Saturday, November 22, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PLN SUKAN AKUATIK TERJUN - SARAWAK

Salam Sejahtera.

Tarikh     : 21 November 2014
Masa       : 4.20 petang - 5.05 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik KBS, Kuching

Kehadiran :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman - PPN
Pn. Rosatimah Bt Muhammad - JPM (USPTN)
Pn. Harnani Bt Muhammad - JPM (MSN)
Pn. Xiao Xia - JLN (MSN)
44 orang Atlet

Latihan :
a) Core Strengthening
b) Rutin Asas (Dry Gym)
    - Ajuk 
    - Ayun Tangan
    - Jalan Papan & Lompat

c) Dive 'twist'
d) 1m Springboard, 3m Springboard & 5m Platform (Kolam Akuatik)
e) Belajar berenang untuk atlet baru

Ujian :
Tiada

Pertandingan :
Kejohanan Tejun Remaja Kebangsaan Sirkit 03/2014 pada 4 hingga 7 December 2014.

Peralatan & Kemudahan :
1. Pemasangan floor matting masih dijalankan. Belum siap sepenuhnya. Dimaklumkan akan siap sepenuhnya dalam minggu hadapan bergantung kepada cuaca.

Kecederaan :
Tiada

Program Binaan :
Perancangan untuk mengadakan program tindik bersama USPTN Sabah pada pertengahan bulan December 2014 nanti.

Ulasan :
1. Sesi latihan dihadiri oleh para atlet lama dan baru. Kehadiran amat memuaskan.

2. Pada musim cuti sekolah, sesi latihan dijalankan 2 sesi iaitu pagi dan petang.

3. Seramai 5 orang atlet telah disenaraikan untuk menyertai Kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan Sirkit 03/2014 dan atlet sedang giat menjalani latihan dan mempelajari terjunan baru.

4. Sesi latihan pada minggu ini sedikit terganggu sekitar hari Isnin & Selasa kerana pihak pengurusan kolam tidak membenarkan atlet menjalani latihan di sana atas sebab-sebab tertentu. Para atlet kemudiannya, menjalani latihan di Gym MSNS. Pada hari Rabu dan seterusnya, para atlet menjalani latihan seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment