Friday, September 30, 2016
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN - SARAWAK
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK - SARAWAK
Thursday, September 29, 2016
KEJOHANAN TINJU GOLDEN GLOVE KEBANGSAAN 2016 EDISI KE-2
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Tarikh : 27 September 2016
Masa : 1500hrs - 1800hrs
Venue : Medan Niaga Satok, Kuching
Jurulatih:
1. En. Wilbur Buag-Ay Andogan (JLN MSN Sarawak)
2. En. Muhammad Helman Bin Morni (Jurulatih SABA)
Kehadiran: 45 Orang Atlet (8 orang daripada Sarawak)
LATIHAN
- Tiada
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
Kejohanan Tinju Golden Glove Kebangsaan 2016 Edisi ke-2
PERALATAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN/ISU
1. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang kedua dianjurkan oleh Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) selepas penganjuran yang pertama pada tahun 2015. Kejohanan ini berlangsung selama 5 hari iaitu bermula pada 27 September hingga 1 Oktober 2016. Kejohanan ini dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti Sarawak (KBSS), En. Kameri bin Affendi.
2. Kejohanan ini telah melibatkan seramai 45 orang peserta iaitu daripada beberapa buah negeri dan ATM. Peringkat umur peserta yang bertanding ialah dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun. Daripada 8 orang peserta dari Sarawak, 2 orang ialah atlet SUKMA XVIII 2016.
3. Jika hendak dibandingkan dengan jumlah penyertaan atlet bagi kejohanan kali ini, ianya berkurang berbanding penyertaan pada edisi pertama pada tahun 2015. Antara faktor kekurangan penyertaan ini kemungkinan disebabkan oleh kekangan bajet peruntukkan daripada negeri-negeri selepas temasya SUKMA XVIII 2016 dan juga persediaan bagi menyertai Kejohanan Tinju Piala Malaysia 2016 di Perak yang akan dijadualkan pada Oktober depan.
Sekian,terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Angkat Berat, Olahraga, Tenis, Taekwondo & Tinju
Monday, September 26, 2016
Pemantauan Sukan Skuasy September 2016
Tarikh : 24 September 2016
Masa : 10.00 am - 5.00 pm
Venue : Sarawak Squash Centre, Kuching
Kehadiran :
- Andre Kho Yang Yang ( JPM USPTN )
- En. Sahib & En. Shoubi ( JLN SRAS )
- 40 L 36 W atlet
Latihan :
- Basic Agility Drill
- Basic Ball Catching
- Court Run
- Basic Squash Technique
Pertandingan :
- Tiada
Peralatan :
- Tiada
Kecederaan :
- Tiada
Program Binaan :
Klinik asas Sukan Skuasy & TID 2016
Ulasan :
1. Seramai 76 atlet lelaki dan wanita bawah 12 tahun menyertai klinik dan TID pada tahun ini.
2. Pihak persatuan telah mengenal pasti beberapa org atlet dan memberi tempoh percubaan selama 1 bulan sebelum diserap kedalam program.
3. Pihak persatuan juga memaklumkan bahawa akan membesarkan lagi program ini dengan menjemput lebih banyak sekolah-sekolah disekitar kuching pada tahun hadapan.
Sekian Terima Kasih
--
Mohamad Ikmal Bin Afandi
Pegawai Pembangunan Negeri USPTN Sarawak
Tenpin Boling, Memanah, Pelayaran, Berbasikal, Skuasy & Badminton
Friday, September 23, 2016
SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO BULAN SEPTEMBER 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Tarikh : 22 September 2016
Masa : 2000hrs - 2100hrs
Venue : Kuching Taekwondo and Self-Defence Academy, Kuching
Kehadiran Pegawai:
1. PPN Sukan Taekwondo USPTN Sarawak,En. Mohd Faizal Bin Ibrahim
2. JSM USPTN, Joseph Chang Siang Ping
Kehadiran Atlet: 13 Atlet (9 Lelaki & 4 Wanita)
LATIHAN
1. Head Chopping
2. Turning Kick
3. Sparring
4. Upgrading Training - 1st Dan
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Tiada
PERALATAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN / ISU
1. Atlet-atlet yang terlibat dalam Kem Latihan Pemilihan Skuad Kebangsaan telah kembali berlatih seperti biasa, namun beberapa orang atlet tidak dapat turun berlatih secara konsisten kerana fokus kepada persediaan PT3, SPM dan STPM.
