Friday, August 22, 2014

PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO (Ogos 2014/02)

Salam dan Selamat Sejahtera,

Tarikh      : 20 Ogos 2014
Masa        : 7.45 petang - 8.30 malam
Tempat    : Kuching Taekwondo & Self - Defense Academy

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Taekwondo)
En. Jospeh Chang Siang Ping (JSM Sukan Taekwondo)
En. Elvi Anak Lansor (JSM Sukan Taekwondo)

Kehadiran Atlet :
21 orang atlet 

Ulasan :

Kehadiran para atlet sangat baik kerana kesemua atlet menghadiri ke sesi latihan. Sesi latihan dikendalikan oleh kedua-dua JSM dan dibantu oleh jurulatih Thailand. Sesi latihan memfokuskan lebih kepada teknik kicking dan basic sparing disamping pergerakan dalam taekwondo. Satu taklimat ringkas berkenaan pergerakan dan keperluan telah diberikan kepada 4 orang atlet yang akan menyertai Kejohanan Taekwondo Remaja Kebangsaan 2014 di Cheras Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 22-24 Ogos 2014.

Sekian, terima kasih.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak

Wednesday, August 20, 2014

MESYUARAT JKK USPTN SUKAN SKUASY BIL 1/2014

Salam

 

Tarikh   : 19 Ogos 2014

Masa     : 10 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat ISN, Kuching

 

Kehadiran :    En. Robert Lau, (Presiden, Persatuan Skuasy Sarawak)

                     Mohd Faizal Ibrahim (PKU, USPTN Sarawak)

                     Dedia Sarini Ahmad ( Koordinator Sukan Skuasy, MSN Sarawak)

                     Mohamad Ikmal Bn Afandi ( SDO Sukan Skuasy )

                     Andre Kho Yang YAng (JPM, USPTN Sarawak)

                     Nojes Ajip ( JPN Sarawak )

                     

 

Ulasan 

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Sukan Skuasy yang pertama telah diadakan di bilik mesyuarat ISN, Kuching  dengan kehadiran seperti senarai di tersebut di atas. Agenda dalam mesyuarat tersebut ialah pelaporan aktiviti 2014 bagi tempoh Januari - Jun 2014 dan perancangan aktiviti Julai - Disember 2014 yang akan dilaksanakan.

 

Di antara agenda yang telah dibincangkan adalah pengesahan perlantikan Andre Kho Yang Yang sebagai jurulatih JPM USPTN Sarawak yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2014. Selain itu, menyenaraikan kejohanan yang telah disertai oleh persatuan mengikut kuota kejohanan yang diberi oleh Cawagan Pelapis. Disamping itu, pengesahan pusat latihan dan bilangan jurulatih dan atlet turut dibncangkan.

 

 

Tuesday, August 19, 2014

PEMANTAUAN SUKAN AKUATIK TERJUN (Ogos 2014/02)

Salam.

Tarikh     : 18 Ogos 2014
Masa       : 4.15 petang - 5.30 petang
Tempat   : Pusat Kecemerlangan Akuatik, KBS

Kehadiran Pegawai & Jurulatih :
Cik Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman (SDO Sukan Terjun)
Pn. Rosatimah Bt Muhammad (JPM)
Pn. Harnani Bt Muhammad (JPM)
Pn. Xiao Xia (JLN)

Kehadiran Atlet :
17 orang atlet

Ulasan :

JPM Rosatimah telah kembali mengendalikan sesi latihan setelah bercuti selama 3 minggu. Kehadiran para atlet ditahap yang memberangsangkan. Sesi latihan para atlet berjalan dengan lancar. Pada pemantauan kali ini, SDO telah memaklumkan kepada JPM Rosatimah berkaitan maklumat perjalanan dan keperluan bagi yang akan menyertai Kem Bakat Sukan Terjun 2014 di Ipoh, Perak yang bermula pada 25-29hb Ogos 2014 ini. Selain itu, perbincangan singkat bersama jurulatih telah diadakan bagi membincangkan bekenaan persediaan atlet untuk ke Kejohanan Terjun Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2014 yang akan berlangsung pada 12 - 14 September 2014 dan juga Kejohanan Grand Final yang juga akan berlangsung pada September nanti. Mesyuarat JKK Sukan Akuatik Terjun akan diadakan pada 21 Ogos 2014. 

Sekian.

---
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Terjun 
USPTN Sarawak


Monday, August 18, 2014

PEMANTAUAN SESI LATIHAN SUKAN MENEMBAK

Tarikh       : 17 Ogos 2014
Hari          : Ahad
Masa        : 2 pm
Kehadiran : 12 Atlet
                  8 Lelaki
                  4 Perempuan

Jurulatih    : Pn Tamarra Antsipava
                  Pn Christina Liew
Teknikal    : En Hawi Brodie


Sesi latihan telah dimulakan pada jam 1 petang sehingga 3 petang. Latihan lebih tertumpu kepada "grouping target" bagi atlet senior manakala atlet baru lebih kepada "dryfire" dan latihan menggunakan "scott simulator". Jurulatih memaklumkan jadual latihan telah di susun semula bagi mengelakkan keadaan yang sesak dalam range 10 meter bila mana atlet datang serentak pada satu masa. Beberapa muka baru telah menyertai sesi latihan dalam tempoh 2 bulan ini, dan setelah dinilai tahap prestasi serta potensi dalam sukan menembak beberapa orang atlet telah diserapkan kedalam program Pelapis negeri.

Laporan disediakan oleh

--
Awang Fadilah b. Jaya
SDO
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Sarawak
(Sukan Tenpin Bowling, Menembak & Tinju)

MINI KEJOHANAN - KUCHING TAEKWONDO & SELF-DEFENSE CLUB (WTF) CHAMPIONSHIPS 2014

Salam dan Selamat Sejahtera.

Tarikh     : 17 Ogos 2014 ( Ahad )
Masa       : 8.00 pagi - 3.00 petang
Tempat   : Kuching Taekwondo & Self - Defense Academy

Ulasan    :

Mini kejohanan ini telah diadakan dengan jayanya dan aktiviti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Antara tujuan utama kejohanan dalaman ini diadakan adalah sebagai pendedahan kepada atlit dengan situasi kejohanan sebenar disamping dapat memberi pengalaman baru kepada para atlit. Penyertaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana difahamkan oleh pengerusi bagi mini kejohanan ini, dianggarkan seramai 300 atlit telah menghantar borang penyertaan tetapi kejohanan ini tehad kepada 150 penyertaan sahaja. Penyertaan bagi kejohanan ini telah mendapat sambutan daripada beberapa buah sekolah. Tiada kecederaan berlaku sepanjang kejohanan berlangsung.

Sekian.

----
Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman
SDO Sukan Taekwondo
USPTN Sarawak

Sunday, August 17, 2014

PEMANTAUAN PLN SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK, DEWAN GIMNASTIK, KUCHING


Salam

Tarikh : 16 ogos 2014 ( Sabtu )

Masa  : 9.00 hingga 12.00 tgh

Venue : Dewan Gimnastik, Off Jalan Stadium, Petra Jaya, Kuching

Kehadiran :  9 gimnas ( W ) 
                      10 gimnas ( W )
                       2 JLN ( Gergana & Bogomil )

Program Latihan : 

1 ) Warm Up Complex - berkaitan dengan teknik spesifik kepada rutin ( Gimnas Elit )
2 ) Apparatus Training Bar - Giant Circle ( Forward & Backward ), Gauge, Pike Sole Circle ( Handstand & Stalder )
3 ) Apparatus Vault - 1 1/2 pike turn & Handspring
4 ) Apparatus Floor Exercise - Choreography dan Artistry Element
5 ) Latihan Kecergasan - Core Stability ( Gimnas Baru )

Ulasan : 

Latihan dijalan mengikut jadual seperti biasa pada jam 9.00 pagi. Gimnas baru melakukan latihan kecergasan yang lebih kepaaa 'Core Stability'. Gimnas telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk melakukan program latihan tersebut yang telah dirangka oleh Jurulatih. Seorang gimnas melakukan rutin baru bagi apparatus Floor Exercise. 

Majlis Ramah Tamah juga telah diadakan selepas selesai sesi latihan. Majlis tersebut telah diadakan dengan usaha kerjasama ibu bapa semua gimnas yang terlibat dalam latihan dibawah program. 

Sebelum majlis tersebut bermula, jurulatih telah menekankan peraturan semasa di dalam dewan gimnastik dan tidak dibenarkan untuk berada dekat dengan apparatus serta peralatan tanpa kebenaran.

Jurulatih juga turut dimaklumkan berkenaan dengan tarikh kejohanan yang ditangguh. Cadangan tarikh bagi Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2 ialah 1 & 2 Disember 2014 manakala tarikh Kejohanan Sport Excel masih belum mempunyai penetapan tarikh dan akan dimakljmkan kemudian.






