Friday, October 17, 2014

PENCARIAN BAKAT BARU SUKAN AKUATIK TERJUN NEGERI SARAWAK

Salam Sejahtera.

Tarikh      : 13 hingga 16 Oktober 2014
Masa        : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat     : SK Satria Jaya
                  SK Sg. Stutong
                  SK Green Road
                  SK Merpati Jepang
                  SJK Chung Hua No. 5
                  SJK Chung Hua No. 6

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Jolene Leong (Koordinator Sukan Terjun, MSNS - wakil)
Pn. Rosatimah Bt Muhammad (JPM USPTN)
Pn. Harnani Bt Muhammad (JPM MSNS)
Pn. Xiao Xia (JLN MSNS)
Carlysle Chan Wee Chiek (Atlet USPTN)

Ulasan :
Program Talent ID ini telah dijalankan ke sekolah-sekolah bermula dari 13 hingga 16 Oktober 2014 dengan kerjsama USPTN Sarawak bersama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS). 

Sebanyak 6 buah sekolah di sekitar Kuching telah terlibat. Program ini telah dikendalikan dengan bantuan Cik Jolene Leong (Koordinator Sukan Akuatik Terjun MSNS) dan dibantu oleh para jurulatih dan seorang atlet di bawah program. 

Tujuan utama Talent ID ini dilaksanakan adalah untuk mencari bakat baru bagi sukan akuatik terjun terutamanya atlet perempuan memandangkan sekarang ini bilangan atlet perempuan bagi sukan ini sangat kurang.

Hasil daripada sesi yang dijalankan, seramai 86 orang pelajar yang telah disenarai pendek untuk sesi pemilihan yang selanjutnya yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Oktober 2014 bertempat di Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS Kuching. Program ini dilaporkan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. 

Sepanjang program ini dijalankan, pihak JPN dan pihak sekolah telah memberikan kerjasama penuh bermula daripada sesi mesyuarat yang telah diadakan pada 7 Oktober 2014 sehingga program Talent ID dilaksanakan. 

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment