Sunday, January 31, 2016

PEMANTAUAN SKUASY - KEJOHANAN SKUASY ANTARA SEKOLAH - SEKOLAH BAHAGIAN KUCHING

Tarikh : 29 Januari 2016 ( Jumaat )
Masa : 9.00 pg
Venue : SM St Joseph Kuching

Kehadiran :
- Andre Kho ( JPM, USPTN )
- Mohamad Shoaib Hassan ( JLN, MSNS )
- Lucy Read
- Wong Ho Hock
- 79 atlet


Latihan :
- Tiada

Pertandingan :
- Kejohanan Skuasy Antara Sekolah Sekolah Bahagian Kuching

Peralatan :
- Tiada

Kecederaan :
- Ankle Sprain

Program Binaan :
- Tiada

Ulasan :
- Hari Ke 3 dan terakhir kejohanan
- Keputusan :
   Kategori  P12TK  - 1 ) Eugenia Sulan
                               2 ) Annabelle Martin
                               3 ) Katrina

   Kategori  L12TK  - 1 ) Desmond Ong
                               2 ) Troy Sim
                               3 ) Adam Muzaffar

   Kategori P15TK   - 1 ) Charlize Goh
                               2 ) Rachael Kong
                               3 ) Nathalie Sim

   Kategori L15TK   - 1 ) Clifford Tay
                               2 ) JC Kueh


   Kategori P18TK  - 1 ) Lauren Brodie Tsen
                              2 ) Nicole Tiong
                              3 ) Serena Tan


   Kategori L18TK  - 1 ) Putera Farrock
                              2 ) Elliot Goh
                              3 ) Harraz Iqbal


Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 30 Januari 2016
Masa : 10.30am
Venue : Dewan Gimnastik Petra Jaya, Kuching
Jurulatih : Bogomil Ivanov Momchilov
               Gergana Kostadinova

Kehadiran : 17 orang (2L, 15W)

Latihan
1. Latihan Khas fizikal (4 posisi Badan)

Ujian
Tiada

Pertandingan
Tiada

Peralatan
Semua dalam keadaan baik.

Kecederaan
1. Esmelda dan Syahzani masih menjalani latihan ringan. 
2. Dewi tidak hadir kerana mengalami kecederaan.

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Kehadiran memuaskan.
2. Latihan yang dijalankan adalah untuk memberi tumpuan pada kekuatan fizikal dan kekuatan otot. Latihan tersebut dijalankan setiap hari Sabtu.
3. Makluman jurulatih. cadangan untuk mengambil atlet baru akan dibuat selepas Sukma 2016.
4. Ujian Kecergasan telah dijalankan oleh pihak ISN pada minggu lepas hanya melibatkan atlet Sukma. 

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang.

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMRAMA - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 30 Januari 2016
Masa : 9.15am
Venue : Queens Tower, Kuching
Jurulatih : Shaleen Tay (JPM MSNS)

Kehadiran : 5 (0L, 4W)

Latihan
1. Latihan berkumpulan
2. Routine

Ujian
Tiada

Pertandingan 
Tiada

Kecederaan
Tiada

Peralatan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Kehadiran atlet gred 4 sahaja.
2. Latihan dijalankan untuk memantapkan lagi persembahan atlet bagi menghadapi kejohanan pada tahun ini.


Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang.

PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA BULAN JANUARI BIL 1/2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 30 Januari 2016
Masa : 1000hrs - 1145hrs
Venue : Riam Road Secondary School, Miri
Jurulatih: Pn. Kong Pei Chuen (JSM), En. Mohd Faizal Ibrahim (PPN)
Kehadiran: 8 Lelaki, 4 Wanita

LATIHAN
1. Technique Drills & Medicine Ball
2. Weight Training-Power

UJIAN
-Tiada

PERTANDINGAN
-Tiada

PERALATAN
1. Medicine Ball 7kg (1Unit)
2. Medicine Ball 3kg (1 Unit)
3. Medicine Ball 5kg (2 Unit)
4. Mini Kon (20 Unit)
5. Dip Dumbbell 2kg (2 Unit)
6. Dip Dumbbell 3kg(2 Unit)
7. Dip Dumbbell 5kg (2 Unit)
8. 50kg Barbell Set

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU
1. Sesi latihan dijalankan sejurus selepas tamat sesi kelas tambahan di sebelah pagi.

2. Sesi latihan dihadiri oleh sebahagian besar atlet-atlet baru yang berumur antara 13-15 tahun. Beberapa orang Atlet-atlet senior mengikuti latihan bersama jurulatih luar negara di Stadium Miri.

