Salam.
Tarikh : 17 Oktober 2014
Masa : 4.10 petang - 4.50 petang
Tempat : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS Kuching
Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Terjun)
Pn. Harnani Bt Muhammad (JPM MSNS)
Pn. Xiao Xia (JLN MSNS)
*** Pn. Rosatimah Bt Muhammad (JPM USPTN - Kursus Sains Sukan Tahap II)
Kehadiran Atlet :
16 orang atlet
Ulasan :
Kehadiran pada sesi pemantauan kali ini hampir 100% kerana terdapat seorang atlet tidak hadir kerana menghadapi persediaan perperiksaan SPM yang akan berlangsung bermula 3 November 2014 nanti. Sesi latihan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih MSNS kerana Pn. Rosatimah menghadiri kursus Sains Sukan Tahap II di Miri, Sarawak sehingga hari ini.
Sesi Talent ID telah dijalankan di sekolah-sekolah. Sebanyak 6 buah sekolah telah terlibat. Daripada sesi tersebut, seramai 86 orang pelajar telah dipilih. Satu sesi pengenalan ringkas berkenaan sukan akuatik terjun akan diadakan pada 20 hingga 22 Oktober 2014 bertempat di PLN, pada 3.00 petang hingga 5.30 petang. Sesi ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh para jurulatih nanti dan akan di bantu oleh wakil pegawai USPTN dan pegawai dari MSNS. Semasa sesi pemantauan dilakukan, SDO sempat berbincang tentang perjalanan aktiviti untuk sesi pengenalan ringkas itu nanti.
Program Latihan :
a) Warm Up
b) Core strengthening
c) Rutin lompatan dan pergerakan dalam membuat terjunan di Dry Gym
d) Melakukan rutin terjunan di kolam akuatik
Kemudahan & Peralatan :
Semua peralatan dan kemudahan berada dalam keadaan baik, cuma platform di level 5m masih belum diletakkan mat oleh pihak pengurusan kolam akuatik.
Kecederaan :
Tiada kecederaan semasa latihan sepanjang pemantauan.
Sekian.
---
NUR FATHEEN KHAIRUZAN BT SELEMAN
SDO Sukan Terjun
USPTN Sarawak
No comments:
Post a Comment