2. Sesi latihan pada kali ini fokus kepada head chopping kick dimana latihan ini amat penting bagi mendapatkan 3 mata ketika sparring.
3. Selain itu, beberapa orang atlet juga giat berlatih untuk sesi ujian upgrading tali pinggang hitam (1st Dan) yang dijangka akan diadakan pada minggu hadapan.
Sekian,terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat,Tenis,Taekwondo, Tinju & Olahraga
Thursday, September 22, 2016
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK RENANG - SARAWAK
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMRAMA - SARAWAK
Pemantauan Sukan Memanah September 2016
Tarikh : 21 September 2016
Masa : 3.00 pm - 6.00 pm
Tempat : Smk Tabuan Jaya, Kuching
Kehadiran :
- En. Asrizal bin Mohd Haris - JSM USPTN
- Atlet - 5 Lelaki 6 Wanita
LATIHAN
- Bow training
- Form Shooting
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Tiada
PERALATAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN / ISU
1. Latihan jarak tidak dapat dilakukan disebabkan oleh hujan lebat sebaik sahaja beberapa minit setelah latihan bermula.
2. Smk Tabuan Jaya merupakan program jangka masa panjang bagi pihak jurulatih untuk menangani masalah kehadiran atlet semasa latihan memandangkan kebanyakkan atlet juga bersekolah di Smk Tabuan Jaya.
3. Pihak jurulatih bercadang untuk menukar PLN Kuching yang sedia ada dengan SMK Tabuan Jaya dan perkara ini akan dibincangkan pada JKK bil 2/2016 yang dicadangkan pada bulan Oktober 2016.
4. Pengetua sekolah menyambut baik program tersebut dan beliau juga menyediakan stor bagi menyimpan peralatan memanah.
Sekian terima kasih
--
Mohamad Ikmal Bin Afandi
Pegawai Pembangunan Negeri USPTN Sarawak
Tenpin Boling, Memanah, Pelayaran, Berbasikal, Skuasy & Badminton
Wednesday, September 21, 2016
SARAWAK - PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT BULAN SEPTEMBER 2016
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Tarikh : 20 September 2016
Masa : 0930hrs - 1130hrs
Venue : SMK Bau, Bau
Pegawai:
1. En. Mohd Faizal Bin Ibrahim
Jurulatih:
1. En. Edmund Yeo (JPM Angkat Berat MSN Sarawak)
2. En. Stanley Robert (Pembantu Gimnasium, MSN Sarawak)
Guru:
1. En. Baning Anak Junit (JSM PLD Angkat Berat USPTN)
Kehadiran: 26 Orang (8 Lelaki & 18 Wanita) - Tingkatan 1 & 2 Sahaja
LATIHAN
- Basic Snatch
PERTANDINGAN
- Tiada
UJIAN
-Tiada
PERALATAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN / ISU
1. Sesi latihan hari ini merupakan kesinambungan program selepas Sesi Klinik Pengenalan yang telah diadakan pada 7 September yang lepas.
2. Kehadiran atlet wanita lebih menggalakkan daripada atlet lelaki. JSM memaklumkan kekurangan kehadiran atlet lelaki pada sesi latihan kali ini disebabkan kebanyakan mereka terlibat dalam latihan sukan Olahraga dan Bola Sepak.
3. Untuk sesi latihan kali ini, Jurulatih MSN Sarawak, En. Edmund Yeo mengajar teknik asas untuk angkatan Snatch. Sebagai permulaan, para atlet diberikan sebatang kayu setiap seorang untuk berlatih teknik asas Angkatan Snatch.
4. Sesi latihan dijalankan selama 2 jam. Sesi latihan seterusnya akan diadakan pada hari Khamis dan para atlet akan diajar sesi latihan untuk Angkatan Clean & Jerk pula. Untuk permulaan ini, Sesi latihan teknik angkatan akan diadakan sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis. Untuk sesi latihan pada hari lain, program kecergasan dan bebanan akan diberikan oleh JSM kepada para atlet.
Sekian,terima kasih
Laporan di sediakan oleh:
MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat, Tenis, Tinju, Taekwondo & Olahraga