Wednesday, November 5, 2014

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN SIRI 02/2014 - HARI KETIGA

Salam.

Tarikh    : 5 November 2014
Masa      : 7.00 pagi - 10.30 malam
Tempat  : Pusat Akuatik Negeri Paroi & Spanish Villa

Kehadiran :
Cik Nency Eve Gasinau (Pemangku Pengurus Sukan)
5 orang Pegawai Pembangunan Negeri
8 orang Jurulatih
47 orang Atlet

Ulasan :
Program untuk hari ketiga bermula pada jam 8.00 pagi dengan sesi latihan di sebelah pagi bersama jurulatih. Sesi latihan ini dijalankan sehingga jam 12 tengah hari. 

Pada sebelah petang pula, sesi latihan diteruskan pada jam 3.00 petang hingga 6.30 petang dengan kehadiran KUPK dan KUPS ke Pusat Akuatik Paroi bagi membuat pemantauan perjalanan program ini. Sementara sesi latihan dijalankan, pemangku pengurus sukan telah mengadakan satu mesyuarat bersama PPN untuk membincangkan berkenaan persediaan untuk mengadakan mini kejohanan yang akan berlangsung pada petang esok (6 November 2014). Dalam mesyuarat tersebut, pembahagian tugas sepanjang mini kejohanan itu nanti telah diagihkan. 

Pada sebelah malam pula, aktiviti diteruskan lagi dengan sesi bersama tokoh sukan akuatik terjun iaitu bekas penerjun kebangsaan, Bryan Nickson Ak Lomas dan kehadiran penerjun kebangsaan, Ahmad Amsyar Azman, yang telah memberikan sedikit kata-kata motivasi kepada para atlet. 

Sesi kemudiannya diteruskan dengan aktiviti latihan persembahan oleh para atlet sebagai persediaan untuk malam penyampaian hadiah nanti. Program pada hari ketiga tamat pada jam 10.30 malam.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

No comments:

Post a Comment