Monday, October 20, 2014

Bengkel Jurulatih Program Penggalakkan Sukan (PPS) 2014 - Hari Kedua

Tarikh: 20 Oktober 2014
Masa: 8.00pm - 5.00pm
Tempat: Pearl International Hotel, Kuala Lumpur

Program pada sesi pagi dan sesi petang lebih tertumpu di dalam Program Penyediaan Modul Latihan Asas mengikut sukan. Penyediaan modul latihan asas diketuai oleh Ketua Jurulatih mengikut Sukan iaitu sukan Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga.

Penyediaan modul latihan asas ini melibatkan penglibatan jurulatih-jurulatih PPS dan modul-modul latihan yang dibincangkan akan dijadikan modul latihan yang bersesuaian dengan program latihan Program Penggalakan Sukan (PPS).

Untuk sukan Olahraga,, Jurulatih Elite iaitu En. Manshahar Bin Abd. Jalil dan En. Trappadi A/L Alagari memberi penerangan mengenai ujian kecergasaan, teknik asas latihan dan program latihan PPS. Para jurulatih PPS juga berkongsi maklumat dan pengalaman bagi menambah baik modul program latihan PPS.

Sesi hari ketiga dan hari terakhir akan bersambung pada 21 Oktober 2014 jam 9.00 pagi.
 
Sekian.

Mohamad Ikmal Bin Afandi
Unit Sukan Prestasi Tinggi Sarawak
SDO Olahraga, Skuasy Dan Berbasikal

No comments:

Post a Comment