Salam.
Tarikh : 6 November 2014
Masa : 7.00 pagi - 10.00 malam
Tempat : Pusat Akuatik Paroi
Kehadiran :
Cik Nency Eve Gasinau (Pemangku Pengurus Sukan)
5 orang PPN
8 orang Jurulatih
47 orang Atlet
Ulasan :
Hari keempat bermula pada jam 7.00 pagi. Kemudian pada jam 8.00 pagi, para pegawai, jurulatih dan atlet bergerak menuju ke pusat akuatik untuk sesi latihan.
Pada sebelah petang, mini kejohanan telah diadakan bermula jam 3.30 petang dan tamat pada jam 6.30 petang. Hujan lebat pada petang tadi menyebabkan pertandingan ditangguhkan sementara sebelum sesi disambung semula selepas itu. Mini kejohanan tersebut turut memperlihatkan Atlet Terjun Kebangsaan iaitu Pandalela Rinong dan Ahmad Amsyar Azman sebagai juri. Mini kejohanan ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Tuan PCP pada petang tadi.
Keputusan :
1m Papan Anjal (L)
1. Bertrand Rhodict (Swak)
2. Awang Mohd Sharszan Fyirman (Swak)
3. Tan Cyzn Yien (Selangor)
3m Papan Anjal (L)
1. Bertrand Rhodict (Swak)
2. Awang Mohd Sharszan Fyirman (Swak)
3. Meor (Perak)
1m Papan Anjal (W)
1. Ooi Cheng Le (KL)
2. Elisha Rania (Swak)
3. Nur Alia (Selangor)
3m Papan Anjal (W)
1. Elisha Rania (Swak)
2. Ooi Cheng Le (KL)
3. Nurul Najihah (Sabah)
Pada sebelah malam pula, sesi makan malam bersama Tuan PCP telah diadakan pada jam 8.30 malam. Sesi penyampaian hadiah juga turut disempurnakan oleh Tuan PCP. Sesi makan malam ini telah dihiburkan dengan 2 persembahan daripada para atlet.
Secara keseluruhannya, para atlet telah menunjukkan semangat kesukanan dan daya saing yang tinggi.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh :
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak
No comments:
Post a Comment