jurulatih Pn Tamara akan membuat perbincangan dengan atlet mengenai prestasi latihan masing-masing yang menyentuh kelemahan serta kekuatan yang ada pada individu atlet itu sendiri.

Sekian terima kasih

Laporan disediakan oleh

Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

Friday, July 4, 2014

Fwd: PEMANTAUAN SUKAN TENIS

Assalamualaikum

Tarikh : 3 Julai 2014
Masa : 5.00 petang
Venue : Sarawak Lawn Tenis Association
Jurulatih : JSM Stevie Din
               
Kehadiran : 14 orang atlet (10 Lelaki & 4 Perempuan)

Sesi Latihan ( 4.30pm - 6.30pm)
1. Multiple Ball Training
2. Mini Tenis
3. Match Play

Ulasan
Makluman daripada jurulatih, beliau memberi tumpuan kepada atlet baru. Namun begitu, sepanjang latihan dijalankan, beliau juga akan memantau latihan atlet dewasa. Semua atlet baru akan dimasukkan ke Beginners Development Programme dan dikenakan cas keahlian sebanyak RM50 sebulan. Semua atlet baru akan menjalani latihan asas dahulu di kawasan yang kecil dahulu dan apabila telah menguasai kemahiran teknik dengan betul, atlet akan menjalani latihan di gelanggang lebih besar.

Peralatan / Kemudahan
1. Peralatan reket adalah milik sendiri.
2. Kekurangan Bola Latihan - Red Dot & Green Dot Ball
3. Pusat Latihan mempunyai 12 gelanggang. Terbuka kepada awam yang mendaftar menjadi ahli.

Sekian terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Akuatik Renang. Akuatik Terjun. Memanah. Pelayaran.




PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON DI DEWAN SBA, KUCHING

Salam.

Tarikh      : 4 Julai 2014
Masa        : 3.00 petang - 4.00 petang
Tempat    : Dewan Badminton SBA, Kuching

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Badminton)
En. Dwi Ariyanto (Jurulatih MSNS)
En. Rukita (Jurulatih SBA)

Kehadiran Atlet :
14 orang atlet

Ulasan :

Sesi latihan di bulan Ramadhan dijalankan seperti biasa bermula jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Kehadiran atlet pada sesi latihan kali ini sangat baik walaupun terdapat sebilangan daripada mereka tidak dapat hadir kerana menghadiri kelas tambahan. Menurut Jurulatih En. Dwi Ariyanto, sesi latihan kali ini memfokuskan lebih kepada on-court training di mana para atlet akan melakukan pattern stroke dan fokus kepada teknik-teknik smashing. 

Sekian, terima kasih.

----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Badminton
USPTN Sarawak