Tarikh : 21 Oktober 2014 (Selasa)
Masa : 8.00am - 12.00pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Pegawai MSN : 8 orang
Bil. PPN : 14 orang
Ketua Jurulatih : 7 orang
Bil. Jurulatih : 41 orang
Hari terakhir, sesi bagi hari ini dimulakan dengan pembentangan manual asas setiap sukan yang terlibat iaitu angkat berat, memanah, berbasikal dan olahraga.
Pembentangan lebih menjurus kepada perkenalan sukan dan teknik-teknik asas. Sukan angkat berat memulakan pembentangan dari En. Nordin bin Jusoh (Pel. Serantau), diikuti sukan memanah, En. Marbawi bin Sulaiman dan En. Norizam bin Ishak (Elit), berbasikal, En. Suod bin Hussain (Pel. Kebangsaan) diakhiri sukan olahraga dibentangkan oleh En.Manshahar bin Abd.Jalil.
Bengkel kali ini diakhiri dengan sesi soal jawab serta rumusan keseluruhan oleh Pengarah Cawangan Pelapis, En.Jefri B. Ngadirin. Beliau mengharapkan manual yang dibentangkan dapat diguna pakai di setiap cabang PPS negeri. Beliau juga mengharapkan promosi berkaitan PPS ini dihebahkan supaya jaringan PPS dapat dibesarkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment