Monday, February 21, 2011

Program Pemilihan Atlet Baru, Sukan Akuatik - Terjun

Venue                          : SJK Chung Hwa No 3, Kuching

Tarikh                          : 18 Januari 2011, Jumaat

Masa                            : 10.00 – 11.15 pagi 

Jurulatih                      : Pn. Xiao Xia dan Pn. Harnani Mohamad

Pegawai                       : Pn. Irene Davis

Team Manager            : Cik Amy Choo ( Sukan Malaysia – MSN Sarawak )




Sasaran adalah murid-murid darjah 2 dan sebanyak enam kelas telah dilawati. Beberapa murid dipilih oleh kedua-dua jurulatih.

Jurulatih-jurulatih menentukan jika struktur badan murid-murid yang dipilih sesuai bagi sukan terjun. Dari seramai 30 murid yang dipilih, hanya  23 yang dianggap sesuai untuk sukan terjun.

Guru PJK akan memberitahu ibubapa murid-murid yang dipilih supaya mereka boleh menghadiri program mengenalpasti pada hari yang akan ditentukan oleh Pn. Xiao Xia.


Disediakan oleh: 
Pn. Irene Davis
Pegawai Pembangunan Negeri
USPTN Sarawak

Wednesday, February 16, 2011

Kehadiran JSM tinju, En. Abg. Shafardilla ke USPTN Swak

Pada hari ini 16 Feb 2011, En. Abang Shafardilla b. Abang Ullie, JSM baru bagi pusat latihan sukan Tinju di Betong telah hadir ke USPTN di pejabat Majlis Sukan Negeri Sarawak. Beliau telah menandatangani surat penerimaan jawatan sebagai JSM dibawah program Pelapis negeri Sarawak bagi tahun 2011. Beliau turut diterangkan mengenai perjalanan program, penghantaran laporan dan semua hal-hal berkaitan.




Penyertaan En Abang Shafardilla ke dalam program pelapis diharap dapat memeriahkan serta menyemarakkan lagi semangat jurulatih dan atlet terutamanya sukan tinju dalam membangunkan program sukan di negeri ini. Dengan pembukaan pusat latihan tinju Betong ini, diharap atlet-atlet boleh memberi saingan yang lebih sengit lagi dalam merebut tempat ke temasya SUKMA dan seterusnya ke program Pelapis Serantau dan Kebangsaan.

Sekian.

Laporan disediakan oleh:
Awang Fadilah b. Jaya
PPN Sukan Tinju.

Friday, February 11, 2011

Sambutan Tahun Baru Cina & Hari Jadi Staff MSNS / USPTN / ISN

Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi di ruang legar pejabat MSNegeri Sarawak telah dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pengarah MSNegeri, Encik Francis Nyurang Ding. Sambutan majlis adalah sempena Tahun Baru Cina dan sambutan Hari Jadi pegawai MSNegeri.

Dari kiri : En. Francis N. Ding, En. Ahmad Osman, En. Awg. Hashim, En. Abdul Muktalib dan En. Ramliee Ahmad, selaku MC majlis.

Dari kiri: En. Abdul Muktalib (Pen. Pengarah), En. Awg Fadilah , En. Ramliee & En. Stanley Robert.

Puan Irene Davis, pegawai USPTN di antara penerima hadiah hari jadi.
Seramai 22 orang pegawai yang menyambut hari jadi dari bulan Oktober 2010 - Januari 2011 telah diraikan termasuk kakitangan MSNegeri, USPTN dan ISN Satelit.


Majlis tamat lebih kurang jam 11 pagi.


Laporan:
Sue Affendi