3. PPN juga menyerahkan 3 jenis peralatan latihan kepada JSM iaitu Medicine Ball 7kg (1Unit) ,Medicine Ball 3kg (1 Unit) dan Mini Kon (20 Unit).

4. JSM juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah memberikan peruntukan sebanyak RM2,000.00 untuk membeli peralatan-peralatan Gimnasium untuk digunakan oleh para atlet menjalani latihan bebanan.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat, Tenis, Tinju & Olahraga

Saturday, January 30, 2016

PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT BULAN JANUARI BIL 1/2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 29 Januari 2016
Masa : 1500hrs - 1730hrs
Venue : SMK Merbau, Miri
Pegawai: En. Mohd Faizal Ibrahim (PPN Angkat Berat)
Jurulatih: En. Anthony Bong (JSM), En. Johnathan Patrick (JPM MSN Negeri)
Kehadiran: 8 Lelaki 8 Wanita

LATIHAN
1.Snatch
2.Front Squad
3.Clean & Jerk

UJIAN
-Tiada

PERTANDINGAN
-Tiada

PERALATAN
1. Bar latihan Lelaki 20kg (2 unit)
Kondisi - Berkarat

2. Bar Latihan Wanita 15kg (1 unit)
Kondisi - Berkarat

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU
1. Untuk sesi pemantauan kali ini, suatu lawatan telah dibuat ke SMK Merbau, Miri iaitu salah sebuah sekolah di bahagian Miri yang sangat komited dalam menyumbangkan atlet yang berbakat untuk diserapkan ke program utama.

2. JSM memaklumkan bahawa telah dikenalpasti seramai 5 orang atlet wanita yang berumur antara 13-15 tahun mula hadir untuk sesi latihan asas sejak 2 minggu berturut-turut. Jika kehadiran mereka konsisten dan boleh menguasai teknik asas angkatan, JSM akan mendaftarkan nama mereka ke dalam program.

3. Pemeriksaan peralatan latihan juga dilakukan dan didapati Bar latihan untuk lelaki dan wanita sudah berkarat namun masih boleh digunakan untuk sesi latihan. Semua peralatan latihan ini disumbangkan oleh pihak MSN Sarawak.Saya akan menyediakan laporan berkenaan dengan status kondisi peralatan latihan ini kepada penyelaras Sukan Angkat Berat MSN Negeri dan Bahagian serta mencadangkan supaya untuk membeli peralatan latihan yang baru.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat, Tenis, Tinju & Olahraga

PEMANTAUAN SKUASY - KEJOHANAN SKUASY ANTARA SEKOLAH - SEKOLAH BAHAGIAN KUCHING

Assalamualaikum

Tarikh : 28 Januari 2016 ( Khamis )
Masa  : 2.30 ptg
Venue : SM St Joseph Kuching

Kehadiran :
- En. Andre Kho ( JPM )
- En. Mohammad Shoaib Hassan ( JLN, MSNS )
- Pn. Lucy Read ( Pengurus )
- En. Wong Ho Hock ( Guru, St. Joseph )

Latihan :
- Tiada

Pertandingan :
- Kejohanan Skuasy Antara Sekolah Sekolah Bahagian Kuching

Peralatan :
- Tiada

Kecederaan :
- Seorang atlet telah mengalami 'ankle sprain ' tetapi masih menyertai kejohanan tersebut

Program Binaan :
- Tiada

Ulasan :
- Merupakan hari ke-2 kejohanan telah berlangsung
- Atlet di bawah program USPTN telah menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh pihak sekolah
- SM St Joseph merupakan tuan rumah untuk kejohanan pada tahun ini
- Beberapa atlet akan menyertai Kejohanan 11th National Junior Championship yang diadakan pada 23 hingga 27 Februari 2016 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Dedia Sarini Ahmad
Pen. Pegawai Belia dan Sukan
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak

PEMANTAUAN SUKAN TENPIN BOLING JANUARI BIL 3/2016

SUKAN: Tenpin Boling
Tarikh : 28 Januari 2016
Masa : 2.30 pm - 5.30 pm 
Tempat : Megalanes Advanture,Kuching

Kehadiran : 
1. Angelo Koay - JSM USPTN
2. Jacaon Ting - Ketua Jurulatih MSNS
3. Atlet - 9 Lelaki 6 Wanita

LATIHAN
- Tiada

UJIAN
- SUKMA Shadow Team Monthly Roll-Off (January)

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
- Tiada
 
KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU
1. Jurulatih membari tahu PPN bahawa Monthly Roll-Off akan dilakukan setiap bulan sehingga SUKMA bagi mengenal pasti kelemahan atlet bedasarkan statistik yang dibuat oleh pihak ABAS.
2. PPN berbincang dengan jurulatih mengenai tarikh JKK meeting bil 1/2016.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohamad Ikmal Bin Afandi
PPN Tenpin Boling Negeri Sarawak

PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH JANUARI BIL 4/2016

SUKAN: Memanah
Tarikh : 27 Januari 2016
Masa : 3.00 pm - 6.00 pm 
Tempat : Lapang Sasar Kelab Memanah Kenyalang, Kuching

Kehadiran : 
1. En. Abdul Razak Yakob - Ketua Jurulatih MSNS
2.Atlet -  1 Lelaki  3 Wanita

LATIHAN
- Form Shooting 
- Jogging
- Shooting distance 30m & 90m & grouping shoot

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
- Tiada
 
KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN / ISU
1. Kebanyakan atlet menghadiri aktiviti Kokurikulum disekolah pada Rabu dan kadar kehadiran pada hari tersebut kurang memuaskan.
2. PPN berbincang dengan jurulatih mengenai kejohanan Sirkit Kebangsaan pada Febuari 2016.
3. Latihan dijalankan seperti biasa.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohamad Ikmal Bin Afandi
PPN Memanah Negeri Sarawak

Friday, January 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK - SARAWAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 28 Januari 2015
Masa : 4.10pm
Venue : Lapang Sasar Menembak Balai Polis Batu Kawa, Kuching
Jurulatih : Oleksandr Semakin (JLN MSNS)
               Christina Liew (JSM)

Kehadiran : 5 orang (4L, 1W)

Latihan 
1. 10m Air Pistol

Ujian
Tiada

Pertandingan
Tiada

Peralatan
Semua dalam keadaan baik 

Kemudahan
Kemudahan latihan dalam keadaan baik

Kecederaan
Tiada

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1. Kehadiran kurang disebabkan atlet wajib mengikut kelas tambahan dan aktiviti sekolah.
2. Kemudahan lapang sasar bermula 5 Jan 2015 dan mengambil masa 3 minggu untuk kerja baikpulih. Latihan diberhentikan sementara mulai 18 Jan dan telah siap pada 27 Jan. Latihan mula dijalankan pada 28 Jan 2016. Setelah kerja baikpulih tersebut selesai, atlet dapat menjalankan latihan dengan lebih selesa.
3. Beberapa penambahan baru seperti kipas angin dan lampu, atap untuk melindungi mesin pada bahagian 25m dan 50m. Kos perbelanjaan baikpulih tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negeri Sarawak.

Sekian. Terima kasih.

Mohd. Saffuan Abd. Razak
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
Menembak. Gimrama. Gimnastik. Akuatik Renang.

PEMANTAUAN SUKAN TENIS BULAN JANUARI BIL 2/2016

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Tarikh : 27 Januari 2016
Masa : 1635hrs - 1720hrs
Venue : Kompleks SLTA, Kuching
Jurulatih: En. Stevie Ak. Din (JSM), Deen Hisyam (JPM MSN Sarawak)
Kehadiran: 12 Atlet (7 Atlet Lelaki & 5 Wanita)

LATIHAN
1. Serve
2. Consistance Rally
3. Multiple Hand Ball Feed
4. Foot Work
5. Match Play
6. Mini Tennis

UJIAN
-Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

PERALATAN
1.Raket - 8 unit
2.Mini Net - 2 Set
3.Red Dot Ball - 20 Biji
4.Green Dot Ball - 20 Biji
5.Orange Ball - 20 Biji
6.Green Ball - 50 Biji

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN / ISU
1. Sesi latihan dijalankan dengan dibantu oleh Jurulatih Sepenuh Masa lantikan MSN Sarawak, En. Deen Hisyam.

2. Tahap kehadiran atlet sangat baik. Jurulatih memaklumkan terdapat beberapa orang atlet baru diperingkat umur 11,12 da 13 tahun yang akan dimasukkan ke dalam program selepas menjalani latihan secara konsisten selama 3 minggu berturut-turut dan atlet-atlet yang dipilih tersebut juga mampu belajar dan menguasai kemahiran asas permainan Tenis dengan baik.

Sekian,terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FAIZAL BIN IBRAHIM
PPN USPTN Sarawak
Sukan Angkat Berat,Tenis,Tinju & Olahraga