Sent from Samsung tablet

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA ( JKK ) SUKAN ANGKAT BERAT BIL 02/2014, SMK SANTUBONG

Salam

Tarikh   : 14 ogos 2014
Masa     : 10 pagi
Tempat : Bilik Pengetua, SMK Santubong

Kehadiran : Pn Hajah Aishah, (Pengetua Sekolah )
                     Mohd Faizal Ibrahim ( PKU, USPTN Sarawak )
                     Dedia Sarini Ahmad ( PPN, USPTN Sarawak )
                     Mohd Azizan Madihi ( PKK, SMK Santubong )
                     Nojes Ajip ( JPN Sarawak )
                     Edmund Yeo ( JPM MSNS )


Ulasan 

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Sukan Angkat Berat kali ke -2 telah diadakan di SMK Santubong dengan kehadiran seperti senarai di tersebut di atas. Agenda dalam mesyuarat tersebut ialah pelaporan aktiviti 2014 bagi tempoh Januari - Jun 2014 dan perancangan aktiviti Julai - Disember 2014 yang akan dilaksanakan.

Pengetua, Pn. Hjh Aishah berminat untuk melaksanakan program sukan ini di sekolah bagi mewujudkan suasana aktif dan membentuk sahsiah dikalangan. Antara program yang akan dirancang untuk dilaksanakan di sekolah tersebut ialah Klinik Pengenalan Angkat Berat dan program PPS. Cikgu Mohd Azizan memaklumkan bahawa beliau telah mengenalpasti beberapa pelajar yang boleh menceburi sukan ini. Beliau juga turut memaklumkan Sukan ini boleh dilaksanakan sebagai salah satu Program Transformasi Pelajar Asrama sekolah ini. Beberapa kawasan dan tempat turut dilawat untuk cadangan program yang akan dilaksanakan.

Cadangan tarikh dan masa akan dimaklumkan kemudian mengikut kesesuaian program di sekolah. Puan Pengetua dan pihak JPN telah memberi sokongan yang menggalakkan cadangan program ini untuk dilaksanakan.




                    






Sent from Samsung tablet

Friday, August 15, 2014

PEMANTAUAN SESI LATIHAN GIMRAMA, QUEENS TOWER, KUCHING


Salam 

Tarikh : 13 Ogos 2014 ( Rabu )
Masa   : 7.00 - 9. 00 mlm
Venue  : Dewan Gimrama, Queens Tower, Kuching

Kehadiran : 12 gimnas
                      1 JSM -Shaleen Tay 


Ulasan : 

Sesi latihan pada malam itu merupakan sesi latihan bagi gimnas Gred 3 dan Gred 2. Latihan dilakukan adalah beberapa teknik spesifik sebelum digabungkan untuk kepada rutin kepada apparatus bola. Gimnas melakukan latihan 'upgrading' bagi Gred 2 dan Gred 3. Gimnas kumpulan ini membuat persediaan untuk penyertaan Mini Pertandingan dalaman yang akan diadakan dalam masa 2 bulan nanti dan juga kejohanan di peringkat Remaja Kebangsaan. Kehadiran dan prestasi atlet adalah memuaskan.

Gimnas Gred 3 akan menjalani latihan tindik (attachment programme ) di Bukit Jalil untuk berlatih dibawah Jurulatih Pelapis Kebangsaan. 

Jurulatih telah dimaklumkan berkenaan dengan tarikh Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan yang telah dijangka untuk diadakan pada September ini telah ditunda pada bulan November nanti.

Bagaimanapun, jurulatih telah memaklumkan bahawa kumpulan Gimnas ini sangat komited semasa latihan dan mempunyai banyak peningkatan semasa setiap sesi latihan yang dijalankan. 




Sent from Samsung tablet

PEMANTAUAN PLN GIMRAMA , QUEENS TOWER, KUCHING


Salam

Tarikh  : 12 Ogos 2014
Venue  : Pusat Latihan Gymrama, Queens Tower, Kuching
Masa   : 3.30 - 6.30 ptg

Kehadiran : 8 Atlet 
                     1 JSM - Low Fai Jun

Ulasan  :  

Sesi latihan ini merupakan sesi latihan kepada salah satu sesi kumpulan Little Gymnast (LG). Latihan yang dijalankan ialah latihan kecergasan untuk membina tahap kecergasan dan stamina atlet yang lebih baik dalam menjalankan rutin penuh di dalam setiap apparatus. Atlet melakukan latihan teknik dan rutin untuk apparatus LG. Jurulatih memaklumkan bahawa seorang gimnas telah mempunyai menunjukkan peningkatan dalam setiap program latihan yang dijalankan. Beliau akan menyertai 'upgrading' melalui mini pertandingan dalaman yang akan dianjurkan dalam jangkamasa 2 bulan lagi.

Jurulatih telah memaklumkan kumpulan atlet telah dibahagikan mengikut kesesuaian masa setiap atlet di mana mereka mempunyai kelas dan aktiviti sekolah yang perlu untuk dihadiri dan menyebabkan bilangan kepada satu sesi latihan adalah kecil dan tidak ramai.



Sent from Samsung tablet