Friday, November 14, 2014

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON AKHIR 2014 SUKAN AKUATIK TERJUN (HARI PERTAMA)

Salam.

Tarikh      : 14 November 2014
Masa        : 8.30 pagi - 6.00 petang
Tempat    : Kompleks Akuatik MPK, Kuantan, Pahang

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM
8 orang Atlet (Sarawak Sahaja)

Latihan :
a) Ajuk (Movements)
b) Papan Anjal (Lompatan, Ayun Tangan & Terjunan)
*** Dijalankan sebelum acara bermula dan selepas tamat acara pada Hari Pertama

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 Sukan Akuatik Terjun

Peralatan & Kemudahan :
Kemudahan baik.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Tiada

Ulasan :
Hari pertama untuk Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Akhir 2014 berjalan dengan lancar. Seramai 42 penyertaan bagi sukan Akuatik Terjun di mana 24 penyertaan daripada kategori Lelaki dan 18 penyertaan Wanita.

Untuk hari pertama, 6 acara telah dijalankan bermula jam 9.00 pagi yang dijurikan oleh 5 orang Jurulatih dan keputusannya adalah seperti berikut :

a) 1M Spring Board Lelaki (10 tahun dan ke Bawah)
    Pertama : Bertrand Rhodict (Sarawak)
    Kedua    : Yong Rui Je (Kuala Lumpur)
    Ketiga    : Nur Qayyum Nazmin (Kuala Lumpur) & Tan Czyin Jien (Selangor)

b) 1M Spring Board Wanita (10 tahun dan ke Bawah)
    Pertama  : Eilisha Rania (Sarawak)
    Kedua     : Ong Jia Le (Kuala Lumpur)
    Ketiga     : Celeste Lee (Kuala Lumpur)

c) 1M Spring Board Lelaki (12 tahun dan ke Bawah)
    Pertama : Mohd Adam Kamarul (Negeri Sembilan)
    Kedua    : Ahmad Danish Haikal (Negeri Sembilan)
    Ketiga    : Awang Mohammad Sharszan Fyirman (Sarawak)

d) 1M Spring Board Wanita (12 tahun dan ke Bawah)
    Pertama  : Nurul Athirah Hanafiah (Negeri Sembilan)
    Kedua     : Vivien Yong Wei Wen (Perak)
    Ketiga     : Ong Kai Xin (Perak)

Bagi acara 3M Spring Board Lelaki & Wanita (10 Tahun dan ke Bawah) keputusan belum dikeluarkan oleh pihak teknikal.

Kejohanan ini turut dipantau dan dihadiri oleh KUKS, Pn. Norehsan Hassan, Cik Nency Eve Gasinau (Pemangku Pengurus Sukan), En. Giam Fook Pang (Pengurus Sukan), dan 8 orang PPN serta para ibu bapa yang datang untuk memberi sokongan kepada atlet.

Secara keseluruhan untuk hari pertama, kejohanan berjalan dengan baik dan akan bersambung keesokkan hari bagi acara 3M Spring board Lelaki & Wanita (12 Tahun dan ke Bawah) serta upacara penyampaian hadiah.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment